klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Monday 26 January 2009

Amir @Pantai Batu Burok..K.Trg

Hari ni Amir ajak kami main layang-layang. Sebenarnya janji nak main layang-layang ni dah lama dari hari Khamis minggu lepas lagi, tapi memandangkan cuaca kat bandar Kuala Terengganu ni tak menentu, terpaksalah hasrat Amir di tangguhkan....

Kebetulan pulak hari sabtu, Ayah balik dari Kota Tinggi...hmmm makin seronok lah dia. Ada orang nak temankan dia bermain....nak jadi cerita, Ayah janji nak main layang-layang hari ahad (semalam) tapi petang semalam Amir tido pulak....so hari ni baru lah tertunai hasrat hati Amir nak main layang-layang. So tempat yang paling sesuai di Pantai Batu Burok Kuala Terengganu.

Pantai ni merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Negeri Terengganu. Pantai ni memang cantik tapi sayang, tak boleh mandi kat sini kerana pantai ni dah dikorek untuk mendalamkannya dan ombak kat sini boleh tahan jugak besarnya....

Papan tanda dilarang mandi pun ada dipacakkan kat sini, tapi aku perhatikan ada jugak hamba-hamba Allah yang menafikan larangan ni dan mandi dikawasan pantai ni. Membahayakan nyawa sendiri namanya tu...

Pantai ni biasanya penuh dengan orang-orang tempatan mahu pun pelancong dari luar yang ingin menikmati keindahan kawasan pantai ni....dikawasan pantai ni disediakan banyak gerai-gerai menjual pelbagai makanan.



So hari ni seronok lah Amir main layang-layang kat pantai Batu Burok...Ada Ayah melayan dia pulak tu....makin seronok lah dia... Aku hmmm turun kereta terus duduk atas bangku...tak larat nak jalan-jalan...ambik angin pantai je lah sambil tengok Amir main layang-layang.....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 23 January 2009

Nasib baik Cik Ngoh cuti...

Ermmm...nasib baik lah semalam adik aku yang nombor 3, Ziana (Amir panggil Cik Ngoh), cikgu kat Sekolah Imtiaz Dungun, balik bercuti sempena Chinese New Year...so Amir ada ramai kawan nak main & lari sikit la tumpuan dia dari mengingati & merindui Ayah...Alhamdulillah la. Aku bukan apa risau la jugak takut Amir demam. Amir ni bukannya boleh demam, selalunya kalau dia demam aku memang risau, sebab dia senang terkena 'fit' kalau suhu badannya terlalu tinggi.... Nampaknya, ok je Amir hari ni..tadi pun Ayah telefon dia ok je berbual ngan Ayah dia.....
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 22 January 2009

Kesiaaaan Amir

Hmmm kesian anak bujang aku sorang nih......

Dari hari Selasa 20 Jan 2009, aku dah selamat sampai di rumah orang tua aku di Taman Permint Jaya, Chendering Kuala Terengganu... Actually doktor bagi aku cuti yang panjang (MC), kerana masalah kesihatan aku di akhir-akhir kehamilan. So aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah orang tua aku untuk berehat sekaligus melahirkan baby. Suamiku terpaksa la ambik Cuti Rehat Khas, 2 hari (isnin & selasa) untuk menghantar aku balik. Amir kena la tinggal dengan aku. Ayah (suamiku) terpaksa balik semula ke Bukit Easter, malam selasa sebab hari rabu dah kena mengajar balik....

Sangka aku, Amir ok la bila berada kat sini...ye la dia di kelilingi oleh Aki, Tok Wan, Ayah Cik, cik Ngah dan Cik Su nya...tapi sangkaan aku meleset... seawal pulang kerumah selepas menghantar Ayah ke stesen bas malam selasa tu Amir dah mula buat perangai...dia merengek dan menangis nak ikut Ayah... Malam tu aku menggunakan segala skill yang ada untuk memujuk Amir. Nasib baiklah, dia dah mengantuk, jadi cepat je dia tidur malam selasa tu. Nak jadi cerita, pagi esoknya seawal 6 pagi dia dah bangun dan cari Ayah...nasib suamiku baru sampai di Bandar Kota Tinggi dan aku terus menghubunginya dan bagi peluang untuk Amir bercakap dengan Ayah dan melepaskan rindu....

