klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Thursday 26 February 2009

Penat Melayan 2 Hero....

Adoi...jadi Mama ni macam jadi Superwoman jugak. Dulu masa anak 1, tak terasa penatnya. Sekarang dah ader 2 hero.....Masya Allah....Dua-dua nak perhatian.

Abang nak suruh diteman...tido pun nak ngan Mama....kalau time tu adik (baby) tido, ok la. Tapi kalau time tu adik nak menyusu, yang abang ni sibuk suruh Mama letak adik atas katil & masuk tido ngan dia...siap cakap lagi:

"Mama ni, bukan adik sorang je anak Mama, Amir pun anak Mama jugak. Asyik2 adik je...Biar je la adik nangis"

Amir ni bukan apa, dah lama kita dok layan dia sorang je (4 tahun), ah sekarang ni ada adik, mula la dia rasa tergugat kot. Yang pastinya, aku kena berhati-hati dalam setiap perbuatan dan percakapan aku supaya dia tak rasa terpinggir atau tak dipedulikan.....

Sabar je laaah

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 25 February 2009

Ceritaku.....Part 4

Isnin, 2 Februari 2009...sekali lagi aku di induce untuk kali ke dua. Hari ni semangat aku macam dah tak ada...maklumlah dah masuk hari ke enam aku di hospital dan aku mengagak mungkin suamiku sudah pulang ke Kota Tinggi untuk bertugas semula....Selesai aku dimasukkan ubat kira-kira jam 6.30 pagi aku mendapat panggilan dari suamiku menyatakan dia tidak jadi balik ke Kota Tinggi dan sanggup mengambil cuti rehat satu hari lagi, bagi menungguku bersalin. Katanya, kalau hari ni aku tak bersalin juga maka dia terpaksa balik ke Kota Tinggi....

Jam 7.30 pagi, aku merasakan kesakitan yang teramat sangat....perutku memulas dan pinggangku sakit. Sakitnya lebih dari semalam...kalau semalam aku masih lagi boleh berjalan-jalan, tetapi hari ni aku diibaratkan 'menggelupur' di atas katil ku menahan sakit...saat ni aku merasakan masa untuk aku melahirkan sudah hampir tiba.... Aku terus menelefon suamiku dan menyuruhnya datang.... Aku menahan kesakitan sambil beristighfar kepada Yang Maha Esa supaya Dia mempermudahkan proses kelahiran. Nurse yang datang melihat aku menyuruh aku ke bilik khas untuk memeriksa bukaan serviksku kerana aku dilihatnya seperti menanggung kesakitan yang teramat dan kesakitan itu berulang selang 5 minit. Pada masa yang sama aku sudah merasa sedikit ngilu di bahagian kanan parut pembedahan lamaku, namun aku merasakan itu hanyalah sebahagian dari sakit contraction. Dengan bersusah payah aku cuba bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah bilik khas untuk diperiksa. Subhanallah..Maha suci Allah, bukaan serviks ku masih lagi 1 cm dan nurse menggelengkan kepala kerana hairan melihat keadaan aku. Katanya, kalau melihat keadaanku yang kesakitan itu, sepatutnya bukaan serviks sudah mencapai 5-6 cm.

Aku kembali ke katilku dan kesakitan dibahagian parut lamaku berulang. Kebetulan Doktor Pakar O & G, Dr Zulkifli, datang ke katilku dan melihat keadaanku yang sedang kesakitan, aku memaklumkan kepadanya tentang kesakitan dibahagian parut lama ku.... Dengan wajah serius dia terus memeriksaku dan mengarahkan Nurse menjalankan CTG dan memeriksa tekanan darahku... Apabila diperiksa, tekanan darahku naik sehingga 160/90 dan hasil CTG juga mendapati jantung bayi agak laju degupannya....serta-merta Dr Zul mengarahkan agar aku dimasukkan ubat untuk mengurangkan sakit contraction dan memaklumkan kepadaku bahawa aku terpaksa dibedah kerana khuatir parut pembedahan lama boleh terkoyak kerana aku sudah merasa ngilu dan pedih dibahagian tersebut...pada masa tu aku hanya berserah kepada Tuhan dan Redha dengan takdir yang disuratkan kepadaku.

