klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Wednesday 30 April 2008

Alhamdulillah.......!

Akhirnya, pagi rabu ni, air ader semula di Felda Gugusan Waha, selepas 2 hari air x der. Syukur Alhamdulillah! Masalah ni x berlarutan....kelakar pulak rasanya, nampak air keluar kat paip, macam nampak emas mengalir...SUKA! Masa ni lah terasa betapa untungnya aku menjadi warganegara Malaysia yang tercinta ni. Kalau kat tempat2 lain dunia, mcm kat negara di Afrika tu agaknya, dapat mandi 2-3 hari sekali pun dah untung. Kita kat Malaysia ni mewah air, kadang2 boleh mandi 3-4 kali sehari......Syukur aku rakyat Malaysia
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 29 April 2008

Cerita Sedih Kami....

Sejak semalam, Felda Gugusan Waha dilanda masalah air. AIR TAK DE!!! Seksa betul rasanya! Dan yang paling menyedihkan sekali, air tangki di blok kami sudah kehabisan & semua rumah dah x ada air (blok kami ada 8 lot rumah & ramai cikgu2 bujang yang tinggal 3-4 orang 1 rumah, jadi kalau x de air, memang blok kami akan kehabisan air cepat).

Yang menyedihkan kami, x ader sebarang notis diberi kepada kami memaklumkan tentang masalah yang berlaku ni. Yang aku dengar dari bual2 kosong dibilik guru tadi, masalah air ni berpunca dari kerosakan loji penapisan air di Felda Lok Heng @ berlaku kebocoran paip di mana2 (alasan biasa la ni)

Lepas ni kami cikgu2 kat blok ni memang akan sakit2 badan. Mana x nyer, nak mengangkut air sebaldi-sebaldi dari bawah blok naik ke rumah....macam aku legala sket, rumah tingkat 1....x dpt nak byngkan kalau ditingkat 4


Deretan baldi2 yang menunggu untuk diisi air. Segala saiz ader nih...kalau boleh semua bekas yang boleh diisi air nak dibawa turun


Ni la lori Syarikat Air Johor yang setia menghantar bekalan 'kecemasan' air setiap kali tempat kami dilanda masalah ketiadaan air
Masalah air ni memang dah jadi masalah rutin semenjak aku mula2 mengajar kat FELDA ni tahun 2000 dulu...kalau diingat-ingat, masa 1st day aku lapor diri (14 Ogos 2008), & mula masuk rumah guru, perkara pertama yang aku pelik bin ajaib ialah ader banyak botol2 yang berisi air disusun dibahagian dapur rumah (masa tu rumah guru lama, rumah kayu lagi)...bila aku tanya, rupa2nya, botol2 tu berisi air2 mentah & bersih yang akan digunakan pada waktu2 x der air. Kelakar pun ader masa tu, tapi kuasa Tuhan, 4 hari selepas tu memang x der air & for the first time in my life, aku mandi dengan 3 botol air....itu la kenangan pertama aku kt FELDA GUGUSAN WAHA ni. Lepas peristiwa tu, aku dah x heran la mandi dengan air dalam botol
Berbalik pada masalah kami hari ni, harap2nye cepat la dibaiki apa saja kerosakan yang berlaku semoga masalah ni cepat diatasi....tapi dari yang aku dengar (daripada brother air td), maybe masalah ni akan berlanjutan sampai esok......hmmmm harap2nyer esok ader la air....AMIN!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Happy Birthday Muhammad Amirul Zulqarnain!!

Today is Amirul's birthday...Happy Birthday Sayang!!
Mama & Ayah will always love you! Muaah
Semoga anak Mama akan jadi anak yang soleh dan berpekerti mulia


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 27 April 2008

Terkenang Semasa Duluuuuu...........

Last night aku tgk2 la gambar2 lama yang ade dalam simpanan...terjumpa pulak dua keping gambar ni...hehehe terkenang pulak kenangan bersama 'ahli2 ' dalam gambar2 ni. Semuanya dah bawa haluan masing2. Gambar ni masa kami mewakili SMK Bandar Easter dalam pertandingan English Drama. Kalau x silap aku la time ni kami dapat 3rd place. Tempatnya kat dewan SMK Semenchu. Seronok la time nih, maklumla sekolah Felda dapat 3rd place, bangga students aku. Masa tu kami buat cerita 3 org yang x berapa betul dalam hospital gila.... & mereka terpaksa jawab satu teka-teki untuk dilepaskan dari hospital tersebut......yang paling aku x boleh lupa watak si arip...dia jadi lelaki lembut...hehehe, siap pakai rambut palsu lagi......x sangka dia boleh menghayati watak yang diberi (yang pakai baju merah menyala tu).


