klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Wednesday 24 November 2010

ALHAMDULILLAH...SYUKUR PADAMU YA ALLAH

Entry sebelum ni, aku cukup risau akan keadaan kami sekeluarga bila berpindah...fikiran aku berkecamuk...macam2 yang difikirkan.  Tapi kata-kata ini telah menyedarkan aku dari satu LAMUNAN yang amat panjang...

:::: SAYA KECEWA DENGAN TUHAN, KERANA BILA SAYA MINTA BUNGA YANG CANTIK, DIBERINYA KEPADA SAYA KAKTUS YANG BERDURI. BILA SAYA MINTA RAMA2 YANG CANTIK, DIBERINYA SAYA ULAT BELUNCAS. YANG HODOH.......... TAPI SEKARANG SAYA BAHAGIA, KERANA KAKTUS YANG BERDURI ITU SUDAH PUN BERBUNGA......... ALANGKAH CANTIKNYA, DAN ULAT YANG HODOH ITU SUDAH BERTUKAR MENJADI RAMA2 YANG CANTIK......... ALANGKAH INDAHNYA..........TERIMA KASIH TUHAN :::::
 Dalam maksud kata-kata ini.
Makin aku renung, makin aku hayati...aku sedar kesilapan aku sebagai manusia yang amat kerdil ini....



Selama ni aku tak nampak.......aku tak perasan.....
sesungguhnya setiap percaturan Tuhan itu ada sebabnya...

ALLAH ITU MAHA BIJAKSANA
ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI.
ALLAH ITU MAHA ADIL

Apa saja yang ditentukan ALLAH pasti ada hikmah disebaliknya.  Kita manusia cepat sangat melatah bila ditimpa satu kesusahan.....mudah alpa bila diberi kesenangan...bila ALLAH tarik sejenak nikmat tu..kita cepat sangat kecewa dan marah.....Ya Allah...betapa lalainya aku...betapa alpanya aku....

semoga hari2 yang mendatang akan dapat aku tempuhi dengan penuh sabar.  Semoga ALLAH kurniakan aku tahap  KESABARAN yang tinggi dalam menempuhi segala dugaan dan cabaran di tempat baru kelak. AMIN......





(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 21 November 2010

????????????????????????????????


Banyaknya ??????...kenapa ye? Entry kali ni ditulis dalam keadaan fikiran yang agak kusut dan berkecamuk. Banyak yang difikirkan pada masa ni.  Isnin lepas aku cukup gembira bila dapat tahu permohonan pertukaran ke Terengganu diluluskan. Seronoknya bukan main..terbayang dah dapat duk dekat ngan Mak & Ayah yang dah lama 'ditinggalkan' [hampir 10 tahun aku diperantauan]. Dapat bersekolah dan menetap di kawasan bandar setelah 10 tahun menetap dikawasan felda. Dapat sekolahkan anak disekolah yang lebih baik dan menjamin masa depannya. Dan yang paling-paling best, dapat menetap, tinggal, dan bermastautin di kediaman sendiri [walaupun luasnya cuma sekangkang kera].  

 Hari berikutnya pulak, aku dapat tahu yang aku ditempatkan di daerah Dungun, dan En Hubby plak di Paka. Aduyaiii....Ingatkan dapat ke Kuala Terengganu. Hmmmmm.....jauh jaraknya dari rumah yang En Hubby beli, kalau drive adalah dalam 1 jam perjalanan.....Mak aiiii...patah semangat sekejap!!..Niat dihati nak menetap dirumah sendiri, tapi........ apakan daya...Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Mula lah dalam otak aku berfikir macam2...mana nak cari rumah sewa, nak cari pengasuh baru, nak ke Amzar ngan pengasuh baru yang dia tak kenal, macam mana pengasuh baru ni jaga anak aku nanti, adakah akan sebagus pengasuh di  Waha sana....tentang sekolah baru Amir...dan macam2 lagi.  Hmmmm...kusut...kusut...kusut.......tak lena tidur dibuatnya.  

Tapi bila hati mula nak tenang....otak mula nak centre....barulah boleh berfikir secara rasional.  Hmmmm...setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya....Allah itu sesungguhnya maha mengetahui akan setiap sesuatu...Ada hikmahnya disebalik segala yang diatur oleh Allah...Semoga percaturan dan keputusan yang aku buat ni, membawa perubahan yang baik buat diri aku dan keluarga aku....