Apabila suamiku sampai, dia dimaklumkan tentang keadaanku dan dalam masa 30 minit, aku sudah disorong ke Dewan Bedah....dalam hati aku terdetik, "caesar lg aku kali ni"... Di dalam Dewan Bedah, doktor yang bakal membedah aku rupanya Dr Sham... "Hai kak, kita jumpa lagi" katanya dengan nada cerianya. "Kan saya dah cakap ngan Doktor, saya mesti operate punya" kataku dalam keadaan baru dibius. Aku dibius separa dari paras pinggang ke bawah. Doktor Sham hanya tersenyum dan meminta izin untuk menjalankan prosedur pembedahan.

Sepanjang pembedahan aku sedar sepenuhnya. Doktor yang membiusku setia berada di situ dan duduk dibahagian kepala sambil memantau keadaan aku..sekali sekala dia mengajukan soalan kepada aku untuk memastikan keadaan aku stabil. Aku dapat merasa doktor melakukan insisi (belahan) di bahagian yang sama dengan insisi pertama dahulu. Buat pengetahuan semua, semasa pembedahan ni, aku dapat merasa semua sentuhan dan apa yang dilakukan doktor, cuma aku tak merasa sakit. Kemudian aku merasa doktor menekan dan menolak bahagian perut aku seolah-olah ingin mengeluarkan sesuatu, dan beberapa saat selepas itu, aku mendengar tangisan pertama anakku. Aku turut mengalirkan air mata, kerana aku lega penantian aku selama 5 hari dihospital berakhir juga dan anakku selamat dilahirkan.

Tepat jam 11 pagi, Muhammad Amzar Zaharuddin dilahirkan....Aku bersyukur kepada Allah kerana aku dan anakku selamat, dan dilahirkan dalam keadaan yang sempurna. Suamiku menyatakan kesyukuran kerana mengambil keputusan yang tepat untuk tidak balik ke Kota Tinggi dan dapat mengazankan sendiri zuriatnya yang kedua setelah tidak berkesempatan semasa Amir lahir dulu....untunglah suamiku, dapat cuti seminggu.

Bagi aku pula setelah melalui pengalaman di hospital selama 6 hari sehingga melahirkan, aku bersyukur kerana akhirnya anakku selamat dilahirkan walaupun melalui pembedahan. Dan menurut doktor, jika aku mengandung untuk kali ke 3, anak aku nanti akan dilahirkan secara pembedahan juga. Doktor juga menasihatkan aku supaya menunggu 3 - 4 tahun sebelum hamil zuriat yang ke 3, dan aku dinasihatkan supaya tidak mengandung lagi selepas itu......Kalau dah itu takdirnya.....Aku redha.....

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman aku melahirkan zuriat kedua aku, walaupun sakitnya masih terasa, aku menyimpan azam untuk mengandung kali ke 3 dan berharap akan mendapat zuriat perempuan pula bagi menyerikan rumahtangga kami, dan yang penting aku ada geng nak pakai baju kurung sedondon hari raya nanti. Errr ada sesiapa ada petua macam mana nak dapat anak perempuan? Pas pas la kat aku yea!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Aku...zaman dolu-dolu

Hehehe, time pantang ni cuti lama...keje pun tak banyak nak dibuat. Bila baby tdo mula la aku cari keje nak dibuat. Tadi pagi, aku kemas-kemas la bilik belakang (tempat simpan segala majalah, buku-buku lama dan jugak album-album lama). Sambil kemas, sambil belek album. Tetiba aku terserempak dengan beberapa keping gambar aku masa zaman baby, & zaman kanak-kanak....ha tengok le...come tak?

Ni aku masa umur dalam 11 bulan (kata mak aku la)...nampak tak muka dan hidung cam merah....hehehe aku ni dulu masa baby suka nangis. Makcik2 aku panggil aku 'tempoyak lembek'.....aku pun tak tau apa kaitan gelaran tu ngan sikap aku suka menangis????

Ni plak masa dalam 5-6 bulan. Aku yang kat dalam walker tu..bulat!!
Perempuan yang sebelah kanan gambar tu mak aku le...


