klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Thursday 28 August 2008

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK


SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA UMAT ISLAM...SEMOGA KITA DAPAT BERSAMA-SAMA MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KESYUKURAN & MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH, DI DUNIA DAN AKHIRAT.......AMIN!
IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Visit To Eye On Malaysia & AQUARIA KLCC


Semasa kami menghadiri acara konvokesyen hubby tu, sempat la kami melawat2 2 tempat kat Kl ni...1st kami pegi ke Taman Tasik Titiwangsa... Actually, aku yang beriya2 and nak sangat naik 'merry go round' yang besar tu..EYE ON MALAYSIA (EOM) ....eishh aku mula2 tu gayat la jugak memikirkan betapa tinggi n besarnye 'benda' tu, tapi mengenangkan maybe lain kali susah nak sampai kat sini, aku gagahkan diri la jugak....
Kos nak naik EOM, ni x la mahal sangat, sebab ader pakej family...kalau x silap aku la kami ber5 dikenakan bayaran RM 44++....ok la kan...bila naik, ader la dalam 5x pusing....Huiiii manusia kat bawah nampak kecik je cam semut, yang paling kecut perut sekali bila gondola kami tu berhenti kat atas sekali sebab ader orag yang nak naik atau turun kat bawah...huii sayuuup je nampak pemandangan, masa ni aku x berani nak pandang bawah pun.... Yang paling lucu aku tengok, anak aku Amir...masa kat bawah before naik, bukan main x sabar dia, tapi bila mula je berpusing n kami sampai keatas dia dah 'keras' kat tempat duduk dia n x berani nak bergerak...tapi lepas 2-3x pusing, baru la dia nampak relax n enjoy the ride.

Ni la gambar2 kami sekitar Taman Taik Titiwangsa, sebelum dan semasa kami berada di atas Eye On Malaysia.

After that, kami proceed pulak ke Aquaria yang berada di KL Convention Centre. Actually kami dah masuk dah aquaria ni tahun lepas masa holiday kat KL....Tapi hubby aku saja nak bawa mak dia jalan2 n tengok pelbagai species ikan yang ader kat sini. Untuk masuk aquaria ni kosnya agak tinggi la, maybe sebab kos maintainance tempat ni yang agak tinggi maka bayaran yang dikenakan pun boleh tahan mahalnya...kami berlima dikenakan bayaran RM 108.00 (pakej family RM 88 + bayaran senior citizen RM 18.00)...bolehla kan...
Puas la kami tengok ikan...ader yang pelik dan x biasa kami lihat...Yang paling menarik minat aku species ikan piranha...ikan ni nampak baik n decent je, kecik je ikan piranha ni ader la besar tiga jari jer, tapi ganas jugak. masa kami sampai ke aquarium ikan tu, ader la sepotong peha ayam diletak sebagai makanan piranha ni, ditengok dari cara ikan karnivor ni makan memang terbukti la ikan ni pemakan daging yang agak ganas walaupun kecik je saiznya....
Selain tu ader la banyak specis ikan belut, jerung n ikan pari yang jarang2 kita nak jumpa. pada hari tu kami ni kira beruntung la sebab sempat tengok feeding session (ikan2 diberi makan).....kagum rasanya tengok penjaga2 ikan di Aquaria ni dikelilingi oleh pelbagai species ikan yang tertarik dengan makanan yang diberi....jinak2 pulak ikan2 ni.....
Ikan piranha yang nampak kecik, 'comel' & 'decent' je...tapi awas, jangan cuba2 nak pegang...hilang jari nanti!

In front of Atlantis Gift Shop, Aquaria KLCC


Gambar2 sekitar our visit to Aquaria KLCC

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Majlis Konvokesyen Ke-6 Open University Malaysia @ Dewan Merdeka PWTC 23 OGOS 2008




Alhamdulillah, akhirnya segulung ijazah yang diimpikan berjaya jugak hubby aku perolehi setelah bertungkus lumus mengikuti (PJJ) selama 4 tahun....

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MATEMATIK (BeMATH)




Kami berlima je yang pegi konvo, our family n my mum in law together with brother in law




With Mak - Pn Saodah bt Nin



Roses yang Amir sibuk nak beli for Ayah dia...bila dia tengok rata2 semua orang pegang bunga untuk dihadiahkan pada graduan2 yang konvo pada hari tu....

"Mama, kita tak nak beli bunga untuk ayah ke?"

Bunga ni dia yang pilih sendiri...setia sungguh dia menunggu ayah keluar dewan (kanak2 bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk), so aku n Amir tengok hubby konvo kat luar dewan je (disediakan skrin besar)

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Lama menghilang....

Salam buat semua tetamu2 yang berkunjung...

Memang lama saya x buat apa2 entry kat blog ni...buat pengetahuan semua, pada 5 Ogos hingga la 12 Ogos 2008, saya telah dimasukkan ke hospital kota tinggi kerana tekanan darah tinggi semasa mengandung ni....agaknye stress kat sekolah kot..jadilah saya penghuni hospital selama kebih kurang seminggu..so, badan x sihat, ditambah pula ngan morning sickness yang agak teruk, maka x dapatla nak 'touch up' 'rumah' saya ni.... insya allh, sekarang dah beransur pulih, tekanan darah pun dah stabil, maka dapat la saya kembali 'touch up' blog ni
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 4 August 2008

SMKBE Family Day

3 August 2008, berlangsungnya acara wajib SMKBE iaitu Family Day...Tahun ni nampaknya family day hanya diadakan di perkarangan sekolah yang tercinta iaitu Smk Bandar Easter....oleh kerana kekangan yang tak dapat dielakkan, maka warga kerja SMKBE bersetuju sebulat suara acara ni diadakan disekolah.
Namun begitu, ianya tetap happening n meriah..boleh dikatakan hampir 90% guru2 dan kakitangan SMKBE datang bersama2 keluarga masing2.


Acara yang paling dinanti oleh guru2 lelaki tentunya, pertandingan makan durian...semua ambil kesempatan untuk merasa durian free....nasib la ader pelajar2 tingkatan 6 yang sponsor durian. Masing2 bersemangat waja la nak menunjukkan siapa yang handal makan durian. Pemenang dikira berdasarkan, biji durian siapa yang paling banyak n 'bersih' dimakan. Sebelum makan, guru2 lelaki ni berpakat2 mengopek durian untuk di'kerja'kan....ader la suara2 sumbang..."alah...keciknyer buah ni"....tapi yang pastinya, kata mereka yang masuk acara ni, walaupun buah durian ni kecik tapi isinyaa...fuh..marvellous!!

Lepas tu pulak, satu lagi acara yang x kurang menariknya ialah acara rebut kerusi...huh masa ni lah terserlah aksi ala 'kebudak-budakkan' guru2 SMK Bandar Easter ni, agaknye diaorang ni nak release tension. sekali-sekala main2 macam ni ader seronoknya juga.

Bagi kategori guru lelaki, acara rebut kerusi ni dimenangi oleh Ghazali, hubby aku pulak sekadar tempat ke-2....jadilah ye...




Acara rebut kerusi.......semua macam budak2 nak dapatkan tempat duduk!
Pertandingan mewarna


Amir beratur nak join sama acara sukaneka

Antara gambar2 sepanjang family day berlangsung.....ni acara cari gula2 dalam tepung, Amir penuh tepung hari tu


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...