Cakap mmg senang, tapi hati aku tetap risau dan otak tetap berfikir....... ????????????????????????

Duhai hati tenanglah.......duhai mata tidurlah....semoga esok sinar baru akan menjelma..... huhuhuhuhuhuhu

jiwang karet la pulak tengah2 malam ni....!!!!!!!!!!!!!!!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 17 November 2010

KONVOKESYEN TABIKA KEMAS

Untung budak2 sekarang ni, baru Tadika dah ada majlis konvokesyen. Tak apa la...sekadar meraikan mereka dan memberikan semangat, semoga dapat konvo betul2 di universiti nanti.

:::: Sekitar majlis Konvokesyen Tabika Kemas, Peringkat Parlimen Kota Tinggi ::::

Amir ~ sebelum masuk Dewan

Selepas terima sijil tamat Tabika

:::: Sekitar majlis Konvokesyen Tabika Kemas Felda Simpang Waha ::::

Amir ~ Dapat no 3

Dengan Cikgu Sakdah & Cikgu Nor

Member kamceng!!

Persembahan Boria

Koir ~ Lagu Tabika & Lagu "Sungguh Gemilang"


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 15 November 2010

THANK YOU ALLAH

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

HAPPY NEWS (^_______^)

Setelah 10 tahun menanti.....Alhamdulillah hari ini Allah makbulkan....Permohonan pertukaran aku ke Terengganu diluluskan....

Tiket aku

Tiket En Hubby

Semoga kehidupan aku di Terengganu, menjanjikan 1000 rahmat dan sinar baru....

Walaupun gembira tapi aku tetap rasa sedih..sedih nak meninggalkan sekolah yang telah banyak mengajar aku segala-galanya semasa aku pertama kali bergelar guru. paling sedih aku nak meninggalkan kawan2 seperjuangan yang sudah banyak berkongsi suka duka bersama sejak 10 tahun yang lalu....

Tak tahu lagi nak cakap apa...kesimpulannya...gembira, suka duka, bahagia, resah, gelisah...bersatu menjadi satu......


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 7 November 2010

BUKU CERITA OH BUKU CERITA

Entri kali ni tentang 'kegilaan' aku dengan buku cerita. Aku memang pantang nampak buku cerita..hehehe mesti nak baca. Dah jadi tabiat dari kecik lagi. Ingat lagi masa sekolah, sanggup aku baca buku guna torchlight...sebab jam 10 dah kena padam lampu bilik..kena tidur, esok nak sekolah. Tapi kerana kedegilan aku, aku pakai torch light nak baca buku cerita & habiskan buku tu. Kalau boleh, once dah start baca buku, mesti nak tahu ending dia.  Sebab tu lah aku seawal Darjah 3, dah mula pakai cermin mata. Bahana suka baca buku dalam gelap.  
2 penulis barat kegemaran aku ~ Danielle Steel [kiri] & JK Rowling

Koleksi buku HARRY POTTER [English version ok!...] yang dah berapa kali diulang baca
Baru-baru nak kumpul buku Danielle Steel
Buku karya JK Rowling yang paling terkenal HARRY POTTER Series, is my favorite! Sekarang collection aku dah lengkap. Bagi yang  pernah baca buku ni, mesti bersetuju ngan aku, lagi syok baca buku dari tengok movie. Aku cukup kagum ngan JK Rowling ni, kagum dengan imaginasi dia sampai boleh hasilkan fiksyen macam Harry Potter.  Sekarang aku baru nak mengumpul karya Danielle Steel. Dolu-dolu masa bersekolah n masa kat "U", aku cuma mampu meminjam je dari library, nak beli tak mampu [masa tu la] almaklumla, masih bergelar student, harga buku ni bukan murah...RM 40++.  So pendamkan je lah hasrat tu...sekarang bila dah ade rezeki sket boleh lah aku mula mengumpul koleksi novel Danielle Steel.

