klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 4 November 2012

:::: 23::::

semakin dekat
semakin berdebar
semakin cemas
semakin tertanya2

tinggal berbaki 23 hari lagi
selepas ini segalanya akan terjawab

tungguuuuuuu
doakan aku selamat menempuhinya
Amin

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 10 September 2012

masihkah kau ingat??????

salam
hari ni tuan tanah nak enter frame....
dah lama takmenghapdet blog yg dah bersawang tahap super maksima nih...
mungkin sebab sangat tak larat sejak akhir-akhir ni [pembawakkan budak le katakannnn].
smalam ade kursus LADAP di sekolah 
KURSUS PEMBINAAN BLOG

So teringatlah mak cik kat blog I yg dah lama bersawang nih....
so, tak de apa yg nak di hapdet...aktiviti pon x banyak
  walaupon banyak.....tp..masih dalam ketiadaan mood untuk melalut kat wall blog nih...huhuh
so I letak la gambar I yg tengah preggy 6 bulan  nih...hehe...
pecaya tak, dolu preggy, I tak penah ambik gamba...
kali yg ke-3 nih tetiba terbuka hati 
nk snap gamba masa preggy...
KEMBANG SEMANGKUK
 I yg mmg dah sedia kembang nih..
well lets see
kalau I rajin, I akan hapdet lagi k
ADIOS!!




(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 17 July 2012

tepung pelita oh tepung pelita

tetiba teringin nak makan kuih tepung pelita..
teringin yang original!! bukan yang tiruan tau..
kata EN WIKIPEDIA..
Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional yang sedap dan enak rasanya. Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama.
Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Ia mudah rosak dan tidak tahan lama.
Pada asasnya tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat lembut.

kuih ni saya panggil tepung pelita tiruan...
sebba saya pernah terbeli kuih ni...sebab ingat ni tepung pelita
n sangat frust bila...ianya bukan tepung pelita...huhuhu
yang ni namanya KUIH TAKO!!
 Kuih tako ni, adunan atasnya macam nak sama ngan tepung pelita, cuma bahagian bawah dia ade inti. Selalunya orang letak sengkuang cina @ buah pear yang dicincang.
I tak berapa nak suka kuih ni...

searh punya search, terjumpalah resepi tepung pelita original kat SINI
Tapi adakah diriku rajin untuk buat sendiri???
jawabnya kalau tak jumpa jugak...kena lah cuba2 buat sendiri kan kan kan...
tapi rasanya, I tak pandailah nak buat bekas dr daun pisang @ daun pandan tu
rasanya bekas ni la yang akan menjadi pilihan..huhuhu
Insya allah...kalau tak de aral tak malas I buat la....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 20 June 2012

::: ????????? :::


aduhai....
ada yang tak suka blog ni rupanya..
hmmm I ni kalau tak suka blog orang,
tak de la sampai cakap macam ni!
tapi tak pe lah, Malaysia negara merdeka, 
you can say what you like and feel.

Tapi si GUEST ni bagi saya sangat pengecut 
sebab tak tinggalkan link dia...
kalau berani tinggalkan lah link, 
mana tau I boleh lah melawat blog dia yang BEST tu..
I pon nak jugak tinggalkan komen..kan..kan..kan

ADA BERANI!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 8 June 2012

akhirnya.....menjadi jugak!

setelah sekian lama berangan2 nak buat beef steak sendiri...
malam ini menjadi kenyataan!
ntah kenapa terlebih rajins pulak 

so... malam ni dinner western la...

(^______^)

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 16 May 2012

Tuesday 15 May 2012

.....dah kali ke -12 dah.....

Tahun ke~12 meraikannya..
semoga aku terus tabah mengharungi
 hitam-putih-pahit-manis-kelat-masin-masam
kehidupan bergelar guru!!
Tema Hari Guru 2012

pen hadiah dr Amir untuk cikgu2 dia...
kata dia, kalu bg pen, cikgu bleh guna...
Layanzzzz

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU
 SELURUH MALAYSIA!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 14 May 2012

...Dumil Mama...