Ingatkan habis sampai situ je...rupa-rupanya ader lagi........malam rabu, sekali lagi Amir merengek teringatkan Ayah sebelum dia tido...geram jugak aku dengan gelagatnya tu, tapi bila dikenangkan kesian pulak........kalau ada Ayah...dia buat derkkk je.........sombong la konon!! Sekarang bila jauh ngan Ayah baru dia tahu!! Pagi hari ni, Khamis, Amir bangun lagi awal...jam 4.30 pagi..asalnya dia nak bangun shi-shi (kencing), tapi lepas shi-shi, dia tak boleh tido & merengek lagi rindukan Ayah...buntu otak aku seketika...ye la jam 4.30 pagi tu, aku pun tengah mamai...so dipendekkan cerita aku buat la petua orang tua-tua, aku ambik t-shirt suamiku dan selimutkan Amir ngan t-shirt tu, Alhamdulillah, dia diam dan cium-cium baju ayah...dipeluknya baju ayah dia.....Alahai kesian aku tengok!! Lepas tu barula dia pejamkan mata dan tido....

Sepanjang hari baju tu la jadi peneman dia. Nak minum susu pun dipeluknya baju Ayah..petang tadi nak tido pun sama...dan baru tadi lepas aku mandikan dia dan pakaikan pijamanya, sekali lagi Amir mintak baju Ayah dan mintak aku pakaikan dia, baju Ayah (sempat lagi dia posing.......suruh mama tunjuk kat Ayah gambar tu) dan......sampai sekarang, sementara tunggu cerita Puaka Niyang Rapik, baju tu masih dipakainya.......

Alahai...Kesian Amir....Rindu benar agaknya dia!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 20 January 2009

Dugaan...

Dah menjadi perkara biasa kalau seseorang ibu mengandung tu mengalami banyak masalah sepanjang proses kehamilannya, memang dia akan kerap berjumpa dengan doktor.. Itulah yang terjadi pada aku.

Semalam, hari isnin, aku sekali lagi berjumpa dengan doktor pakar perubatan keluarga dan perbidanan. Kali ini keputusan ultrasound scan menunujukkan aku mengalami masalah 'polyhydramnios' atau dalam bahasa mudah...air mentuban banyak dari biasa... Menurut doktor, antara masalah yang mungkin dihadapi ialah, bayi lemas..... Jadi doktor menasihati aku untuk terus mengira gerak anak dan memastikan bayi bergerak sebanyak 10 kali dari 9 pg hingga 9 malam. Jika gerak anak kurang dari 10 kali, maka aku kenalah segera ke hospital. Banyak betul dugaan semasa aku mengandung ni, aku berdoa semoga Allah permudahkan segalanya....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 18 January 2009

Hospital Appointment

Suasana sekitar ruang menunggu di Klinik Pakar
Perbidanan
Hospital Kota Tinggi

Hari Selasa 13 Januari 2009, aku sekali lagi ke Hospital Kota Tinggi untuk appointment dengan doktor pakar perbidanan di sana. Aku menghadapi masalah dibetic semasa mengandung dan juga high blood pressure...so kena di pantau la...Menurut doktor, aku berkemungkinan akan di'paksa' bersalin awal kerana dikhuatiri faktor risiko baby besar (kerana masalah diabetic) ataupun sawan atau bahasa perubatannya 'IMPENDING ECLAMPSIA'. Komplikasi darah tinggi yang paling merbahaya kepada ibu & bayi ialah sawan (Eclampsia). Tanda-tanda “Impending Eclampsia” (akan mendapat sawan), ialah loya-loya/muntah, sakit sudu hati (epigastric pain), penglihatan menjadi kabur, dan pening kepala yang berterusan. Syukurla sepanjang tempoh kehamilan ni tekanan darah aku masih stabil dan aku tak perlu nak makan ubat darah tinggi ataupun disuntik insulin.......cuma on diet control je la.