Yang lain2 pun dah ada haluan masing2. Syahid, Ridhwan Saraman, Ridhwan Ariff, Azman, Mijah, Dayah, Zarina, Syafik & Baim, ...walau kat mane pun korang berada, semoga bahagia selalu


Buat dua kawan aku Juwita n Litot...thanks a lot for everything....Tot, sejak ko pindah sekolah ni, dah lama aku x buat drama hehehe....x de gang la....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 24 April 2008

Miss u guys!!

Ha, ni my ex-students, Harliyana Haron..........merangkap Nanny si Amirul Zulqarnain...dia ni antara students yang ghajin anta khabar berita kat aku...sepanjang aku kenal dia, dia memang seorang pelajar yang berdedikasi, hardworking, and determined...harap2 dia akan berjaya mencapai cita2nya nak jadik kaunselor nanti...Good Luck

Yang ni plak nama die Nur Iffazira (yang pakai baju bunga2 tu)...aku panggik Ippa je...nak sesangat gambo die masuk blog teacher die ni...ha ippa, sekarang dah masuk dalam blog teacher...nanti jangan x nyenyak tido lak!! Selamat menempuh alam blajo di IPTA...ENJOY!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

WE DID IT!


SMKBE Choral Group in action

Akhirnya segala teka teki terjawab sudah! Pada 22 April 2008, berlangsungnya English Carnival peringkat Daerah Kota Tinggi di dewan besar SMK Teknik, Kota Tinggi (dewan bersejarah nih….dewan ni pernah menjadi pusat pemindahan banjir semasa banjir besar melanda Kota Tinggi pada tahun 2006). Dalam Carnival semalam SMK Bandar Easter (Easter High), berjaya menggondol 3rd place dalam Choral Speaking Competition ….…bangga tul aku sebagai cikgunya……mana tak nye, SMKBE berjaya mengatasi sekolah2 elit di daerah Kota tinggi…antaranya SMK Sains, SMK Laksmana, n SMK Bandar….tuah anak2 murid aku gamaknya.


Tapi aku sedih gak la sebab tahun ni x ada piala untuk budak2. Kami cuma diberi satu saja piala unuk simpanan pihak sekolah…hmmm jadikla yea. Alhamdulillah, merasa jugak 3rd place. Cuma satu je yang buat aku terkilan, kami x diberi peluang utk perform depan PPD pada hari carnival tersebut, Cuma 1st place (SMK Tun Habab) and 2nd place (SMK Taman Seri Saujana) saja diberi peluang….kesian aku tgk muka bebudak choral…telan air liur je la…..tapi x pa, kita dah buktikan Easter boleh….





Ni la satu-satunya piala yang kami bawa balik, sekaligus membuktikan Easter pernah dapat 3rd place in Choral Speaking



GO EASTER GO EASTER GO GO GO…….kata2 keramat Teacher Beth setiap kali latihan Choral nampaknya dah jadi kenyataan……Thanks a million diucapkan pada Teacher Afie & Beth, (bdk2 praktikal dari program berkembar UPM/IPTI) yang bersungguh2 melatih group choral…..jasa kalian x kan kami lupakan…..(sedih la korang berdua dah nak habis praktikal :) . We will cherish all the sweet memories that we had together……


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 17 April 2008

Mesyuarat Agung PIBG & Hari Anugerah SMK Bandar Easter Ke - 25

Penat!!!!! Huh, memang penat....setelah lebih kurang 3 hari bertungkus-lumus menyiapkan segala yang perlu, akhirnya hari yang kami tunggu2 tiba jua dan Alhamdulillah hari ni, semuanya berjalan lancar. Tahun ni genap 25 tahun usia SMK Bandar Easter - Sambutan Jubli Perak akan menyusul 17 Mei nanti. Perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Hj Rasman Ithnain, ADUN Sedeli yang baru....hmm bila dah jemput YB nih segalanya kena perfect la.....kerjasama dari guru2 telah memastikan semuanya berjalan lancar....


