klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday 24 November 2009

Botol Bayi_Part 2

Kalau dalam entry sebelum ni aku berkongsi pengalaman tentang botol tanpa BPA, dalam entry ni aku nak berkongsi pulak mengenai kebersihan botol susu anak..... Bila melahirkan anak yang kedua ni, aku agak sensitif tentang botol yang digunakan oleh anak aku..ini kerana aku tidak dapat nak breastfeed anak yang ke dua ni, so kerana tu aku nak berikan yang terbaik untuk dia. Kalau botol kurang bersih, maka susu yang masuk ke dalam mulut dan perut anak aku pun kureng bersih la....

Dari pengalaman aku sendiri, aku pernah nampak botol susu dan puting susu yang 'berkerak' dengan sisa2 susu yang tidak dicuci sepenuhnya, bahagian tepi penutup botol, berdaki hitam, ...eish geli geleman aku dibuatnya. Aku sentiasa pastikan botol anak, dicuci bersih dan disterilkan setiap hari.

Ha, ni steril STERINOVA yang aku mula2 sekali gunakan...beli kat Butik ANAKKU...Caranya, masukkan air paip biasa, than masukkan 1 tablet sterillizer tu & biarkan dalam 30min...tapi lepas guna beberapa kali, aku kurang suka ngan sterillizer ni sebab, lepas di rendam, macam ade kesan berminyak dan melekit pada botol anak...so aku berhenti menggunakan STERINOVA ni.


Ni la Electric Steam Sterillizer yang aku gunakan sejak Amzar berusia 1 bulan hinggalah sekarang. Dulu masa Amir, aku cuma rebus botol dia setiap hari, masa tu aku belum diperkenalkan dengan steam sterilizer ni [terima kasih buat kawan aku, Masnira yang mencadangkan steam sterillizer ni pada aku.] Yang aku beli ni, Jenama Core..dibeli dibutik ANAKKU dengan harga RM130+ [agaknya la...aku ingat-ingat lupa la]. Bagi aku, sangatlah berbaloi aku membeli sterillizer ni, sebab ia mudah digunakan dan tahan lama. Sterillizer CORE dapat men'steril'kan 8 botol serentak. Selama aku menggunakan sterillizer ni, Alhamdulillah..belum ada masalah lagi. Selain dari CORE, banyak lagi jenama steam sterilizer yang ada....kita cuma perlu pilih yang sesuai dengan keadaan 'poket' kita. Tepuk dada tanya selera!!

Ni pulak liquid cleanser yang aku pakai untuk cuci botol anak...kadang2 aku pakai jenama ANAKKU [dari zaman Amir lagi, aku dah guna liquid cleanser ni].....kiranya dua2 jenama ni ok la...yang penting, cleanser ni selamat untuk bayi dan ia memang sesuai dan senang menghilangkan dan menanggalkan segala sisa susu yang ada pada botol.

Ni pulak berus pembasuh botol yang aku gunakan...macam2 jenama ada pilihlah yang berkenan dihati...

Tak salah kita berhabis dan susah sedikit demi anak-anak.....buat masa sekarang, aku memang tak tinggalkan botol anak di rumah pengasuh...bukan aku tak percayakan dia, tapi aku lebih senang memastikan kebersihan botol susu anak aku terjamin dan yang penting, botolnya di sterilkan setiap hari.

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Botol bayi

Botol susu.....satu perkara yang kadang-kadang dipandang remeh oleh ibu-ibu [ termasuk lah diri aku sendiri]. Semasa melahirkan anak pertama dulu aku langsung tidak menggunakan botol susu sehinggalah Amir berumur dua tahun kerana aku menyusukan Amir dengan susu badan. Bila tiba masa Amir bercerai susu, aku cuma membelikan botol plastik biasa yang banyak terdapat dipasaran. Pada waktu tu, aku tak pernah pulak terdengar tentang BPA dan juga bahayanya pada bayi.