Ni gambar kat studio. Masa ni tak silap aku, aku umur 5 tahun, siap pakai skirt lagi....
Yang buat aku tergelak besar, tengok gaya kaki aku..
yang sebelah aku tu, adik no 2.
Sekarang dah kawen n ada anak perempuan sorang.



Ni gambar lama family ayah aku.
Barisan belakang dari kiri, Ayah Su, Abah (dua-dua ni pakcik aku), dan Ayah aku
Barisan depan, Umi (isteri abah, adik ayah aku), Tok Ki, Tok, dan Mak aku.
Yang atas riba tu, yang rambut toncet tu aku le....


Ni gambar aku graduation TADIKA....masa ni umur 6 tahun, posing pun x pandai lagi

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 24 February 2009

Ceritaku.....Part 3

Akhirnya saat-saat yang ditunggu pun tiba. Hari Ahad 1 Februari 2009, aku di induce seawal 6 pagi.....dan kira-kira jam 9.30 pagi aku mula merasa sakit memulas seperti nak buang air besar, pinggang aku pun mula sakit dan apabila ke tandas, aku mendapati ada sedikit darah bercampur lendir keluar...menurut nurse kalau dah keluar lendir bercampur darah, maknanya itu tanda-tanda nak bersalin. Aku menelefon mak dan suami untuk memberitahu mereka, kata mak aku, tengok dan pastikan selang masa sakit dan bila dah terlalu kerap, dalam 10 minit sekali cepat2 bagitau nurse. Aku menunggu dengan penuh sabar dan harapan sambil tak putus-putus membaca ayat-ayat Al-Quran yang aku hafal disamping zikir "La ila ha illa anta subahanaka inni kuntu minal dzolimin" untuk me'lupakan' rasa sakit....

Ya Allah!! Sakitnya......Sakit nak bersalin ni....macam ni rupanya. Dulu aku tak sempat nak rasa, sekarang ni, tak senang duduk aku dibuatnya....makan pun dah tak berselera. Menurut roommate aku, aku kena banyakkan berjalan, kerana ianya boleh membantu mempercepatkan bukaan serviks. Aku pun cuba la buat seperti yang disarankan. Lagipun aku rasa, bila berjalan-jalan, sakitnya macam agak berkurangan.

Tengahari tu suamiku datang (sewaktu waktu melawat) pada masa tu sakitnya dalam 1/2 jam sekali.....tapi bila nurse memeriksa bukaan serviks aku, masih lagi 1 cm....Suamiku berdoa semoga menjelang petang bukaan serviksku semakin besar dan aku dapat melahirkan zuriat kedua kami pada 1 Februari seperti yang diidam-idamkannya.....

Tanda nama aku di Wad 1B, Bed No 5C

Pada waktu yang sama 2 orang 'roommate' aku di wad 1B, turut dimasukkan ubat. Tapi yang menghairankan aku ialah, kenapa mereka dimasukkan ubat setiap 5 jam sedangkan aku hanya dimasukkan ubat sekali saja (jam 6 pg tadi)....Hairan bin Ajaib.... Tapi aku diamkan je la, takut kalau diberitahu, nanti nurse masukkan lagi ubat, makin sakit jadinya....punya la penakut aku ni. Menjelang jam 4 petang, rasa sakitku berulang 10 minit sekali, waktu ni, aku memberitahu nurse dan menelefon suamiku kerana yakin bukaan pintu serviksku mungkin telah mencapai tahap yang sesuai untuk bersalin.... Namun sekali lagi aku kecewa, walaupun aku sakit selang 10 minit, namun apabila diperiksa bukaan serviks ku tetap 1 cm. Sedangkan 2 orang lagi roomate ku sudah dihantar ke dewan bersalin kerana bukaan serviks mereka sudah mencapai 4 cm. Apabila suamiku datang jam 5 petang, air mata aku tak dapat ditahan lagi, yelah....mengenangkan dah masuk 5 hari aku di hospital, namun keadaanku masih tak berubah....tambahan pula suamiku turut menyatakan kebimbangannya dan bercadang untuk menaiki bas ke Kota Tinggi pada malam itu kerana terpaksa bertugas keesokkan harinya. Aduhhh risaunya aku.....