Dari kiri, pengetua kami Cik Hajjah Radhiah bt Suliman, YB Tn Hj Rasman Ithnain, dan Pak Daud Kamsani YDP PIBG (semua berjubah 'graduasi' SMKBE yang baru saja siap)
Sama tak? My naughtiest students in 5 Science 1, Nor Zahidah
Amirul pun ader, sibuk nak bergambar ngan Kak Beth n Kak Afie. Amir terpaksa ikut mama g sekolah sebab Nenek Fainah datang mesyuarat, x de orang nak jaga dier. :)


Berposing ngan kawan2 yang bertugas di bahagian pendaftaran ibubapa
( Ain, Beth, Kak Neraiza & Me )

Antara deretan hamper2 cabutan bertuah yang menunggu 'tuan' masing2. Acara cabutan bertuah ni mmg jadi acara favourite setiap tahun.


Kumpulan Silat Lintau Simpang Waha dibawah bimbingan En Sa'adon (suamiku).......hehehe bukan main lagi diaorang nih, walaupun terdiri dari budak2 'kecik' (kecuali ketua, Syafik yang berbaju hitam). Memang boleh dipuji la persembahan mereka....



Ni pulak ex-students aku yang berjaya di dalam peperiksaan SPM yang lepas, dari kiri.....Irmah, (dia ni pelajar SPM terbaik, dapat 9A, bukan main banyak lagi piala yang dibawa balik, dapat duit lagi, RM400), sebelah Irmah, Farhani (pelajar aku yang paling naughty & selalu salah spelling bila buat essay), then Norita (selalu blur dalam kelas aku, tapi dia suka bertanya), next, Farahnaz , and Akhma (satu2nya pelajar aku yang apply for TESL, and dia baru je lepas interview, harap2 berjaya la) and last but not least Siti Fatiha.........

Ha ni pulak, group choral la...mereka diberi kepercayaan untuk perform depan audience....eishhhh bangga mereka semua nih
Tahun ni aku bernasib baik, dapat la 1 hamper cabutan bertuah, rezeki Amir.... selain tu panitia bimbingan aku Panitia Bahasa Inggeris mendapat anugerah Pencapaian Terbaik PMR (peratus naik 6.28%). Tq pada semua guru2 Bahasa Inggeris SMKBE - Afran, Syairah, Kak Bib, Faeza, Komala, & Farhana). Keep up da good work!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Choral Speaking Competition

Hmmm finally, dah habis semuanya. Punya la kami tunggu2 saat nak perform depan hakim, akhirnya berakhir lah penantian kami..... 15 April 2008, tepat jam 12.45 tghri, group choral speaking perform depan 4 org judge. Choral competition nih pelik sket, judge yang dtg tgk performance kat skolah kami (mobile jugde....macam mobile phone lak). So kami x dapat la tgk performance bdk2 sekolah lain. Result akan diumumkan masa English Carnival nanti, dan pemenangnya akan dihubungi melalui telefon......bersungguh2 budak2 aku perform, maybe diaorg mengharapkan akan dapat tempat....hmm hopefully segala hasil usaha dan jerih payah diaorg berhasil......doa2kan lah kami yea. Aaaaamiiin.
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 14 April 2008

Easter High Bowling Time!!

Posing before main bowling. Antara ahli2 Easter High School yang main bowling semalam
Ahad, 13 April 2008, bowling time buat beberapa kerat Cikgu-cikgi Easter High (sekolah aku le tu), yang melepaskan tensen ngan baling bola bowling.....ada la dalam 12 org yang main bowling, dan x disangka2 pengetua sekolah kami, Cik Hajah Radhiah pun sudi 'turun padang' ngan anak2 buah. Bukan apa, saja je suka2 beriadah n mengeratkan silaturrahim antara kami....tapi yang sedihnya, aku x bleh main.....kaki aku sakit, terpaksalah aku jadi penyokong & pom-pom girl pada kawan2 lain.


Pengetua kami yang sporting, Cik Hajjah Radhiah......Go Hajjah Go!



Ni la Daiman Bowl..tempat kami semua menunjukkan 'kehandalan' melempar bola bowling


Amirul seronok bila Ayah strike.......Yang Ayah plak, bangga la tuh,

juara jatuhan pin terbanyak!


