klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Thursday 30 December 2010

DAHSYAT JUGAK BILA ORANG INDON MARAH YEA!

Gambar ni merupakan salah satu provokasi yang dibuat oleh orang2 Indon  orang2 yang tidak bertanggung jawab, bila mereka marah dan tak puas hati ngan kejayaan skuad bolasepak kita menang semasa perlawanan akhir pertama Piala AFF dengan menewaskan Skuad Garuda 3-0 semasa perlawanan pada 26 Disember 2010. 


Sayu rasanya bila tengok beberapa gambar penghinaan terhadap Malaysia si satu blog rakan. Sedih pulak bila tengok maruah negara diperkotak katikkan sampai macam ni sekali.  Semasa tayangan perlawanan akhir ke-2 semalam pun nampak sangat sifat kurang ajar rakyat Indonesia yang membuat bising semasa lagu NEGARAKU bergema di Stadium Bung Karno.

Banyak lagi beberapa gambar provokasi yang menghina Malaysia dapat dilihat di Blog salah seorang rakan blogger saya  disini ------>>Syeragh Blog

Biarlah 1000 penghinaan dilempar namun yang pasti dan tercatat dalam sejarah sukan Malaysia :::: Malaysia menewaskan Indonesia 4-2 dalam perlawanan  PIALA AFF edisi 2010, sekaligus membawa pulang piala dan menjadi pemenang ke-4 selepas Singapura, Thailand dan Vietnam :::: 

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 24 December 2010

SMK BANDAR EASTER CIPTA SEJARAH

Keputusan PMR 2010 ~ SMK Bandar Easter cipta sejarah tersendiri
  • Peratus kelulusan keseluruhan - 77.5%
  • GPS Sekolah - 2.53
  • 3 orang pelajar dapat 8A
  • Peratus kelulusan Bahasa Inggeris - 78.33% [yang tertinggi pernah dicapai sekolah ~ bangga I u!! ] 


Pelajar PMR 2010
SMK Bandar Easter dapat 3 anugerah

Sekolah yang telah mencapai ETR -Expected Target Result [ maknanya SMKBE dah capai target keputusan PMR 2010]

Sekolah Cemerlang FELDA, tempat ke-2 selepas SMK Felda Moakil

Lonjakan Saujana [maknanya keputusan tahun 2010 lebih baik dari 2009]
Alhamdulillah aku tinggalkan SMK Bandar Easter dengan kenangan gembira.  Kita tunggu keputusan SPM pulak ye.


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

SMS TIPU


Pulang bercuti di rumah ayahbonda di Terengganu minggu lepas saya dikejutkan dengan 1 sms dari 1 nombor yang agak panjang....

"Ini ayah. Sekarang ayah ada di balai polis. Tolong belikan ayah 'top up'  RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, jangan telefon nombor lama, dah tak boleh pakai. Ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."

Sedikit terperanjat sebab masa tu memang ayah I tak de kat rumah. Dia keluar, katanya jumpa kawan. Cuak jugak I sekejap.  Tapi sebelum top up, kena lah pastikan dulu kan. Cepat2 no ayah di dail... Ternyata SMS tu SMS TIPU!!! Alhamdulillah Ayah I tak de pape...tengah meninjau2 keretanya di workshop.  Lepas tu I pun kupakan la hal tu....

Hari ni, satu berita sudah keluar la......JENG................ JENG............ JENG

SMS tipu minta tambah prabayar



SMS yang meminta mangsa menambah nilai prabayar.



KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."
Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Eish...Eish!! macam ni punya orang pun ada ke dalam dunia ni. Kalaulah dibuatnya penerima SMS tu ada sakit jantung ke apa ke...dan terpercaya pulak dengan sms ni, mahu "sellamat" la penerima SMS tu...
So jangan cepat terpedaya ye..manusia zaman sekarang ni macam2 cara dibuat untuk mendapatkan duit.

