Seorang pegawai kerajaan [PK] ke sebuah klinik kesihatan kerana sakit....[tujuan kesana : untuk mintak MC 2 hari, nak rehat, sebab memang sakit betul, & bukan sakit auta --> untuk notis, pegawai kerajaan selalunya kena mintak MC dr klinik kerajaan, yang klinik swasta ni kadang2 Bos kureng percaya sket. Lagipun kalau nak cuti lebih dari sehari, biasanya elok diberi oleh doktor kerajaan].
Bila masuk untuk jumpa Medical assistant [MA ] :
MA : Sakit apa?
PK : Demam & batuk2...kepala sakit..berdenyut2
MA : Ok [ambik tekanan darah n check pakai stetoskop]...erm, tekanan darah awak agak tinggi ni, sebab tu sakit kepala...hmmm banyak sangat kerja ke?...suhu 39 darjah ..ermm memang demam ni. [MA mencoretkan bekalan ubat atas sekeping kertas]...ok awak boleh ambik ubat, banyakkan minum air putih ye.
PK : Ermmm boleh saya mintak MC untuk hari ni dan esok tak, rasanya memang tak larat ni...saya nak mintak cuti untuk rehat la MA
MA : Ermmm saya cuma boleh bagi time slip je untuk hari ni, nanti hari Khamis baru Doktor ada awak datang la balik bawak slip ni, n claim MC 2 hari dgn doktor.
PK : Khamis? Ermm boleh ke MA? Hari ni baru hari Isnin? Saya kena datang balik ke? Kenapa awak tak boleh keluarkan MC?
MA : Kami baru dapat pekeliling, hanya doktor je boleh keluarkan MC sekarang, tapi awak kena datang khamis la, tu pun saya tak pasti Doktor masuk ke tak, takut dia kena kursus je....awak datang je dulu tengok ye..
PK : La gitu ke...kalau macam tu susahlah saya...Bos saya mesti nak tengok surat MC...saya memang tak larat nak kerja ni..kepala sakit berdenyut2...
MA : Ermmm awak datang je lah dulu Khamis ni...
PK : Pulak..hmm ya lah [sambil keluar dari bilik MA]......Kalau macam ni baik dari tadi aku pegi klinik swasta je...terus dapat MC...[bicara dengan diri sendiri]
Dilema seorang pegawai kerajaan....
Macam mana ye pendapat uolls?
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)