Selain English book, aku pun berminat gak baca novel2 Melayu. Karya2 mereka ni lah yang aku sering baca

Norhayati Berahim & Aisya Sofea

Anis Ayuni......Bikash Nur Idris.........Damya Hanna
Sebahagian koleksi novel

Koleksi Novel-novel Melayu ~ Dah lama aku tak beli novel baru
Yang pastinya bila akun rasa nak baca novel-novel ni, aku simply take one and start to read...ada sorang kawan aku pernah cakap, "eish rajinnya baca bulu cerita...kalau aku lah malas aku nak baca"......Hmmm lantak la apa yang orang nak kata...yang penting aku suka aku minat.....



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 6 November 2010

AMIR_AMZAR @ WONDERS PARK

Gelagat Amir & Amzar kat Wonders Park JUSCO Tebrau.....


1st time masuk Wonders Park ni...seronok tengok si Amzar
exploring. Dah tak peduli orang dah....dia asyik betul ngan
kereta mainan ni...

Amir plak kat punching bag area...suka betul dia ke area ni
 setiap kali datang ke Wonders Park

Layannnnn........


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

AMARAH GUNUNG MERAPI


Gunung Merapi adalah salah satu dari enam belas gunung berapi dunia yang termasuk dalam projek Gunung Api dekad Ini  (Decade Volcanoes). Keadaan geografi Indonesia yang terletak dalam Lingkaran Api Pasifik menyebabkan negara tersebut kerap dilanda bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi. Lingkaran Api Pasifik (Ring of Fire) merujuk kepada kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, yang kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik. Kawasan ini berbentuk seperti ladam kuda dan merangkumi wilayah sepanjang 40,000 km. Kawasan ini juga sering disebut sebagai plat gempa PasifikHampir 90% daripada gempa bumi yang terjadi dan 81% dari gempa bumi terbesar terjadi di sepanjang Lingkaran Api ini. Daerah gempa berikutnya (5–6% dari seluruh gempa dan 17% dari gempa terbesar) adalah plat Alpide yang merentangi dari Jawa ke Sumatera, Himalaya, Mediterranean hingga ke Atlantik.
Lingkaran Api Pasifik ~ Indonesia betul2 berada di"laluannya"
Sejak 26 Oktober yang lalu, Gunung merapi mula meletus, dan menghamburkan debu-debu panas. Yang terbaru, Gunung Merapi meletus lagi malam tadi, letusan paling dahsyat sejak ia mula meletus pada 26 Oktober lalu mengakibatkan 77 orang lagi maut. Letusan kali ini bukan sahaja menyebabkan korban yang lebih besar tetapi ramai mangsa yang maut, mati dalam keadaan tragis, selain turut menyebabkan banyak rumah hangus, kampung lenyap ditimbus lahar dan debu panas, beribu-ribu penduduk hilang rumah kediaman dan terpaksa dipindahkan serta banyak penerbangan terpaksa dibatalkan. Letusan kali ini menghamburkan debu dan awan panas setinggi 8,000 meter serta sejauh 28 kilometer dan memuntahkan lahar serta lumpur bara dan batu-batu yang mengalir menuruni gunung itu menyapu apa sahaja yang merintanginya sepanjang malam tadi sehingga pagi ini mencetuskan keadaan panik dan kelam kabut. Ramai penduduk yang tinggal di kawasan sekitar gunung itu bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam keadaan gelap malam serta awan pekat menuju ke jalan-jalan raya untuk mencari perlindungan.Berita Lanjut, klik SINI.

Bumi sudah semakin tua.......Semoga bencana ini menjadi iktibar buat kita semua. Dan semoga saudara mara se negara dan se agama kita di Indonesia berada didalam peliharaan ALLAH SWT.


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 5 November 2010

SEDAP MAMA MASAK...(^_^)

"Sedapnya Mama masak hari ni.....kalau hari-hari Mama masak macam ni mesti best"...kata2 dari Amir sewaktu makan malam tadi. Heiii anak pun suruh Mama masak selalu. Tapi sayangnya Mama tak berkesempatan @ tak berapa rajin nak masak hari-hari la anakku. Mungkin terdorong oleh beberapa faktor yang menyebabkan Mama tak boleh nak masak untuk anak Mama setiap hari ::::

Mama kerja la, hari-hari Mama balik lambat, selalunya jam 4.00 baru sampai rumah. Nak mengemas lagi, sapu sana, sapu sini, basuh baju, jemur baju, lipat baju lagi, berblog dan ber facebook lagi. Haaa...macam2 kerja tau Mama kena buat......!!