Malam tu dalam jam 8.30 malam, aku dah tak merasa sakit lagi, sedangkan kedua-dua roomate aku sudah pun selamat melahirkan. Kebetulan jam 9 malam doktor datang dan aku mengambil kesempatan untuk bertanya tentang keadaan aku ini.

Menurut doktor, prosedur yang dijalankan ke atas aku, dari memasukkan tiub sehinggalajhdi induce, dilakukan secara perlahan dan agak lambat kerana semasa hari pertama aku dimasukkan ke hospital, dan doktor memeriksa parut lama luka pembedahan, aku merasa ngilu tatkala parut ditekan oleh doktor, dan di dalam rekod mengandung aku pun, aku ada complain having pain di tempat parut semasa bulan ke 7 kehamilan, doktor khuatir, jika aku di induce kerap, kemungkinan aku akan mengalami contraction yang terlalu kuat ditambah dengan tekanan akibat polyhydramnios (air mentuban banyak), ada kemungkinan akan berlaku scar ruptured (parut pembedahan lama akan terkoyak), jadi prosedur induce aku dilakukan secara slow, dengan harapan sakit nak bersalin akan datang secara normal dan bukaan serviks semakin besar....

Hmm baru lah terjawab persoalan aku selama ni....jadi macam tu ceritanya. Esok pagi sekali lagi prostin akan dimasukkan dan aku akan di induce untuk kali kedua....

Sabar je lah....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 22 February 2009

Menu Wajib Dalam Pantang

Dua menu wajib aku semasa menjalani pantang selepas bersalin selama 44 hari., ialah haruan @ belut panggang dan sayur sawi (kadang2 mak aku masak sayur kailan atau lobak putih) masak air. Dek kerana aku bersalin secara pembedahan. Maka hari-hari mak aku memanggang ikan haruan @ ikan belut untuk aku makan. Kalau nak tahu, Alhamdulillah, aku dapat menelan ikan belut, dengan syarat aku tak melihat ikan tersebut sebelum dimasak.

Nak baik punya pasal, makan dan tahan je lah... Yang pastinya, proses penyembuhan luka insisi aku lebih cepat baik berbanding anak pertama dahulu. Ternyata, ikan belut mempunyai khasiat tersendiri bagi menyembuhkan luka. Ada juga orang menasihatkan aku supaya makan anak ikan haruan yang masih hidup, tapi aku masih ingat nasihat doktor yang melarang aku memakan anak haruan hidup kerana dikhuatiri mengandungi bakteria ( ye la, haruan kan hidup dalam paya, parit, sungai....jadi mungkin terdapat pelbagai bakteria atau hidupan-hidupan seni lain yang mungkin merbahaya) jadi secara logiknya, kalau ikan tu tak dimasak, maka ianya mungkin tercemar.

Haruan yang siap dipanggang dan sedia untuk dimakan....
(masa ni ikan belut tak ada, dah habis, jadi tak de la gambarnya)


Sayur sawi masak air (simple je)

Sepanjang pantang ni (hari ni dah hari ke 20), ni la lauk aku hari-hari. Sarapan, makan roti @ biskut Jacob Cream Crackers....kalau nasib baik, Mak aku masakkan nasi impit dengan sambal (serunding) ikan. Jemu, tok sah cakap le, tapi nak baik kan, kena la ikut cakap orang yang lebih berpengalaman nih. Body nak pakai lama, kalau tak ikut, yang susah aku juga.....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 21 February 2009

Ceritaku.....Part 2

Pada pagi Khamis, 29 Januari 2009....seawal jam 5.30.. pagi aku dah bangun..dikejutkan oleh Nurse..."Akak, kejap lagi doktor nak masukkan tiub ye...nanti akak ke bilik rawatan sebelah kaunter jururawat.." Dalam keadaan mamai aku cuma menganggukkan kepala....setelah selesai gosok gigi & basuh muka (belum mandi la..takut x sempat), aku ke bilik rawatan dengan penuh debaran. Sampai sana, Dr Sham dah menunggu dengan wajah ceria (sememangnya Dr Sham ni ceria orangnya). Barulah aku nampak macam mana rupanya FOLEYS CATHETER ni.