Hmmm apa pulak BPA ni?

Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Macam mana pulak BPA ni boleh mendatangkan mudarat pada bayi kita?

Haaaa, selalunya kita akan merebus @ mensterilkan botol-botol susu anak kita kan? Kesan dari proses merebus @ mensterikan botol-botol susu ini boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi. Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

So, bila aku dah tau ni, untuk anak kedua Amzar, aku cuba sedaya upaya untuk mencari botol susu yang agak berkualiti. Ini kerana Amzar tidak dapat merasa nikmat susu ibu dan menyusu susu formula sepenuhnya. Sebelum ni aku menggunakan botol jenama Pigeon yang agak berkualiti, namun masih diragui kerana ianya diperbuat dari plastik polikarbonat yag sedikit sebanyak masih mengandungi BPA. Melalui carian internet, aku mendapat beberapa maklumat tentang botol susu bebas BPA ni, dan alhamdulillah, botol yang dihajati ada dijual di JUSCO berhampiran. Walaupun agak mahal harganya dan kurang menarik botolnya, aku tak kisah sangat asalkan keselamatan anak aku terjamin.

Ini lah rupa botol baru Amzar jenama Evenflo...botol bebas BPA

Ada lagi beberapa botol bebas BPA yang mudah didapati di tempat kita ni. Antaranya ialah botol AVENT. Tapi Amzar kurang menggemari botol AVENT. Mungkin kerana puting susunya yang agak besar....


Jadi buat kawan-kawan yang bergelar ibu-ibu diluar sana, aku sarankan supaya mebeli botol bebas BPA ini untuk kegunaan akan-anak kita.

Untuk maklumat lanjut Sila ke sini BORNfREE
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 22 November 2009

Konvo TAJ Amir...21 November 2009

Diam tak diam, dah habis dah sessi persekolahan Amir di TAJ [Tadika Agama Johor]. Sekejap je masa berlalu..Tahun depan Amir akan menempuh alam persekolahan baru di Tadika KEMAS pulak...Hmm kat tempat aku ni mmg tak banyak pilihan Tadika, yang ada cuma tadika KEMAS. Nak hantar ke Tadika di kawasan Bandar Kota, susah..kerana masalah jauh, tapi tak apalah, semoga ilmu yang Amir dapat di Tadika KEMAS ni akan menyediakan dia untuk alam persekolahan sebenar tahun 2011 nanti

21 November 2009, Majlis Konvokesyen TAJ diadakan di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi.....Hehehe, dah konvo anak aku yea....Mama bangga la jugak sebab Amir dapat tempat ke 3 dalam kelas dia
Dewan Jubli Intan Kota Tinggi

Aksi Amir dan kawan2 sementara menunggu majlis bermula. Waktu ni selepas pendaftaran, dia dan kawan2 menunggu di khemah yang disediakan di luar Dewan Jubli Intan ni

Gelagat-gelagat Amir sewaktu menunggu giliran untuk masuk dewan..
hehehehe comel anak aku ni pakai jubah "konvo"


Amir terima sijil, trofi n Hadiah dari isteri Tan Sri Syed Hamid Albar,
Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin


Proud Mama & Ayah...

Amir ngan kawan2 sekelas & Ustazah dia [tudung kuning]


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 15 November 2009

PENATNYA JADI SURIRUMAH NI!!!



[Gambar Hiasan...ihsan En Google]

Kalau dulu semasa aku budak2 lagi, aku tak pernah terfikir akan beban tugas seorang surirumah ni... Yang aku tahu aku cukup kagum ngan Mak aku..semua benda dia boleh buat, bagi aku Mak la Hero dalam hidup aku...tolong basuh baju, memasak, tolong buat kerja rumah, mengemas rumah, lipat baju gosok baju.........dan macam-macam perkara lagi. kalau ada benda yang dicari dalam rumah tu, Mak la jd tempat rujukan, yang best tu, kita dah sehari suntuk mencari benda tu, tp tak jumpa, Mak boleh tahu kat mana benda tu bila kita tanya...kagum............kagum