So, bila aku dah sampai 37 weeks+ ni kena la kehospital lebih kerap dan perancangan teliti tentang masa dan kaedah kelahiran perlu dibincangkan bersama pakar obstetrik. Takut jugak kalau kena bersalin awal kerana kemungkinan tu memang ada....tapi alhamdulillah, lepas berjumpa pakar tu ternyata, tekanan darah dan bacaan gula dalam darah aku masih stabil dan dibawah paras bahaya, jadi doktor menasihatkan aku supaya meneruskan diet control dan aku tidak akan 'dipaksa' bersalin awal dan hanya perlu menunggu masa dan ketikanya untuk melahirkan....(berdebar tu tok sah cakap la)...harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.... AMIN!!

Kesian suamiku...menunggu dengan setia...sampai tertido....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 16 January 2009

Amir Buat Hal......

Hmmm ntah kenapa la dengan anak bujang aku sorang ni, tetiba pulak buat hal tak nak pegi sekolah..... Semuanya bermula bila dia dapat baju sukan TAJ yang baru... Nak jadi cerita, dek kerana 'kecomelannya' anak aku tu, baju sukannya sedikit sendat dan seluar sukan tu memang tak muat dipakai..sejak hari tu la macam-macam alasan dibuat, dek kerana tak nak pegi sekolah...nak cuti kata dia......Hmmm cabaran betul la nak besarkan seorang anak ye! Terfikir pulak aku macam ni la keadaannya, masa mak dan ayah aku nak besarkan aku dulu...Untung sekarang ni aku dah berjaya...Terima kasih MAK & AYAH......

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 8 January 2009

Macam-macam Hal...Part 2

Betul lah kata kawan-kawan aku, orang mengandung ni macam-macam dugaan yang perlu ditempuhi.....lain orang, lain pengalamannya....lain anak, lain pengalaman mengandung dan bersalinnya...

Entry kali ni aku nak mengajak pengunjung berkongsi satu pengalaman yang aku rasa agak menjengkelkan.....membengangkan...dan sedikit melucukan.....

Cerita ni bermula pada minggu lepas........aku jatuh tersungkur 2 kali, nasib baik lah tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi pagi semalam, kira-kira jam 3.30 pagi aku merasakan sakit yang teramat di bahagian 'tongkeng' (punggung) dan bawah ari-ari apabila aku bangun nak membuang air kecil.....panik gak aku sekejap. Ingatkan dah nak bersalin....tapi, bila aku rasa sakit tu bukan sakit nak bersalin, aku biarkan saja dan menyambung tidur. Bila aku bangun tidur jam 6 pagi dan bersedia untuk ke sekolah, rasa sakit tu masih terasa dan aku menghadapi kesukaran untuk berjalan. Bila aku melangkah, aduuuuhhh sakitnya Tuhan je la yang tahu. Jalan pun ala-ala penguin gitu, pelan-pelan dan terkedek-kedek. So nak dipendekkan cerita, MC la aku semalam (best gak relax kat rumah).

Dan hari ni, bila aku ke Hospital Daerah Kota Tinggi untuk rawatan susulan, kerana sakit tu masih terasa, aku ke klinik pesakit luar untuk mendaftarkan diri (sepertimana disuruh oleh nurse di KK Waha, ini kerana aku belum ada tanda2 nak bersalin dan tak perlu ke wad bersalin). Setibanya aku di sana nurse tu bertanya..."akak nak bersalin ke? dah keluar tanda?". Aku pun menerangkan la situasi yang sebenar dan aku ni datang bukan kerana aku nak bersalin, tetapi kerana nak dapatkan rawatan susulan dan berjumpa doktor kerana sakit di bahagian 'tongkeng' aku ni masih berlarutan dan aku menghadapi kesukaran nak berjalan (dalam bahasa senang, aku nak MC la sebab tak ke sekolah...). Nurse tu terus suruh aku ke wad bersalin kerana aku dah mencecah 36 minggu mengandung....Sekali lagi aku menegaskan yang aku ni belum nak bersalin....Dengan muka yang agak kelat-kelat pahit, nurse tu berkata, "Ye kak saya tahu, bukan nak suruh akak bersalin, tapi kami tak boleh terima akak sebab akak dah 36 minggu mengandung"....... So aku pun ke wad bersalin. Sampai kat sana, sekali lagi aku ditanya soalan yang sama, ..."akak nak bersalin ke? dah keluar tanda?". Dan aku menerangkan sekali lagi penerangan yang sama....Kata nurse tu, "nanti ye kak saya refer pada staff nurse". Menunggu la lagi aku selama lebih kurang 15 minit. Kemudian nurse tu keluar dan berkata kepada aku, "maaf ye kak, akak kena ke tempat daftar pesakit luar, dan daftar kat sana, kami tak boleh terima akak, sebab akak belum nak bersalin lagi"..." PULAK"kata aku dalam hati.....dah ke sana disuruh ke sini, kat sini pulak suruh ke sana....ADUHHHH.