Eish ngeri jugak aku tengok dan membayangkan tiub ni akan dimasukkan kedalam serviks.....soalan pertama yang terlontar dari mulut aku ialah..."errr doktor, sakit tak?...habis kalau saya pakai tiub ni macam mana saya nak buang air?" Dr Sham menjelaskan dengan muka tersenyum..." Tak sakit pun kak, kalau akak pakai tiub ni, Insya Allah pintu serviks akan terbuka dan akak tak kan rasa sakit pun, malahan prosedur ni tak menyakitkan berbanding di induce. Akak jangan risau, kalau pakai ni akak bebas bergerak, ketandas, mandi, sembahyang..buat kuak lentang pun boleh....tak ada masalah" Lega hati aku mendengar penjelasan Dr Sham..... So bermulalah episod aku memakai tiub ni, menurut Dr Sham, aku akan dipakaikan tiub ni selama 1 hari 1 malam...maknanya pagi esoknya, tiub ni akan dibuka dan bukaan serviks ku akan diperiksa lagi.....

Benarlah seperti kata Dr Sham, pemakaian tiub ni tak menyakitkan malahan aku bebas bergerak dan melakukan rutin harian aku seperti biasa....Tapi satu perkara yang menghairankan aku, setiap 1 @ 2 jam pasti ada nurse yang datang ke katil aku dan bertanya, "Akak, tiub tu jatuh ke tak?" Lama-lama aku pun jadi curious dan bertanya kenapa soalan tu ditanya kepada aku terlalu kerap...Jawab nurse tu, "Kalau tiub tu jatuh, maknanya pintu serviks akak dah terbuka la..." Oh macam tu rupanya....aku pun tunggu la dengan sabar........tunggu tiub tu jatuh, tak jatuh-jatuh, tunggu sakit bersalin, pun tak sakit-sakit....hinggalah keesokkan harinya....tiub tu masih lagi kekal kat situ....

Hari Jumaat 30 Januari 2009, sekali lagi aku dikejutkan jam 6 pagi oleh nurse dan diarahkan untuk ke bilik rawatan....Dr Sham mendapati bukaan serviks aku masih '0' cm (tak terbuka lagi la tu), dan tiub tu masih ada terletak lagi. Menurutnya cara ni tak berkesan kepada aku dan dia akan berbincang dan merujuk kes aku ni kepada Pakar O & G sekali lagi... Aku dengan nada berseloroh berkata'..."Ala doktor caesar je la saya ni, agaknya sama macam time abang dia dulu, time tu 'jalan' saya pun tak terbuka walaupun 2 kali di'induce'....saya dah tak larat dah bawa perut ni..." Dr Sham memberikan kata-kata semangat dan mengatakan.... "kita cuba seboleh-bolehnya untuk Puan bersalin secara normal..."

Kira-kira jam 10.30 pagi sekali lagi doktor datang ke katil aku dan memberitahu bahawa aku akan di induce dengan 'prostin' pada hari Ahad, 1 Februari 2009, seawal jam 6 pagi....dan hari ni dan esok, aku dinasihatkan supaya berehat...Aikkk pelik pulak aku rasa, kenapa tunggu Ahad, kenapa tak induce hari ni je......eishhh pelik jugak...tapi aku tak tertanya pulak pada doktor tu, kenapa prosedur untuk aku berjalan lambat & 'slow' sedangkan ahli-ahli bilik Wad 1B yang lain (satu bilik ada 4 orang) yang masuk lambat pada aku dah bersalin....tapi aku dah masuk 3 hari masih lagi relax dan tak sakit-sakit lagi...