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 19 December 2010

KETAWA PENAWAR DUKA


Lepas sarapan [kul 10.30 td??] ke saat ni aku duk 'luangkan masa' tengok2 blog kawan2 n cuci2 mata tengok gambar member2 kat FB. Tengok status terbaru member2...wah wah wah...seronok mereka-mereka ni yea. hidup bahagia disamping keluarga. Senyum, tertawa, riang gembira je tengok gambar2 kat FB tu. Seronok tengok orang bergembira...

15 fakta menarik tentang senyum dan ketawa :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. 
Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. 
Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut : 

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006


So sentiasalah tersenyum [walaupun terpaksa]...jangan sedih-sedih "LA TAHZAN"



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 15 December 2010

MENGEMAS ~ ADUHHHH PENATNYA


Sebelum 25 Disember 2010 aku kena kemaskan segala barangan yang ada kat dalam rumah lama aku ni untuk dibawa ke rumah baru [bermulalah kehidupan baru 2011 di DUNGUN].  So apa aku nak buat yea supaya dapat mengemas dengan efisyen....

So first part kena la aku buat yang ini dulu

Kemaskan dulu barang-barang yang aku nak bawa dan mulakan dengan barang-barang yang paling jarang kita digunakan. 
So aku akan ada banyak masa untuk  "sort" barang2 yg aku ada. Pakaian kerja dah masuk kotak, tinggal baju2 nak dipakai seharian je. Kalau ada barang2 yang aku dah tak nak pakai, bolehlah aku buang atau sedekahkan.

Masukkan barang-barang dalam kotak so senang nak bawa. Pastikan kota dilabel supaya senang nak cari barang bila nak "unpack" nanti
Mata aku melilau je tgk kedai2 yang kotaknya "menimbun". susah nak cari kotak sekarang, kalau ada pun kena beli...sebab kotak boleh dijual kat recyle centre....

Barang-barang yang senang pecah kita bungkus dengan suratkhabar dulu sebelum dimasukkan dalam kotak
Banyak jugak pinggan mangkuk, cawan gelas yang nak dibawa.. Ada yang masih dalam kotak [hadiah kawin dulu pun ada lagi yang belom diguna] Tinggalkan barangan yg diguna seharian je....yang lain, masuk kotak!!

Kategorikan barang mengikut penggunaan dan jenis barang.  Labelkan setiap kotak
Ni memang penting sebab senang nak kemas balik nanti, kita tahu kotak mana nak bukak dulu dan apa barangan yang ada dalam setiap kotak.


"Seal" pintu almari dengan selotape, so bila diangkat tak le pintu2 almari tu terbuka dan menyebabkan kerosakan
Walaupun almari tak banyak tapi kenalah ambik peringatan, perjalanan barang2 tu bukannya dekat ~ JOHOR - TERENGGANU ::: ALMOST 7 HOURS

Sewa lori yang berpadanan dengan barang2 yang nak dipindahkan
Nampak gaya macam aku kena sewa lori panjang gak ni...10 tahun punya barang...adussssss...

Sebelum memindahkan barang bersihkan dulu rumah baru yang akan dihuni.
Hmmmm rumah dah dapat, tapi kuncinya belum dapat [Tuan PPD Dungun nak jumpa kami sendiri untuk serahkan kunci rumah...dah la kami kena tunggu time dia free...kata kerani bahagian perumahan "PPD Encik Z cuma free lepas 25 Dis je cikgu, lepas tu baru boleh arrangekan nak jumpa dia" Adussss....bila nak pindah barang ni, nak basuh rumah, nak masukkan api & air] Semoga Allah permudahkan urusan aku nanti. Amin

Selesaikan part pertama ni dulu --------->> Part 2 akan menyusul nanti


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 7 December 2010

DUGAAN DARI ALLAH

Dalam aku mendapat khabar gembira pertukaran aku ke Terengganu diluluskan, Allah turut sertakan bersama khabar gembira itu, beberapa ujian, dugaan, kesusahan dan masalah untuk aku tempuhi dan hadapi.   Walaupun pada mulanya sangat susah untuk aku menerima, tapi nasihat dan dorongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan banyak membantu untuk aku lebih bertenang dalam menghadapi segala dugaan.  
 