Bila aku ke tempat daftar pesakit luar, aku di tanya oleh salah seorang Medical Assistant (MA) kat situ, "Kenapa tadi awak tak bagitahu yang awak ni belum nak bersalin...ingatkan awak nak bersalin, sebab tu kami suruh kesana"....Aku dan suamiku saling berpandangan...Aikkkkk!!!! salah kami ke......seingat aku tadi aku dah terangkan panjang lebar pada nurse tu situasi aku yang sebenar.....Hmmm aku dah mula bengang kerana 'ditolak' ke sana sini. Tapi mengingatkan yang aku ni mengandung dan nurse tu mungkin penat (penat ke??...baru jam 8.30 pagi), aku diamkan la. Bila nurse tu ambik buku mengandung aku, dia suruh aku duduk....aku pun duduk la menunggu nama aku dipanggil...time tu sakit kat bahagian 'tongkeng' ni tak payah cerita la.......tahan je la.

35 minit berlalu, nama aku masih belum dipanggil...hairan bin ajaib nih!! Aku pun menyuruh suamiku bertanya kepada nurse yang tercongok kat situ. "Tak dengar ke nombor akak dipanggil tadi, kan saya dah bagi nombor kat akak tu tadi. Nombor akak ni 508, nanti masuk bilik no 3, buku rekod mengandung ni letak dalam bakul kat luar pintu bilik"...katanya dengan muka yang masih kelat-kelat masam...Aikkkk bila masa dia bagi aku nombor giliran...tadi dia suruh aku duduk je...Alahai.....Episod menunggu bermula lagi.......

Selang 20 minit, aku melihat nurse tadi terkocoh-kocoh ke bilik no 3 dan mengambil buku pink, rekod mengandung aku tadi, dan memanggil nama aku.....Kali ni dengan muka yang agak manis (tahu la tu dia silap), nurse tu berkata..."sorry ye kak, bukan bilik no 3, akak kena jumpa doktor, masuk bilik no 1 ye"......Eeeeeeee...... Perkhhhhh...kesabaran aku rasanya dah sampai tahap maksima dah ni, kalau ikutkan hati nak je aku 'sound' nurse tu, tapi bila toleh kiri kanan, banyak mata yang memerhati, aku sabarkan je la.....

Akhirnya. Selepas lebih kurang 2 jam menunggu (dari jam 8 pagi sampai 10 pagi), baru lah aku dapat bertentang mata dengan doktor dan menceritakan situasi sebenar dan masalah yang aku hadapi.......doktor suruh aku banyak berehat dan mengelakkan kerja2 berat. Katanya sakit tu mungkin kesan aku jatuh tersungkur 2 kali (sekali kat rumah akibat tersepak toto anak aku minggu lepas dan kali ke 2, selang sehari selepas tu. Kali ni kerana kecuaian aku masa berjalan balik dari mesyuarat sekolah), dan juga kerana kehamilan aku dah sampai ke minggu-minggu terakhir, di mana baby pun dah turun kebawah dan membataskan sikit pergerakan aku. Tambahan pula dengan tugas aku sebagai cikgu yang memerlukan aku naik turun tangga untuk ke kelas, menambah beban dibahagian tersebut. Aku diberi MC 2 hari dan disuruh berehat di rumah.....