(^__^)
sekarang saya minum ni
so...dapat teka tak kenapa lama saya membisu?
tolong sama2 doakan saya ye!
Alhamdulillah!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 12 May 2012

...aku masih disini...


Inginku buktikan keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki sepenuhnya nirwanaku
Demi kasih dan cinta ku
Aku masih di sini


CEWWAH!!
XPDC plak malam2 ni...
bukan apa, saja nak ingatkan semua rakan2 Blogger yang I masih setia kat 'rumah' I ni
walaupun lama sesangat I biarkan 'dia' bersawang..
nak buat macam mana tuan 'rumah' ni agak kurang sihat..
now...alhamdulillah
dah agak sihat n larat nak mencantikkan n mengemaskan rumah..

SO
just tunguuuuuuuu update yang berikutnya..
Buat masa sekarang ni, nak ucapkan SELAMAT HARI IBU
buat rakan2 blogger saya yg bergelar IBU





(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 5 April 2012

..lama tak menulis...

Dah lama ta melawat 'rumah' I ni
Dah bersawang sana sini...
Sibuk benar agaknya aku ni ye!
Ataupun sememangnya I tak dak mood nak 'menulis'.
Ataupun dah kekeringan idea???

Tak apa lah.....buat masa sekarang ni, I masih macam tak dak mood nak menulis panjang-panjang
Buat semua rakan bloggers yang masih setia menulis, masih melimpah-limpah idea...teruskan usaha murni anda.
Mana lah tahu dengan melihat2 hasil entries anda semua I dapat semangat untuk menulis entry blog semula ...

Aduhai.....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 17 March 2012

...menjala...

dinner kami tadi
atas permintaan my boy Amir..yang sangat suka ngan roti jala
sebelum 'menjala' kena buat gulai ayam dulu... 
ayamnya nyorok..malu!!
then buat adunan dia

3 cawan tepung
3 1/2 cawan air
2 biji telur
garam sket
pewarna kuning [kalo tak de...letak kunyit serbuk je]  
2 1/2  sudu minyak masak
blend semua..siap....!! 

kalo 1st time menjala tu, rasa adunan pekat, boleh tambah la air sket2.
adunan ni boleh buat dalam 15-20 keping, so kalau 
nak buat lebih...double kan lah adunannya... 
'jala' I  
abaikan lah 'jala' yang tak berapa nak santek ni.
almaklumlah bukan pro kanssss. 
I lipat cenggini je..nak gulung2 tu malas lah tak pandailah 
siap!!



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 15 March 2012

...jalan-jalan perabih pitih...

Cuti ni I tak balik kampung En Hubby di Kota Tinggi.
So...sudahnya jenjalan je la kat kampung halaman sendiri...sedapkan hati
I pegi cuci2 mata... tengok2 barang kat Pasar Payang.
Actually temankan En Hubby...coz dia nak cari parang 
tengah bersemangat nak menebas semak kat belakang rumah kitaorang la tu! Layan!!
Kalau sebut Pasar Payang...semua tentu tahu kan, segala mak nenek barang ada kat sini. Sebut je nak apa, macam2 ada.  Tapi yang paling femes kat Pasar Payang ni, tentulah Batik Sutera, Keropok, dan Songket. Kalo time cuti sekolah, memang jem la jalan ke Pasar Payang ni. Parking Full!! 

So I malas nak cakap banyak, jom layan gambo2 yang sempat I snap ngan kamera murah I semua yang snap gambar kat Pasar Payang waktu I pegi, pakai camera DSLR.... masa kami berdua gi jalan2 perabih pitih di Pasar Payang...
Incik Hubby tengah pilih parang 
macam2 ada!! 
pilih-pilih 
barang2 tembaga pon ada 
souvenir yang selalu dibawa balik 
mari2..murah2 
yang ni tau tak apa?
Comforter @ orang panggil Toto

Pas beli parang, I plak ajak Incik Hubby jenjalan cuci mata.
huuuuuuuuu banyaknya kain batik...longgok2 je 
sekarang dah ada macam2 nama batik sutera ni 
Cantik-cantik!! Memang rambang mata...
I tau mesti Miss Mirror ngan Shark
melelessssss tengok sutera ni!! 
pilih je..nak yang murah, yang mahal!
yang penting kena pandai tawar menawar...
Sesak ngan orang-orang yang nak beli sutera...
Bayangkan..semua kedai kat Pasar Payang ni ramai orang 
I cuma beli ni je..Kaftan...
Hehehe..kenalah menahan napsu kan! 
Sebab, bulan lepas i dah beli 3pasang Batik Sutera!

