klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Monday 28 March 2011

hand foot and mouth disease...

Last week, Amzar demam on and off for 4 days, and then dia nampak letih dan lesu...merengek2 and tak aktif. masuk hari ke 3, I mula perasan, bintik2 tumbuh sekitar tangan & kaki dia...then dia tak nak makan n tak nak menyusu sangat..sedangkan Amzar sangat suka makan...so I suspect ada blisters [mata ikan @ lepuhan] dalam mulut dia..bila I tengok..Masya Allah..penuh biji2 mata ikan or blisters ni...Kesian sangat2....kalau kita ada 1 je mata ikan pon dah pedih..inikan pula berbiji2....alahaiiii kesian anak Mama!! 

So aku ke klinik to get medicine and cure for him....Doktor confirm that Amzar kena Hand Foot and Mouth Disease [HFMD]. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki. Lagi info HFMD di --->>SINI

hand_foot_mouth_disease
Gambar-gambar Ihsan Mr Google
Nasib baiklah HFMD Amzar tak berapa serius n doktor cuma nasihatkan supaya Amzar diasingkan dari kanak-kanak lain sehingga ruam-ruam yang ada pada kaki tangan dan lepuhan pada mulutnya hilang, sebab HFMD ni akan berjangkit pada kanak2 lain. I risaukan Amir, tapi kata doktor, mungkin jangkitan tidak berlaku..pada kanak-kanak below 6 years, lega gak sikit. Alhamdulillah, lepas 5 hari...lepuhan mulut Amzar n ruam2 kat kaki & tangan dia mula hilang...selera makan Amzar kembali normal. I sangat L.E.G.A....Kata doktor, kebanyakan pesakit akan sebuh sepenuhnya dalam masa beberapa hari. Tetapi di kalangan segelintir pesakit, penyakit ini boleh membawa maut setelah keadaan menjadi teruk di mana pesakit menjadi lemah, susah bernafas dan sentiasa kesejukan. Ini adalah akibat komplikasi. Jangkitan ini mungkin seperti sakit otot (miositis), bengkak hati dan inflamasi jantung (myocarditis) yang boleh menyebabkan maut terutamanya di kalangan kanak-kanak. Alhamdulillah..Amzar sembuh dan tak de sebarang komplikasi.

2 hari lepas----->> Amir pulak mengadu..."Mama...mulut Amir sakit...Mama masaklah bubur...Amir tak leh nak makan nasi..." Semalam bintik2 mula timbul di kaki dan tangan Amir...Bila ke klinik, doktor kata..mungkin HFMD...berjangkit dari Amzar...so Amir kena kuarantin, n dapat MC 4 hari...!!!

Kesian hero Mama ni yea!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 26 March 2011

Mari bergelap uolls!

26 Mac setiap tahun adalah sambutan Earth Hour, dimana semua lampu dipadamkan selama sejam untuk mengurangkan kepanasan dunia. Sambutan Earth Hour ni bermula pada 2007, di Sydney Australia dimana 2.2 million orang perseorangan dan lebih daripada 2000 premis perniagaan menutup lampu selama sejam.  Setahun selepas itu sambutan Earth Hour telah menjadi sambutan global, dimana 50 juta penduduk dunia di 35 negara telah mengambil bahagian. Tempat-tempat terkenal dunia seperti Sydney Harbour Bridge, Menara CN di Toronto, Jambatan Golden Gate di San Francisco, dan Rome’s Colosseum, turut bergelap sewaktu Earth Hour.
Mercu tanda Malaysia
Kuala Lumpur Twin Tower
bergelap semasa Earth Hour 2010
So malam ni, I menaip entries ni dalam separa bergelap kat dalam bilik..hahahaha...seluruh rumah hanya 1 saja lampu yang dibuka; lampu hall depan.  Kiranya I menyokong jugak la Earth Hour...yelah, kita menyumbang apa yang terdaya untuk sejukkan bumi yang semakin panas ni.

Dalam gelap2 ni teringat pulak lagu Zainal Abidin ~ HIJAU

Bumi yang tiada rimba

Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara

Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan

Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan

Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 22 March 2011

cacing..............!!!

Biasalah kan, kalau ada anak kecik ni, macam-macam masalah kesihatan akan kita tempuhi..demam lah, campak lah, kembung perut lah, batuk lah..dan macam2 'lah' lagi lah!! Bak kata seorang doktor yang I kenali kat Kota Tinggi, 
"biasalah cikgu, kalau ada anak macam ni lah..
kita kena banyak  sabar" 

Tu la kan, memang kena banyak sabar lah, bila ada anak ni, macam2 ragam perangai mereka. Kadang2 bila balik dari kerja tu, badan tengah penat, anak buat perangai...huiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...... pannasss je kan!!!!

Berbalik pada tajuk entry I malam ni, C.A.C.I.N.G..

I tak sanggup nak letak gambar
cacing kerawit yang betul2...GELI!!!
So letak gambar cacing yang cute ni bolehla yea!
Sebenarnya Amzar baru je makan ubat cacing lepas maghrib tadi, n lepas lebih kurang 30min, dia "melepaskan" hajatnya...& surprisingly, terdapat ulat2 halus dalam najis Amzar ~ cacing ke? Agaknyalah....berkesan jugak ubat cacing tu yea!