Sekarang tibalah giliran aku menjadi seorang surirumah berkerjaya...baru lah aku tahu betapa penatnya tugasan tu....Penat dengan kerja di sekolah, balik rumah kena puak berhadapan ngan kerja2 rumah.....tak menang tangan rasanya...Dari dapur, ruang tamu, bilik2 tidur dan bilik air perlu diberi perhatian. Kain baju perlu dibasuh, dijemur dan dilipat [bab ni yang paling susah nak dibuat]. Menu seharian perlu disiapkan [hehehe ni kalau berkesempatan ,masak la. kalau tak, masak je kat dapur orang lain..makan kedai]. Selain dari tu hal2 kebajikan anak perlu diambil kira, menghantar dan ambik anak dari tadika, membantu anak menyiapkan kerja2 sekolah, melukis untuk anak2 dan menguruskan makan pakai mereka.

Sealu orang ingat hari minggu adalah hari untuk berehat, tapi bagi aku, hari minggu adalah cukup memenatkan kerana pada waktu inilah, segala kerja-kerja rumah yang terbengkalai dan tak dapat dilakukan semasa hari bekerja perlu disiapkan...mengemop lantai, melipat baju, mengemas rumah, memberus bilik mandi dan tandas dan tentunya menyiapkan menu yang agak istimewa dari hari2 biasa......pendek kata list kerja seorang surirumah ni tak ada noktahnya.

Bila tiba saat merebahkan badan..Masya Allah...nikmatnya tidur...tapi cuma seketika...kerana diulit tangisan anak mahukan susu....

Namun disebalik semua perkara2 yang perlu dilakukan dan disebalik segala kepenatan yang dirasakan....semuanya terhapus bila melihat wajah mulus anak-anak...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 6 November 2009

Majlis Izin Imu SPM 2009 - 3 November 2009

Majlis Izin Imu ni, satu majlis di mana pelajar meminta restu guru diatas segaka ilmu yang telah diajar dan diberikan guru. Kalau diikutkan, bila-bila pun boleh mintak restu guru, cuma majlis ni sekadar simbolik dan diadakan secara formal



Ucapan-ucapan dari wakil pelajar, Pengetua, GPK dan wakil Guru Tingkatan 5

Aksi-aksi guru sepanjang majlis



Aksi-aksi pelajar...



Sessi bersalam-salaman dan memohon restu guru-guru
Posted by Picasa

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 3 November 2009

Majlis Khatam Al Quran & Jamuan Akhir Tahun Kompleks Rumah Guru

Majlis ni berlangsung hari minggu yang lepas, tapi aku baru berkesempatan menulis entry ni...Majis khatam al-quran ni yang julung kali diadakan di kompleks ni. Ahli2 khatam pun terdiri dari anak-anak guru di kompleks rumah guru SMKBE

Wajah ceria Amir, walaupun tak khatam [baru masuk IQRA' 2] tapi dia tetap nak menyelit jugak

Siap ada bunga telur, bunga rampai dan pelamin..


Sekitar majlis khatam


Ha! ni gambar jamuan selepas selesai khatam....gambar ada 2 keping je,
tak sempat nak ambik banyak2....saya pun sibuk makan jugak hehehehehe

Posted by Picasa

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 2 November 2009

Hari Graduasi Sulung SMK Bandar Easter

Sekitar Majlis Hari Graduasi Sulung SMK Bandar Easter 2009..
Perasmian oleh PPD Kota Tinggi, Tn Hj Zakaria Yusof.

Bergaya ngan jubah graduasi..Guru-guru jadi 'dekan' fakulti la konon-kononnya

Muka-muka ceria 'graduan' Tingkatan 5 2009


Antara guru-guru SMK Bandar Easter yang bertungkus lumus sepanjang majlis...




(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...