Adusss, ni baru jenjalan tingkat atas.
Sesak napas sebab raaaamaaaaaiii sangat manusia!
Kat tingkat bawah Pasar Payang ni...ada pasar basah banyak lagi barang2 lain....
I memang tak jalan tingkat bawah, sebab dah penat me'round'
Dah dapat parang, baju kaftan.....dah penat....
Jom Balik!!

**lain kali kalau I pegi lagi Pasar Payang, I snap gambar barang2 kat tingkat bawah pulak ye! Tapi sebab tak nak hampakan korang...I meng"Google" lah gambar2 ni buat tatapan korang semua...
 
 
limpahan keropok
 
kuih muih tradisional Terengganu 
 
serunding

Okeh.....puas hati? (^____^)

Ehhh ada lagi....I nak tunjuk bukti betapa parking full 
kat Pasar Payang time cuti sekolah ni...
 
ni I snap pic parking kat belakang Pasar Payang...
Yang parking bertingkat memang tak leh nak  masuk
FULL
 
Tuan keta ni siap parking macam ni!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 11 March 2012

..ingatkan token apa la...rupanyaaaaa....

Aku ni kira ketinggalan zaman jugak la kan...
Rupanya Kerajaan Malaysia dah mula gunakan syiling baru.
Ye la, aku tahu sebenarnya ada syiling baru dikeluarkan,
 tapi tak sangka dah diedarkan & digunakan. 
Apalah cikgu ni...tak ikut perkembangan semasa betullah.
Nak jadi cerita, aku baru dapat duit syilling baru ni..
Memula dapat terperanjat jugak, ingatkan cashier tu terbagi
duit tipu. Yelah...aku rasa ringan je duit tu,
 pastu kaler pon lain.
Aku tanya la adik tu.."dik duit apa ni..macam token je"
"Kak..tu kan syilling baru"...."Hah!! ye eh...alamak!! Sori2"
Malu kejap aku....hahaha
lawa jugak ye syiling baru ni!
 
 
 
 
 yang pastinya syiling 20sen ngan 50sen sangat nak serupa.
kena hati2 masa terima baki @ nak bg duit.
kalau aku ni jenis tak kira kalo dapat syilling.
dapat baki, terus masuk handbag.
dah balik rumah baru bukak balik handbag, keluarkan semua
duit2 baki yang memberatkan handbag tu....kira semula...hahaha


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 7 March 2012

...wordless wednesday????...iyalah tu!!...

konon-konon nak buat entry bisu...
hmmm..nampaknya macam tak bisu pon!!
saja nak recap apa yang I n family I buat last weekend...

memula hari khamis lepas..gi gunting rambut budak berdua ni 
botak 2-2...jadi UPIN & IPIN 
pas gunting rambut...naik pulak benda ni
terbang jugak lah 4-5 hengget!!
siapalah yang reka benda ni!! 

Pastu...
hari jumaat kami gi pulak kenduri cukur jambul anak sepupu I.
Lepas makan2...En Hubby terjumpa plak anak beruk ni...
Beruk ni, beruk ayah mertua sepupu I
Jinak..n manja plak tu...
 
 budak berdua ni pon teringin nak pegang2..tapi takut2
 
Amzar pun cuba gak pegang...
nasib baik la beruk ni tak gigit.
I kerling2 dr kejauhan je...eeeeeeeeeee takoooot!!!

*****Amzar siap request suruh Mama beli satu..nak bela kat rumah.........Oooooooo Tidaaaaakkkkk!!!

*****Kan I dah kata...entry ni tak kan boleh jd bisu punya!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...