Ermm lupa nak cerita, suamiku dah sampai dari Kota Tinggi pada petang Khamis. Dia terpaksa ambik cuti rehat selama 2hari (Khamis dan Jumaat). Tujuaannya nak bersama aku semasa proses kelahiran...ye lah time Amir dulu, dia tak sempat tengok dan kali ni, kalau boleh dia nak bersama melalui detik itu....Risau jugak dia kerana prosedur yang lambat ni..takut kalau-kalau menjelang hari Ahad aku masih tak bersalin lagi, dia terpaksa balik semula bertugas....Aku pun risau jugak kalau dia tak ada bersama semasa aku melahirkan..lebih-lebih lagi kalau secara normal....ye la suamikan penguat semangat kita....Ayah aku pun dah berusaha mancari 'air selusuh' untuk memudahkan kalahiran (tak la diketahui sejauh mana keberkesanannya, tapi kita berusaha dan bertawakkal, Allah jua penentu segalanya)......

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 19 February 2009

Ceritaku.....Part 1

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

Alhamdulillah setelah hari ke 18, aku bersalin, akhirnya aku cukup 'kuat' dan sihat untuk menceritakan pengalaman aku bersalin zuriat keduaku, pada tanggal 02 Feb 2009. Aku tak pasti samada, ada sesiapa yang pernah melalui pengalaman seperti aku ni, jadi aku sekadar ingin berkongsi dengan pembaca blog.... It's My Life ni....

Seperti yang pernah aku coretkan dalam entries sebelum ni, aku memang agak fobia untuk melahirkan zuriatku yang ke dua ni. Maklumlah dalam kepala ni aku set memang aku akan melaui proses bersalin secara normal, setelah pengalaman melahirkan Amir secara pembedahan. Jadi, bagi aku, kelahiran kali ni seumpama 'melahirkan anak sulung'. So dari kehamilan aku berusia 7 bulan lagi, aku dah mula melayari internet @ mencari-cari bahan bacaan berkenaan proses kelahiran secara normal, sebagai persediaan. So bolehlah dikatakan aku memang dah bersedia untuk melalui proses kelahiran ni secara fizikal dan mental...ye lah, kalau orang lain boleh, tak kan la aku tak boleh.....

So pada 28 Januari, aku ke Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak, di Jalan Air Jerneh Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut, kerana masalah polyhydramnios dan diabetic aku...masa ni kandungan aku dah berusia 39 minggu... Menurut Pakar Sakit Puan di Hospital Kota Tinggi, sepatutnya bila usia kandungan aku mencapai 38 minggu, aku akan 'dipaksa' bersalin kerana masalah-masalah yang aku ada sepanjang proses kehamilan. So nak jadi cerita, hari itu juga aku dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HNSZ), dan aku ditahan di wad kerana menurut doktor sepatutnya aku sudah boleh melahirkan bayi aku untuk mengurangkan komplikasi akibat polyhydramnios dan diabetic aku. Seawal aku menjejakkan kaki ke wad, doktor sudah mengarahkan Nurse memantau pergerakan bayi aku menggunakan alat untuk mengesan dan melihat degupan jantung baby...aku pun lupa nak tanya apa nama alat tu..tapi ropanya macam gambar kat bawah ni la....


Satu lagi perkara yang aku x boleh lupa ialah, setiap kali aku menjalani prosedur CTG ( mengesan dan melihat degupan jantung baby), mesti nurse mengalami kesukaran untuk mendapat graf bacaan yang baik. Ini kerana air mentuban aku banyak, dan baby sentiasa bergerak dan degupan jantungnya kejap ada dan kejap hilang....Kalau orang lain selalunya prosedur CTG ni hanya mengambil masa 30-45 minit, tapi bagi aku dalam 1-2 jam baru dapat graf bacaan yang elok....bayangkan lah terbaring je selama 1 - 2 jam... lenguhnya Tuhan je lah yang tahu.... Bak kata nurse.."Baby awak ni buat kuak lentang...swimming dalam perut Mama dia..."