Kalau Mama tak penat boleh la Mama masak. Kadangkala dalam 5 hari kerja tu, adalah 2-3 kali Mama masak untuk dinner, biasanya sesuatu yang simple mimple la ::: menu : meehun goreng, mee goreng @ nasi goreng. Ok la tu kan dari dok makan nasi & lauk cap kedai je. Hari minggu, Mama akan cuba sedaya upaya untuk masak bagi orang-orang yang Mama sayang makan sampai kenyang.

Tapi air tangan isteri  ni "power" sebenarnya.  Sentuhan tangan atau air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu ada aura ajaib. Ada ‘ruh’. Ada keberkatan. Ada sentuhan kasih sayang. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil ‘air tangan ibu’. Pendek kata kalau Mak masak sambal belacan makan ngan ikan goreng, & nasi panas2 pon sodap!! eringat zaman2 belajar dulu, bila balik rumah time cuti je macam orang kemaruk, semua nak suruh Mak masak...Mak masak memang best in the world lah!! Kelassss gitu!!

Yang sempat Mama masak untuk dinner tadi ::
sayur goreng, ikan kembung masam manis & telur dadar
Walaupun simple, tapi dimasak dengan penuh kasih dan sayang......
So whatever it is, Mama janji akan cuba sedaya upaya masak untuk 3 orang hero Mama :: Amir, Amzar & Ayah [ni hero tua]. Semoga berkat air tangan Mama...anak-anak Mama akan sentiasa patuh dan ingat apa yg Mama & Ayah pesan dan nasihatkan sedikit sebanyak, kalau pun anak-anak Mama ingin mengikut ‘kehendak sendiri’, namun Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari ‘restu Mama & Ayah’ dlm hidupnya. Amin....



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI MEREKA

Sekarang tengah hangat berita banjir melanda negeri-negeri di utara Semenanjung dan di Pantai Timur. Yang paling teruk di Kedah Darul Aman. Info banjir Kedah ~ SINI.  Seramai 15,509 penduduk daripada 4,292 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir teruk sejak semalam. Daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu, air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap. Membaca berita banjir di Kedah, teringat memori banjir besar Kota Tinggi tahun 2006/2007.  Hanya yang mengalami sahaja, mengetahui keperitannya.

Gambar2 kenangan banjir besar Kota Tinggi

Sebahagian gambar keadaan banjir di Kedah :: Nov 2010:: 
Semoga mangsa-mangsa banjir akan terus bersabar dengan musibah yang mendatang, dan semoga Allah melindungi mereka.

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 4 November 2010

TEH BUNGA @ CHRYSANTHEMUM TEA

Petang semalam, ntah kenapa tekak aku teringin nak minum teh bunga. Bukan yang dalam kotak tapi teh bunga yang betul2....... bukan yang cobaan.  So singgah lah kami di kedai membeli teh bunga. 

Sedikit informasi yang aku dapat setelah "menyelusuri" MR GOOGLE, dalam mencari maklumat tentang teh bunga ni ~ 

Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Namun begitu, bagi sesetengah negara di Eropah dan Jepun, bunga ini melambangkan kematian dan hanya digunakan dalam pengebumian atau diletakkan di atas kubur. Bagi masyarakat Asia terutamanya negara kita, bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum. 

Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Bunga ini mengandungi khasiat yang dapat bertindak untuk menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari. Bunga kekwa juga sering digunakan dalam perubatan cina untuk mengubati beberapa jenis penyakit termasuk pemulihan demam selsema. Bunga kekwa yang dibuat teh dikatakan dapat menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk mengubati demam dan meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata.

Rupa-rupanya banyak kegunaan dan khasiat teh bunga ni yea. Bagi aku kalau air teh ni, sekadar manis-manis buah je la...Bila dibuat air, rupa-rupanya, hanya aku je yang minat nak minum teh bunga ni.  Yang lain semua nya menolak teh bunga...pelik agaknya ye rasa teh bunga ni. Tapi aku suka sangat bau aroma teh bunga kekwa .....Biarlah...aku sorang yang minum pun tak pe lah...janji sedaaappppp.

lagi info teh bunga ----> SINI


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...