klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Monday 28 February 2011

mssd dungun 2011 @ SMKSO

Seronok seronok seronok...

walaupun penat coz jadi bidan terjun hari ni, untuk hantar budak perbarisan untuk program sukan daerah [MSSD] sebab misunderstanding tentang masa ngan pakcik bas, tapi I had an interesting day today..

seronok tengok gelagat peserta..seronok tengok pancaragam..seronok tengok maskot2 perbarisan...daaaannnnn yang paling seronok....being away from all the 'heavy' work @ school for one day..release sket tense tu...anyway, esok dah kembali semuala kesekolah..as energetic as ever [b4 noon la, after noon je..hmmm mula la bateri nak kong!!]

so..dipendekkan cerita, these are some interesting pics pada I interesting la kanns untuk you all tengok...


Teacher G n students

Bebudak perbarisan yang penat menunggu acara perasmian bermula

SMK Padang Pulut Dungun Terengganu

Teacher G n Teacher Nadia sempat snap gambar ngan maskot SMKPP
semut@kerengga@ant...lambang semangat kerjasama dan
semangat berpasukan!!

Pasukan perbarisan yang menarik minat I...cumilll sangat elephant tu
tapi dia malu2 bila I nak snap gambar dia

Yang ni mmg I kagums sangat ngan cikgu dia....memang sangat2 kreatif!!
You all tengok la sendiri la

Mula2, dia tegak je, masa ni orang sekeliling
 buat dono je..ala..biasala kan maskot robot

Yang ni pun sama la ngan kawan dia, relax je
Jeng...jeng...jeng...
TRANSFORMASI terjadi!!!

students yang first, transform jadi.....kereta kebal
Students yg kedua, transform jadi...Bumblebee....
Masa ni baru semua crowd tengok diaorang & flash kamera...fuhhh macam kilat...dua students ni jadi selebriti sekejap, semua orang tertumpu kat diaorang dan merakamkan detik2 'pertukaran' mereka. Memang kagum dengan kreativiti cikgu2 diaorang ni sampai boleh buat 'transformer' sendiri. Hasilnya SK Padang Pulut [ni jiran kitaorang la kat SMK Padang Pulut] berjaya jd naib johan kategori sekolah rendah...naib johan kategori sekolah menengah..hmmmm abang 'dia' la...SMKPP!!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 27 February 2011

humphhh......





sesetengah rakyat malaysia ni sangat2 ignorance kan....kalau tak caya cuba-cuba lah perhatikan semasa anda berada di shopping complex...setiap kali lepas menggunakan trolley, mesti mereka2 ni pakai main letak je trolley tu kat mana2..ikut suka dia lah..kadang2 tu kat tengah2 tempat parking la, kat celah 2laluan pejalan kaki la...kat tepi tong sampah la...tepi bus stop la..bak kata orang TRG, ikut mana dang nok letak...

Humphhhh... kita tak sedar bahawa, kita sebenarnya menyusahkan orang lain. Apalah salahnya kalau trolley tu diletak balik di tempat yang sepatutnya. Pengalaman I ...satu hari tu, terjengah2 cari parking, tetiba nampak 1 tempat 0, apalagi, I dengan gaya Michael Schumacher [betul ke ni], masuk ke parking..tetiba I brek mengejut...Chantekkkk je 2 biji trolley 'park' kat tempat yang sepatutnya kereta park...HUMPHH...Frust menonggeng I you!! Geram pon ade, siap menyum*** kat HaMBA ALLAH yang tak reti bahasa tu...!!

I pernah tengok orang putehsss lepas masukkan barang2 dalam bonet kereta, dia berjalan balik ke tempat letak trolley semata2 nak letak balik trolley tu...humpppph kalau orang Malaysia? Humphh ada la  2-3 kerat yang buat gitu, agaknya la.

So I pun nak ingatkan diri I n diri-diri orang lain supaya, meletakkan trolley ditempatnya semula selepas dihunakan or, letaklah kat tempat yng munasabah sket n tak mengganggu 'perjalanan' orang lain!!! HUMPHHH








(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 26 February 2011

38.5 degree celcius....



Amzar demam!! Dari 2 hari lepas dia dok merengek...tak selera nak makan. Td check suhu dia dah 38.5 degree.....hmmmm risau gak. Memang kena monitor je, takut terkena fit [sawan  serangan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.], kalau suhu badannya naik. bukan mintak, cuma risau akan terjadi kalau kita tak berjaga2.  Tidur Mama pun tak lena, sekejap2 terjaga, check condition & suhu dia....Mama pakaiankan baju nipis untuk merendahkan suhu badan Amzar...Mama jelum [sponging] kepala n badan Amzar...Mama 'paksa' Amzar minum air kosong [air ECPI]..Mama pastikan dos ubat Amzar tepat waktunya...

Cepat sembuh ye anak Mama!!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

patah la tangan gue macam ni!!!