Yang lucunya, masing2 x brapa pandai main bowling ni, semua main baling je...asal pin jatuh @ strike! Tapi most of the time, banyak bola yang dibaling tu masuk 'parit' @ 'longkang'..... walaupun kami main suka2 je, Cikgu fuad kawan kami siap sediakan borang untuk kira berapa jatuhan pin....siapa2 yang jatuhan pin terbanyak dinobatkan sebagai pemenang (tapi sayang hadiah x disediakan, budget x ada). And dalam permainan bowling suka2 ni Cikgu Sa'adon (husband ake le tu) muncul sebagai johan jatuhan pin terbanyak......huh bukan main bangga lagi dia.....on the way balik tu...boleh dikatakan asyik mention & bercerita hal tu je....heheheh, anyway we had lots of fun!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 12 April 2008

My Treasure!

Sebelum aku terlupa, meh la aku introducekan 2 orang yang paaaaaling penting dalam hidup aku....


Hmm ini suami kesayanganku....orang Jawa nih....Sa'adon b Mohd Chakram. Asal.......Johor.

Yang come lote, kiut miut ni plak, my beloved son...the one and only Muhammad Amirul Zulqarnain b Sa'adon. Dah nak masuk 4 tahun dah umo dia....ni 'racun' & penawar mama....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Choral Speaking Practice

Hmm...hidup sebagai seorang guru nih mmg penuh ngan kerja...pendek kata selagi belum tutup mata..kerja, kerja,kerja :)

Minggu depan, 15 April 2008, hari selasa my students will take part in choral speaking competition.....huh, bersungguh2 diaorg ni berlatih. Tapi satu je la yang x best students aku nih, kalau nak berlatih kena ader cikgu yang tengok n handle, kalau cikgu x de, jawabnye diorang duk je la melangut....borak2. Sudahnyer x practice.


Conductor, Syafiq.....bersungguh2 ajar kawan dier...nih time lepak2 lepas penat 'jerit2' n practice

Students aku ni dtg dari kawasan Felda. FELDA BUKIT EASTER! Huh nama cam nama omputeh, tapi pada hakikatnya, kawasan felda, n 100% budak2nye melayu ( ader jugak yang berketurunan jawa n mmg pekat loghat jawanya ) Just imagine la segala cabaran dan dugaan yang aku hadapi, bila nak suruh bebudak ni 'speak in english'...


Hm berbalik pada latihan choral speaking nih, ader 33 participants semuanya. Bersemangat waja mereka nih nak membuktikan walaupun lidah mmg pekat loghat jawa, tapi mereka masih nak buktikan bahawa EASTER BOLEH!


Harap2nyer hari Selasa ni mereka semua dapat perform dengan baik........Insya Allah!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 11 April 2008

Something for us to Ponder

Two men, both seriously ill, occupied the same hospital room. One man was allowed to sit up in his bed for an hour each afternoon to help drain the fluid from his lungs.His bed was next to the room ' s only window. The other man had to spend all his time flat on his back.The men talked for hours on end.They spoke of their wives and families, their homes, their jobs, their involvement in the military service, where they had been on vacation.

Every afternoon, when the man in the bed by the window could sit up, he would pass the time by describing to his roommate all the things he could see outside the window. The man in the other bed began to live for those one hour periods where his world would be broadened and enlivened by all the activity and color of the world outside. The window overlooked a park with a lovely lake.Ducks and swans played on the water while children sailed their model boats. Young lovers walked arm in arm amidst flowers of every color and a fine view of the city skyline could be seen in the distance. As the man by the window described all this in exquisite details, the man on the other side of the room would close his eyes and imagine this picturesque scene. One warm afternoon, the man by the window described a parade passing by. Although the other man could not hear the band - he could see it in his mind ' s eye as the gentleman by the window portrayed it with descriptive words.

Days, weeks and months passed. One morning, the day nurse arrived to bring water for their baths only to find the lifeless body of the man by the window, who had died peacefully in his sleep. She was saddened and called the hospital attendants to take the body away. As soon as it seemed appropriate, the other man asked if he could be moved next to the window. The nurse was happy to make the switch, and after making sure he was comfortable, she left him alone. Slowly, painfully, he propped himself up on one elbow to take his first look at the real world outside.He strained to slowly turn to look out the window besides the bed.