Hmmm itu lah cerita aku hari ni.....rasa bengang dan jengkel sebab 'ditolak' ke sana sini macam bola......lucu pun ada, sebab salah faham yang berlaku.....selain dari tu kawan2 pula sibuk hantar sms, bertanya khabar kerana menyangkakan sudah tiba masa untuk aku melahirkan...


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 5 January 2009

Amirul 1st Day @ Tadika Agama Johor (TAJ)

Hari ni Amir memulakan 1st day sekolah dia kat TAJ (F) Simpang Waha (sebelah masjid Felda Simpang Waha).....jam 2 ptg td aku ambil dia kat rumah nenek pengasuh dan hantar dia ke TAJ. Huh excited betul la anak bujang aku ni nak sekolah. Rilek je nampak dia..aku yang gelabah sikit nak lepaskan dia bersekolah....maklumlka selama ni tak pernah aku lepaskan dia on his own. Tapi difikir-fikirkan, biarlah dia bersosial dengan rakan-rakan sebaya dia. Alhamdulillah, lepas aku hantar dia kesekolah dia boleh bergaul dan tak kekok nampaknya. Bila aku cakap nak balik pun aku tengok dia rilek je....So aku rasa dia boleh bergaul la...


Amir dalam kelas sebelum memulakan sessi pertama persekolahan tadikanya...nampak ceria je. Harap-harap berterusan la. Dia belum pakai baju rasmi tadikanya lagi. Almaklumla, anak bujang aku ni sizenya comel, so baju kena tempah dulu la, tak boleh pakai yang dah siap tu.......Ambik masa sikit la nak siapkan baju yang ditempah. Buat sementara waktu ni pakai baju melayu biasa dulu la.



Suasana dalam kelas Amir....masa ni ustazah pun sibuk menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru..macam-macam karenah dapat dilihat....hmmm bukan senang jadi cikgu tadika ni.

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 4 January 2009

Esok sekolahhhhh!!!!!!!!!!!!

Esok penggal baru persekolahan akan bermula.....Hmmm mula la era sibuk untuk aku. Rasa cam baru je n sekejap je cuti sekolah....dah nak sekolah balik....

Tahun ni dimulakan dengan berita gembira buat panel yang aku ketuai...English Panel. Result PMR last year untuk subjek BI meningkat 10% dari tahun 2007...Alhamdulillah...berkat usaha semua guru yang mengajar English di SMKBE...bukan senang nak ajar English di sekolah Felda ni macam2 macam cabarannya. Budak2 kat SMKBE ni kadang2 buat english ni macam subjek yang MAHA susah dialam semesta ni..bila sebut English je automatically diaorang switch off minda diaorang n block all...langsung x nak usaha Dalam kepala tu dah macam jampi..ENGLISH SUSAH......ENGLISH SUSAH......bayangkan la kami guru2 english kat sini kena usung Dictionary hari2 untuk buat mereka belajar..kalau x de dictionary, jawabnya diaorng mmg x nak belajar..kalu kita bagi petikan untuk dibaca dan jawab soalan..hmmm x dibacanya..paling2 pun diaorang sembang-sembang, borak-borak..pastu tunggu teacher bagi jawapan....

Tak dinafikan mengajar English ni mmg perlukan kekuatan fizikal dan mental....ala..Bionic Women & Ironman gtu..hahaha...So sekarang aku perlu tunggu satu lagi keputusan peperiksaan keluar...SPM..harap2 resultnya pun memberangsangkan la. Amin

Apa-apa pun diharap tahun baru ni memberikan cerita dan semangat baru untuk aku.....

ESOK SEKOLAH!!! ESOK SEKOLAH!!!! ESOK SEKOLAH!!!!!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 1 January 2009

Menghitung Hari......

Tadi aku ke klinik untuk regular check-up semasa pregnant. Hmm diam tak diam, tak sangka aku dah masuk 35 minggu pregnant...kata nurse kat klinik tadi minggu depan cukup la aku hamil 36 minggu, dimana bayi sudah dikatakan matang dan sedia untuk dilahirkan ke dunia ni....Mungkin ada yang akan mengatakan aku ni penakut lepas baca entry ni..tapi pada hakikatnya memang itu yang aku rasakan sekarang....takut, seram, excited...bercampur baur. Mungkin lucu didengar dari mulut seorang ibu yang beranak 1.....5 tahun dulu, masa aku melahirkan Amir, aku memang tak ade pengalaman bersalin secara normal.