Gambar aku yang di 'snap' oleh Amir semasa aku mula2 masuk wad...masa ni wajah ceria lagi la....dengan baju uniform pink Wad Bersalin HNSZ

Masa aku di masukkan ke wad ni, suamiku tiada bersama aku, sekolah dah bermula selepas cuti Tahun Baru Cina (26 & 27 Januari) dan suamiku bercadang untuk balik semula ke Kuala Terengganu pada hari Jumaat 30 Januari 2009...berkali-kali, suamiku bercakap dengan baby...." Baby, tunggu ayah balik tau kalau nak keluar...kalau boleh keluar 1 Februari 2009... tarikh anniversary Ayah & Mama yang ke 6..." Itulah yang selalu diucapkan pada anak dalam kandungan aku... yakin betul dia baby akan mendengar kata-kata Ayah.. Aku pun berharap macam tu. Iyalah kalau boleh nak la suami ada bersama semasa aku melahirkan, sebagai penguat semangat kalau aku ditakdirkan melahirkan secara normal.....

Pada malam pertama aku di wad, kira-kira jam 8 malam, doktor melawat aku dan kemudian dia pun memeriksa perut aku dan semasa dia menekan bahagian parut lama pembedahan, aku merasa ngilu dan Dr Sham menunjukkan muka serius dan bertanya adakah aku sering sakit dibahagian parut lama pembedahan. Aku memang sering rasa sakit, terutama semasa kandungan aku masuk 7 bulan... Kemudian doktor melakukan ultrasound scan, dia mendapati air mentuban aku semakin banyak, namun Alhamdulillah baby dalam keadaan baik.......dan dia mengambil keputusan untuk memasukkan sejenis ubat, iaitu prostin. Prostin merupakan tablet ubat yang dimasukkan kedalam vagina untuk memulakan atau merangsang rasa sakit bersalin. Biasanya, bahasa orang 'biasa' macam kita ni 'induce' la. Prostin ni juga memainkan peranan untuk melembutkan dan membuka pintu serviks bagi membolehkan bayi keluar. Kata doktor, pagi esok (Khamis), dalam jam 6 pagi, dia akan memasukkan ubat tersebut, dengan harapan aku akan sakit dan bukaan serviks aku akan mempercepatkan proses bersalin secara normal..... Aku agak seram dan takut juga, kata orang, kalau induce ni, rasa sakitnya lebih dari sakit bersalin yang biasa.....tapi aku redha je lah...bak kata Mak aku..."Sakit yang aku sendiri mintak...." Sabar dan Tawakkal je lah....

Scan machine dan imej bayi yang di 'scan'
(sekadar hiasan...bukan gambar baby aku pun)

So aku pun balik lah ke katil dan menunggu hari esok dengan penuh debaran. Dalam jam 10 malam, semasa aku berkira-kira nak melelapkan mata, tiba-tiba Doktor Sham, doktor yang melakukan scan tadi datang ke katil aku, katanya....proses memasukkan prostin tidak akan dilakukan dahulu kepada aku...ini kerana setelah berbincang dengan Pakar Obstetrik & Ginekologi (O & G), doktor pakar menasihatkan supaya aku dimasukkan sejenis tiub yang dipanggil "FOLEY CATHETER" untuk membuka pintu serviks aku, dan bukan di'induce'.....eishhh dalam keadaan tergamam, aku tak sempat bertanyakan Doktor Sham, ape kebendenya foley catheter tu....dan kenapa prosedur itu kena dilakukan keatas aku dan bukannya dimasukkan prostin.....

Jadi malam tu aku tidur dalam keadaan tanda tanya dan berdebar menunggu hari esok.......

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 9 February 2009

Alhamdulillah........Selamat semuanya

Alhamdulillah setelah ,menunggu selama 9 bulan akhirnya aku selamat melahirkan zuriatku yang kedua, Muhammad Amzar Zaharuddin b Sa'adon.....tanggal 2 Februari 2009. tepat jam 11 pagi......Berat baby ke 2 aku ni, 3.3 kg. Dah ditakdirkan, ahli baru keluarga kami ni dilahirkan melalui proses pembedahan seperti abang sulungnya Amirul......hari ni dah masuk hari ke 8 usia anak kedua ku ni.... Proses kehamilan dan melahirkan anak aku yang ke 2 ni memang cukup-cukup mencabar....banyak dugaan yang perlu dilalui.......Insya Allah, bila berkesempatan, akan dicoretkan buat tatapan rakan-rakan....


Tag nama aku di katil Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu


Muhammad Amzar Zaharuddin b Sa'adon


Dua hero aku...Amir & Amzar

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...