Di dalam surah al-Baqarah, Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan. Memetik kata-kata Mok aku, "Kak Zie kena ingat, kalau kita susah ni, sebenarnya ada orang lain yang lebih susah dari kita.  Keadaan kita ni dah syukur...Alhamdulillah, anak-anak dan suami Kak Zie sihat, kerja ada, pendapatan ada....Allah menguji Kak zie sikit je, supaya Kak Zie lebih beringat di masa depan...sentiasa memohon dan mintak doa pada Allah, hanya dialah tempat kita mengadu. Insya Allah...Allah mendengar segala permintaan kita. Banyakkan bersabar, ni lah dugaan dalam mengharungi kehidupan.  Insya Allah, Allah ada perancangan tersendiri untuk keluarga Kak Zie"


Doa ketika dalam kesusahan dan kecemasan


.

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 4 December 2010

BERTUDUNG....SATU KEWAJIPAN @ SEKADAR GAYA????

Kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim.  Trend masa sekarang kita dapat lihat, ada yang bertudung sekadar menutup RAMBUT dari pandangan orang lain.  Zaman sekarang ni kalau kita keluar, alhamdulillah kita dapat lihat telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita tengok di sana sini wanita mula memakai tudung.

Namun ada juga yang bertudung sekadar trend untuk sesetengah majlis rasmi, atau apabila melakukan sesuatu tugasan yang memerlukan dia bertudung.  pada masa lain dia berpakaian seksi dan mendedahkan aurat. Kat sini kita dapat lihat 'mereka-mereka' seolah-olah seperti mempersenda-sendakan HUKUM ALLAH. Menghalalkan yang haram!! Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Bukan lah aku kata aku ni baik sangat, tapi sakit hati tengok golongan2 sebegini yang seolah-olah menjadikan tudung sebagai fesyen dan bukannya kewajipan!!

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Mereka ini tidak memahami dan menyelami maksud dan hikmah bertudung. Sepatutnya tudung itu menjadikan mereka malu dan segan untuk membuat maksiat.

Hmmm sama-sama lah kita beringat2 supaya kita menutup aurat kerana kewajipan dan bukannya sekadar FESYEN @ SUKA-SUKA SAHAJA.


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

MATA TAK NAK PEJAM

Malam dah makin larut, tapi kenapa mata tak nak pejam2 lagi...nak kata terlebih tidur tak jugak...siang tadi tak tidur pun. Sudahnya aku blogwalking....baca blog2 orang lain..mengagumi layout blog yang canggih manggih...mengagumi jumlah followers diaorang [ada yang beratus, malah beribu...] DAHSYAT...!!!


Seronok tengok ada yang dapat jana pendapatan ngan berblogging je...Aku tabik la kat diaorang ni...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 2 December 2010

MUSIM HUJAN DATANG LAGI

 HUJAN....HUJAN......HUJAN........Dalam seminggu ni bolehlah dikatakan tiap2 hari hujan. Biasalah, musim tengkujuh melanda pantai timur Semenanjung Malaysia pada penghujung  tahun.  Semua aktiviti luar agak terbatas.  Cuaca pulak sejuuukkkkk sangat. 

Hmmmm apa aktiviti sesuai dilakukan time2 hujan ni..
ngadap TV
makan??
membaca
telefon @ sms kawan...

bosan???? gigit kuku????

 Tapi aktiviti paling best


Hujan-hujan, sejuk-sejuk macam ni, kalau dapat minum kopi panas pekat-pekat, 
 

pekena pulak dengan ubi rebus cicah nyior @ ubi rebus ngan sambal ikan bilis...fuuuuuhhhhhh.....TERANGKAT!!! 

Hujan masih lagi turun kat luar tu.....nak keluar pun nanti basah. Sudahnya duk rumah layan FB. Blogwalking. Berblogging!!! Apa-apa pun, buatlah aktiviti yang berfaedah untuk diri kita sendiri. 