Kenapa I bagi Amzar ubat cacing? I ni ikut petua orang tua2, katanya; kalau anak tak selera makan, badan lemah, muntah2, mata kuyu dannnn.......tidur menonggeng ~ makanya anak tu 'kecacingan' dan perlu diberi ubat cacing!! Tapi bukan tu saja sebabnya, memang sepatutnya ubat cacing diberi setiap 6 bulan sekali...so masa dah time sebenarnya untuk Amzar take the next dose of ubat cacing ni.

Apa 'kecacingan' tu sebenarnya????
Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus. Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan. Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama. Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera. 

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

    * Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
    * Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
    * Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
    * Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
    * Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
    * Demam, ruam-ruam badan, alahan
    * Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :-

   1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
   2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
   3. Potong kuku pendek
   4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
   5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
   6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
   7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
   8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
   9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada



Apa pulak akan jadi kalau masalah kecacingan ni dibiarkan berterusan....


Masalah cacing yang tidak dirawat menyebabkan pelbagai komplikasi, antaranya masalah kekurangan darah kerana cacing boleh menghisap darah dalam usus. Cacing kerawit misalnya, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus. Masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Jenis cacing 

Jenis cacing
Tanda-tanda penyakit
Cacing kerawit
(ancylosotomadoedenali necator americanus)
Anemia (pucat yang disebabkan oleh kehilangan darah), tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing.
Cacing gelang 
(ascaris lumbricoides, ascaris suum)
Tiada masalah padda jangkitan rendah, sakit perut, cirit-birit, saluran pemakanan tersumbat, tindak balas alergi.
Cacing rambu 
Enterobius vermicularis
Tidak hadam makanan, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur, aktiviti garu boleh menyebabkan jangkitan.

So buat rakan-rakan...kalau anak2 tidur menonggeng tu, ingat2lah bila kali terakhir anak diberi ubat cacing. Agaknya lah, bila waktu anak tidur tu cacing yang menghuni perut & ususnya, mula keluar dan parking dikwasan sekitar dubur anak dan menyebabkan kegatalan terutama di kawasan punggung...so anak tidur menonggeng untuk mengurangkan kegatalan...Agaknya lah...wallahualam.....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 21 March 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Walaupun macam dah late entry ni, tapi, aku tak kira nak jugak write tentang Hikayat Merong Mahawangsa [HMM] ni.  Cuti sekolah yang lepas, I berpeluang la nak menonton filem yang dikatakan superb. Well, what I can say is, memang tak rugi menonton filem HMM. Boleh dikatakan 70% filem ni dalam English..so mmg bleh diangkat ke skrin antarabangsa. I sangat-sangat kagum dengan usaha KRU dalam menghasilkan sebuah filem epik selepas filem Puteri Gunung Ledang [PGL]. Lebih 2 jam dalam panggung, sejuk....sangat, jadi berbaloi bila dapat tengok hasil sebegini.  Cuma yang nampak kelemahan adalah dari segi pengucapan dan penghayatan Stephen Rahman bila dia cakap "Melayu". Nampak sedikit kaku...tapi time dia cakap omputehs, nampak la penghayatan dan kehebatan lakonan "Si Merong"!!



Lagi satu yang I rasa macam kurang sikit; is pada ending dia..Ending, menunjukkan Raja Pra Ong Mahawangsa [Sultan Mudzaffar Syah] berjalan dan melihat2 Empayar kerajaan Kedah [pelabuhan Kedah]...Scene tu ditunjukkan kejap sangat lah...kalau dia extend lama sket barulah terasa impaknya [wah lebih-lebih plak I komen yea]. Yang I perasan jugak teknik Green Screen yang dipaparkan KRU masi ada kelemahan n nampak sedikit kaku la, tapi apa pun usaha KRU itu sangat2 membanggakan; dan di doakan tak lama lagi KRU dapat menghasilkan filem yang setanding dengan filem barat. Sekalung tahniah dan syabas buat KRU yang berjaya mengangkat kisah epik ini menjadi sebuah filem yang hebat.  

Yang membanggakan I pulak, ialah beberapa babak di dalam filem ini di'shoot' di bumi kelahiran I--->bumi TERENGGANU. 2 lokasi yang dipilih oleh KRU untuk shoot tepi pantai ialah Pantai Keluang, Besut & Pantai Pandak Chendering, Terengganu. Betullah kata slogan :::::TERENGGANU ~ Negeri Cantik Budaya Menarik:::::



Pemandangan menarik Pantai Keluang

Gambar kapal Merong ~ Shoot diambil di Pantai Bukit Keluang


Shoot di Pantai Pandak ~ Rumah2 di kawasan lanun "Geruda"

Scene di Pantai Pandak

Aduhai..........Tak terkata lah bab gambar ni...
:: "Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama ::

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 18 March 2011

hmmmmm rasanya macam tak salah mencuba kan?

jalan-jalan buat blog walking, ternampak satu entry menarik di blog ----> ini 
tuan rumah blog ni bercerita tentang satu perkara menarik mengenai iPanelonline...
rupa-rupanya website ni merupakan satu website survey yang menjalankan kaji selidik keatas sesuatu produk. disini kita boleh berkongsi pandangan kita tentang sesuatu produk dengan menjawab bberapa soalan kajiselidik. jika kita menyertai kajiselidik tersebut, kita akan mendapat ganjaran selepas melengkapkan kajiselidik. Apabila kita mendapat mata ganjaran yang mencukupi, kita  boleh menebus wang tunai @ hadiah dengan mata yang telah kita kumpul
untuk mengetahui dengan lebih lanjut, cara2 nak mendaftar, boleh klik ke laman web ni ------>>sini

hmmmm terpulanglah pada individu, samada nak percaya atau tidak...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...