Muhammad Amirul Zulqarnain ditakdirkan untuk lahir secara pembedahan caesarean. Pada masa tu seingat aku, aku di masukkan kehospital kerana pergerakan baby tak cukup 10 kali dalam masa 10 jam. Bila aku dimasukkan ke wad, pergerakan dan denyutan jantung bayi dipantau oleh doktor dan nurse....lepas sehari tidur dalam wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu selama 1 malam, doktor mengambil keputusan untuk induce aku kerana denyutan jantung baby semakin perlahan....Aku ingat lagi saat-saat tu, masa tu dalam jam 10 pagi dan aku sedang bergelak ketawa dengan adik aku ziana....tetiba nurse panggil dan arahkan aku kebilik khas untuk dimasukkan ubat untuk aku rasa sakit bersalin....aduh selepas tu..Tuhan saja yang tahu...sakitnya pinggang seperti ada orang yang memulas-mulas pinggang aku ni...ketawa aku tadi lenyap tiba2...

Tapi...selepas beberapa jam, 'jalan' aku masih belum terbuka walaupun satu cm...sedangkan denyutan jantung bayi semakin lemah...akhirnya tepat jam 2 ptg, doktor mengambil keputusan untuk membedah aku bagi mengeluarkan bayi........Amir lahir jam 2.45 ptg secara pembedahan....nurse yang menunjukkan Amir kepada aku berkata..."anak awak ni keluar ngam2 je...badan dia pun dah biru tadi...nasib baik cepat...."

Jadi untuk anak sulung aku memang tak tahu bagaimana rasa sakit bersalin sebenar dan apakah tanda-tanda nak bersalin....So tadi bila nurse cakap.."cikgu kalau ada tanda-tanda hendak bersalin segera pegi hospital ye..." Aku dengan muka confuse bertanya la..."nurse, tanda2 nak bersalin macam mana?" So nurse tu terangkan la pada aku.......dapat la info baru tadi.

So, berbalik pada cerita aku tadi, aku memang takut..seram...seriau (kata org Trg) menunggu kelahiran kedua ni....yang paling aku takutkan ialah tentang luka dan penjagaan luka perineum, selepas bersalin nanti...yelah kebanyakan kawan-kawan yang bersalin secara normal mengatakan sakit la...koyak banyak la...itu la, ini lah...eishhhh seram jugak kan. Aku berharap semoga segalanya tdapat aku lalui dengan tabah dan redha...dah memang takdir orang perempuan macam ni, nak buat macam mana kan. Orang lain bersalin normal jugak..boleh je survive (menyedapkan hati sendiri la ni).......aku selalu berdoa, semoga dipermudahkan proses bersalin dan bayi aku ni sihat walafiat hendaknya....Amin


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tahun Baru 1430H & 2009....


Salam Tahun Baru Buat Semua.....

Setahun berlalu tanpa kita sedari. Banyak perubahan, peristiwa dan bermacam perkara yang berlaku dalam hidup kita.... Apa azam tahun baru aku?? Hehehe..biarlah menjadi rahsia...yang pastinya, aku akan pastikan azam itu tercapai...banyak yang aku nak buat dalam tahun 2009 ni. Harap-harap semua impian dan harapan akan jadi kenyataan...
Tadi aku baru je balik dari daftarkan Amir ke Tadika Agama Johor (TAJ)....untuk kanak-kanak 4-6 tahun. Tadika ni sekejap je, dari jam 2-5 petang. Biarla, dia nak sekolah, jumpa dan bergaul dengan rakan sebaya dia...diam tak diam dah nak sekolah dah anak sulung aku tu...cepatnya masa berlalu.....rasa macam tak percaya lagi nak lepaskan dia bersekolah...tapi aku kena la tabahkan hati..untuk kebaikan dia juga....Hmm Dah besar anak aku tu.....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...