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 1 December 2010

SUKA DUKA MINGGU INI

Banyak perkara berlaku minggu ni kepada aku dan keluarga aku...suka bersulam duka...Tuhan menguji hambanya. Agaknya ada perkara yang aku lupa, alpa dan lalai.... DIA ingatkan.....

1st ::: perkara happy ~ Wedding adik aku yang no-3.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Family side aku with pengantin....

Before akad nikah @ Masjid Tengku Tengah Zaharah a.k.a Masjid Terapung

2nd :::: perkara sedih ~ 2 peristiwa berlaku semasa kenduri sedang berlangsung

Kereta cousin aku di'kopek' oleh seseorang yang sangat pro.  1 pouch bag hilang berserta kad prepaid yang belum digunakan bernilai RM 500++. Silap cousin aku gak..sapa suruh tinggalkan pouch bag tu dalam kereta...

Lampu belakang kereta pak cik aku pecah, disondol oleh seorang penunggang motorsikal.  Kereta di parking agak jauh dari rumah parents aku [biasalah kan kenduri, parking space terhad]. Semua tengah bz mz, so tak perasanlah bila peristiwa ni berlaku & siapa yang bertanggungjawab

3rd :::: perkara sedih ~ berlaku semasa rombongan pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki, sehari selepas  kenduri di rumah aku

Tayar kereta Ayah Su aku pecah while driving. Nasib baik tak de apa2 yang mengerikan berlaku.  Rombongan pengantin ter'delay' lebih 1 1/2 jam, kerana menunggu tayar ditukar di kedai tayar.....

::::::: gambar-gambar 'bahagian2 kereta' diatas adalah hiasan semata ~ masa tengah sibuk2 time wedding bila sempat nak ambik gambar kan.... :::::::

 4th :::: perkara sedih ~ berlaku semalam 30/11/2010

EXORA kesayangan aku kemek   :(

Peristiwa berlaku di satu simpang; semasa hujan renyai2....masa tu aku nak belok ke kiri [jalan tu mmg sehala je la..] masa nak belok tu, aku cuma nampak ade 1 kereta datang dari arah kanan...masa tu kereta tu... jauh lagi la.....& aku budget mmg lepas la kalau masuk kiri tu...so aku masuk la ...tak alih2 datang motor langgar dr arah kanan...mmg aku tak nampak ade kenderaan lain selain kereta tu, kalau tak tak kan aku berani nak masuk simpang tu...hmmm..motorcyclist tu cedera bahagian muka...mulut dia berdarah, motor dia bengkok rim...after few minutes kebetulan ade polis lalu kat kawasan kejadian...n control the traffic...the policemen adviced me to stay in the car n i waited for my father to come [ masa tu ada sorang lelaki, maybe keluarga penunggang tu kot...bebel2 n marah2 kat aku, sebab tu polis suruh duk je dalam kereta] ..... pastu polis ambik gambar kereta...gambar motor..... pastu gi balai polis..buat laporan..bla..bla...bla....kena saman RM300 ~ kesalahan ::::: CUAI SEMASA KELUAR DARI SIMPANG HINGGA MENYEBABKAN BERLAKUNYA KEMALANGAN ::::::  Yang melanggar aku tu...dibawa ke hospital ngan ambulance [polis tu yg call ambulance]....Aku tak sempat nak tanya apa2 kat mamat tu, coz polis dah suruh aku duk je dalam kereta...apa lah nasib dia...tapi masa ambulance sampai, aku nampak dia boleh berjalan sendiri [kaki tak patah]...cuma agaknya, ade giginya yang patah..coz aku nampak mulut dia berdarah...huhuhuhuhu...

Rasa sangat bersalah....dan tak lena nak tidur.  Ya Allah..ampunkan segala dosa2ku......

Kesimpulannya

Berhati-hati semasa memandu....

p/s ::::: aku masih trauma, takut nak drive. :(  :(
 

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...