To his suprise, it faced a blank wall.The man asked the nurse what could have compelled his deceased roommate who had described such wonderful things outside this window. The nurse responded that the man was blind and could not even see the wall. She said, "Perhaps he just wanted to encourage you." Epilogue: There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations. Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared, is doubled. If you want to feel rich, just count all the things you have that money can't buy. "Today is a gift, that is why it is called The Present!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

MARI KITA RENUNG2KAN

Assalammua'laikum,

saya nak share tentang petua yg saya terima melalui e mail dari seorang rakan... Petua ni sebenarnya dari seorang pakar motivasi & elok dilakukan oleh salah seorang ibu atau bapa atau seeloknya kedua2 buat iaitu selepas ibu buat... diikuti oleh bapa (inshaallah anak akan lebih merasai dihargai)

Setiap pagi.. sebelum pegi sekolah berdiri belakang anak, & kedua2 (anak & ibu atau bapa) menghadap kiblat... letakkan kedua2 telapak tangan ibu/ayah yg dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut... lepas tu bacakan al Fatihah & Alam-nash-rah. .. hingga habis.... pastu niat dalam hati mohon pada Allah "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati & ditetapkan iman & lain2 doa yg nak dihajatkan" lepas itu kucup dahi anak & pergi le kesekolah... tak sampai pun 5 minit... jangan malu nak kucup dahi anak2 walaupun dah berusia 17 tahun... (terutama pihak ayah akan rasa malu nak cium anak lelaki yg dewasa) saya diberitahu (semasa sesi motivasi tersebut), telapak tangan kita ini ada aura... & mestilah digunakan sebaiknye... sebab itulah orang tua2 kate jangan tampar anak guna telapak tangan... tanamkan semangat untuk buatkan setiap hari & anda lihatlah kesannye....

Kalau tak dapat setiap hari, 2 hari sekali, seminggu sekali ... JANGAN TAK BUAT LANGSUNG... Anda masih belum terlambat... buatkan sekarang pada semua anak2, sehingga mereka dewasa seeloknya ibu & ayah kedua2 sekali buat... semasa anak2 nak pergi sekolah atau sebelum tidur atau bile2 teringat... insyaAllah anak akan dengar cakap ibu ayah & terang hati.. Wallahuaalam
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

WETWORLD BATU PAHAT...HERE WE COME


Sempat lagi kami semua posing melepaskan penat di kawasan Tol Air Hitam

8 April 2008, kami sekeluarga ke WETWORLD BATU PAHAT sempena meraikan hari ulangtahun ibu mertuaku yang ke 53 tahun...eishhhh semua x sabo2 nak mandi dan berendam dalam air yang sejuuukkk. konvoi kami sekeluarga bermula seawal jam 7.00 pagi. Amirul bukan main semangat lagi nak pergi...almaklumla anak aku tu 'jakun' @ 'darat' kata org Terengganu, x pernah aku bawa dia ke tempat2 macam tu sejak dia dilahirkan kedunia ni. so perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 1/2 jam...hmm lama gak yea. biasala kan berjalan ngan keluarga mmg macam tu la..ader yang nak terkencing la, yang nak berenti melepaskan hajat la....eish
Sempat lagi hero kesayanganku ni posing ngan adik2...hamzah, nona n mendan


setelah mengharungi pelbagai rintangan termasukla sesat, terpusing2 kat bandar batu pahat tu ( ni semua sebab adik iparku si hamzah yang ter over condifent (lawan perkataan confident) mengatakan yang dia tahu dimane tempat nak dituju.....alhamdulillah, kami berjaya juga sampai akhirnya....tanpa berlengah-lengah semua ahli2 keluargaku bertungkuslumus 'bersalin' pakaian dan bersiap sedia untuk terjun kedalam air yang sejuk dan dingin tu...AKU?...Hmmm aku terpaksa melupakan hasrat nak berendam kerana aku terlupa nak bawak tudung spare...sudahnya aku duduk jela tepi kolam besar yang diberi nama BATU PAHAT WAVE tu termenung menengok mereka semua bersukaria.....NASIB BADAN!


Ayah & Amirul bersukaria kat WETWORLD

Lama tul diaorang mandi, sampai naik berkematu bon*** aku kat tepi kolam tuh, nasib la langit gelap n guruh serta kilat berdentum...kalau x diarang semua x kan naik punyer...hitung punya hitung dah dekat 4 jam mereka berendam...huh...jealous tuh!!
Tapi x pe yang penting we had fun. Satu hari nanti insyaallah aku akan pergi sekali lagi, n kali ni aku nak mandi betul2...... :)

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...