klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Monday 20 June 2011

sambal tempoyak Mak!...huuuuuuuuuuuu memang sedap!!

Sebetulnya aku memang jarang sangat2 makan sambal tempoyak ni, sebab selama ni malas n jarang nak try [kerana saya kurreng suka makan durian] so, dengan sendirinya, tekak I ni macam menolak la nak merasa sambal tempoyak atau apa2 masakan yang ditambah tempoyak. So apa sebenarnya tempoyak ni....Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan di simpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum di makan sebagai tempoyak. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.

Berbalik pada, tajuk entri nih, I saja la kan nak story mory tentang kesedapan sambal tempoyak mak I nih...last wekeend, I balik  la rumah Mak di Kuala Terengganu, so...masa lunch Mak buatkanlah sambal tempoyak ni...ramuannya senang je, tumbuk cii padi sampai lumat, then tambahkan gula dan garam sebagai perasa. Pastu, gaulkan dengan tempoyak!! Mula-mula I macam 'eksen' lah kan tak nak la makan sambal tempoyak tu...tapi bila tengok ulam-ulaman yang ade,  I mmg suka ulam-ulaman nih, mak mertua lalu pun I tak sedar!! I jamah lah sikit...masuk mulut, kunyah..kunyah..kunyah... Eish!! Sedap jugak sambal tempoyak ni, ditambah pulak dengan ulam yang segar2 ....fuhhhhhh mmg terangkatlah lunch semalam!!......


So now, jd lah I penggemar sambal tempoyak ...(^_^)


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 3 June 2011

akhirnya

Semalam aku berjaya jugak mengheret dua anak teruna aku n hero malaya aku, tu ke panggung...gi tengok NUR KASIH THE MOVIE walaupun orang lain dah berzaman menonton apa nak kata ye tentang movie ni..yang pastinya sinematografi yang sangat indah....dialog tak meleret....simple tapi bermakna..cuma yang aku tak berapa nak tangkap dalam kepala aku ialah scene dimana Nur dan Adam jadi sukarelawan mengajar anak2 remaja bermasalah tu...apa kes pulak kan..macam mana arkitek yang pastinya sangat2 sibuk dan busy  ada masa untuk kerja2 sukarela??? lagi satu...yang saya agak terpinga2 sket ialah watak Bonda Efida Es..sebagai NUR [dimasa tua], apa sebenarnya yang terjadi kepada NUR? Kenapa dia macam nyanyuk? Atau dia hilang ingatan, sampai tak ingat dia dimana, siapa dia, dan tak kenal anaknya sendiri? Aku confuse jugaklah bila keluar panggung....terdetik jugak dalam kepala, rasanya NK the series lagi best kot? 

Nampak kat sini, macam Khabir Bhatia cuba nak simpulkan banyak perkara dalam 2jam tayangan tu...so plot jadi sedikit longgar dan bercelaru...watak Aidil pun tak 'strong' macam Aidil dalam NK the series....

hmmm whatever lah kan, tapi yang pastinya, semasa tengok movie ni aku mengalirkan air mata..TEWAS dengan permainan emosi si Khabir yang ala-ala hindustan nih...

So that's the end for NKTM, tapi sebagai orang yang menonton dan membayar tiket, aku rasa pengisian NKTM tidaklah sehebat dan sekuat NK the series. Sekadar penyudah dan penamat kepada kisah cinta agung yang dibawa di dalam NK the series dulu...

CINTA KEPADA ALLAH
CINTA KEPADA SUAMI / ISTERI
CINTA KEPADA IBU BAPA
CINTA ANTARA ADIK BERADIK
CINTA SESAMA MANUSIA


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...