 


Aduhaiii....satu hal yang sangat2 tidak disukai telah terjadi...!!  Alat diatas yang sangat2 membantu seorang surirumah cum career woman macam saya ni, telah 'breakdown'. Agaknya mogok la tu kot, hari2 tenaga 'dia' diperah kan kan kan. Sangat sedih bila 'dia' merajuk macam ni...Pagi tadi cam biasala, rutin dihari minggu [dan hari2 biasa]...membasuh baju yang menimbun2. Selalunya sampai 3 round membasuh huhuhuhu kesian encik washing machine ye!!. Bila sampai time nak spin, tetiba 'penyepinnan' baju tu tak berjalan lancar...spin berpusing dalam kadar yang amat-amat slow...adussss...tetiba plak, bau hangit menerpa hidung!! SAH!! Something is wrong!! Alamak. Terbengkalai kerja.!! Nasib baik 'dia' separa auto [wash n spin ], so kalau rosak, 1 je la yg ter'effect'.....
Sudah terbayang di mata ku $$$$$$$$$$$$$$$....Hai ...patutla semalam tangan kanan n kiri gatal...yang kanan sebab nak dapat $$ [semalam kan gaji massyukkk]; yang kiri gatal sebab $$$ nak keluar..hmmm seimbang kan..ade IN ade OUT!! Bila 'bekas' aku nak penuh2 ni. Kan best je kalau IN je tak de OUT!!
So berbalik pada hal di atas.....kena la aku perah baju yang telah di 'wash' tu secara manual...sebab tu la tajuk entry ni..."patah la tangan gue macam ni!!!"
ADUHHHH PENAT N LENGUHNYA TANGAN!!!....Harap2 cepatla dapat dibaiki supaya 'deritaku' tak berpanjangan!!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 25 February 2011

PERKARA LAWAK HARI INI....

Hari ni dalam sejarah......Hari ni memang lawak. Habis marking kertas form 5, aku pun nak la totalkan mark diaorang ni, aku perasan ada 1 paper student tak de, menjajau aku cari. Habis segala kertas2 n buku2 [yang amat berselerak atas meja aku tu dibelek-belek], tapi tak jumpa.  Aku sangat pelik coz paper 1 ada, paper 2 tak ade. Adus! Alamak! Sudah! Berdebar sangat, sebab itu kertas exam menentukan TOV bagi Form 5. Bila aku tanya that particular student, katanya dia hadir exam for both papers. Alamak, mana paper dia ni?Aku terus mencari, membelak dan membongkar. ***PANIK*** Penyelaras Form 5 nak markah hari ni jugak!!

Tetiba student tu datang ke meja aku, hulurkan kertas dia & dgn muka yang sangat-sangat selamba, dia kata "Teacher kertas ni ada kat dalam drawer meja saya, masa exam hari tu saya lupa nk hantar. Sorry ah teacher"!! 

TEACHER ::::::: *TERKEDU* ::::::: SPEECHLESS ::::::::

*"Macam mana awak boleh terlupa hantar? masa cikgu kutip kertas awak tak perasan ke?"

**Tahu la teacher, saya tak ingat nak hantar masa periksa hari tu, tadi cari2 kat meja, rupa2nya ada kat situ"

*"Masya Allah" [Ada jugak manusia macam ni rupanya]

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 15 February 2011

FINALLY.............

Finally...i'm settling down at my new school, new home and new environment....

Tapi there are vast difference between my former school SMKBE isk isk isk..missing dat school so much la!! and my new school..SMKPP.  Well.... life goes on, no matter what!! Actually aku seronok gak, coz teachers at my new school ni OK OK semuanya...sporting habis la.. well ade gak yang tak brapa nak sporting morting tu, tapi overall...bolehla, boleh la hidupppp! 

So far, aku banyaaaakkkkkk sangat tugas kat sekolah baru ni, sampai tak terbuat rasanya.....hahahahaha...alasan semua tu kan...Well, i take it as a challenge.  Tugas yang dah biasa aku buat...KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS...GURU KELAS...GURU PENGAWAS...Tugas baru ::: S/U PMR & PENYELARAS PEPERIKSAAN TINGKATAN 4 wa wa wa wa...aku tak suka, tak suka, tak suka... Ada lagi kerja2 lain yang serba mak nenek tu...tapi aku jd AJK je la...tugas pun so and so je la.

Now aku tengah 'bergelut' nak settlekan PENDAFTARAN PMR 2011...so hopefully aku dapat siapkan before due date 26 FEBRUARI 2011.....Harap2 tak de problem la...Pray really hard dat I won't have any BIG problem in settling the registration...AMIIINNNN.

So really hoping that my life will be more easier, more merrier, happier...and blessed by Allah...


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 10 February 2011

SABARKAH AKU SEBAGAI SEORANG GURU???

Hari yang sangat menguji kesabaran!! Hari ni aku mengajar di kelas 4K**...merupakan kelas terakhir bagi tingkatan empat.....kelas yang hanya dihuni oleh pelajar kaum ADAM sahaja.  Apakah yang akan anda lakukan jika :
  • pelajar keluar dari kelas ikut pintu belakang semasa kita mengajar
  • pelajar tidak menghiraukan kita dihadapan kelas dan hanya bercakap dan berbual kosong dengan rakan sekelasnya
  • pelajar tidak menghiraukan kita bila kita memanggil dan menyuruhnya masuk ke kelas semula
  • pelajar mengatakan "malas la nak belajar Bahasa Inggeris sebab susah" ..."baik teacher tak payah ajarla...buang masa teacher je"
  • pelajar kata "saya malas nak bawak buku bahasa inggeris sebab berat..."
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SABAR JE LAH!!

APA LAGI NAK DIKATA KAN?

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...