klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Wednesday 29 February 2012

..sebab ni lah I takut nak anta anak kat taska....

Menangis I tengok nasib baby ni...
GILA ke manusia yang buat perkara ni kat seorang bayi!!
Mana pergi rasa kemanusiaan dia!
Dah la tu siap record n sebarkan kat orang...
Giloooo!! Kalau marah kat bekas majikan pun jangan nak seksa anak orang macam ni...
buatnya budak tu mati lemas baru tau....
Kalau kena kat anak I...I saman orang yang buat camni!!
Tampal  mulut bayi

Nasib baiklah I dapat pengasuh yang sangat2 baik, masa kat Kota Tinggi dan bila I balik mengajar di negeri kelahiran tahun lepas....Lega sangat2 sebab dapat pengasuh yang bertanggungjawab n sayangkan anak kita macam anak dia..makan minum dijaga n anak kita bersih n wangi sentiasa!!
Masa mula2 pindah ke sini, I sangat susah hati!! Sebab nak cari pengasuh yang serasi bukan 1 kerja yang senang....2 minggu jugak Amzar, i 'tumpangkan' kat umah mak nasib baik ada mak...huhuhuhu! Alhamdulillah..lepas setahun berlalu..nampaknya Amzar sangat2 serasi kat umah pengasuh yang baru..I pun senang hati setiap kali nak gi kerja sebab tahu anak I dalam keadaan selamat dan sejahtera.
Balik lambat sket pun i takde la risau sesangat...

Alhamdulillah....Allah masih memelihara anak2 I..
THANK YOU ALLAH!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 27 February 2012

...alangkah..alangkah bestnya....kalau????.....

pernah nampak tak station ni?
yang ni I jumpa kat Mesra Mall Kemasik.
ha ni la bendanya..
KERUSI URUT GINTELL!
RM 1 = 5 minit urut
uish sedapnya kena urut..lagi2 dah penat seharian bekerja,
Badan pun sakit2...uish mmg best lah
Amzar pon nak try..tapi sekali tenggelam daaaa!! 
Kerusi besar sangat
  Amir punya time dah habes..so dia tgk la kitaorang habiskan urut!

Alangkah...alangkah...alangkah bestnya 
kalau dapat angkut balik 1 kerusi ni!!
Alahai!!!! Dream on!!
  Mahal lah kerusi ni..I kureng mampu la!!
Mana pic I???
Eish..tak payah le...I kan pemaluuuuuuuuu!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

...nasib baik ade benda ni....

benda kegemaran terbaru anak2 I...
DVD player kat dalam kete ni baru bleh guna
lepas dah di setkan semula,
dah agak lama tak berfungsi, ntah apa yang tak kena!
tapi now dah ok
TQ untuk pekerja2 PROTON
kalau tak jadi hiasan je la dalam kete tu!
nasib baik dah ok benda ni!!
yang bestnya, bebudak berdua ni, duduk diam2 je dalam kete...
senang keje Mama.........
ni le cerita yang suka sangat bebudak ni 'nonton'
UPIN & IPIN!!
Collection CD asyik bertambah je, setiap kali g kedai CD
Tapi tak pe, tengok la banyak kali pun...
Mama tak kisah!!
Kartun ni sangat positif n banyak moral values...
SUKA...SUKA...SUKA!!



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 26 February 2012

...air tangan...

penat macam mana pun, selagi I boleh masak,
 I akan masak untuk anak2 n En Hubby.
for dinner, buat yang simple2 je..
sup tulang...n bihun
bihun tu jadi kuning coz I celur n rendam ngan kunyit serbuk.
saja cari kelainan....I tiru idea Kak Kamsiah ni...
cantik plak bihun tu hehe..lain dari kebiasaannya.
sidekick untuk bihun ni simple je, malas nak buat banyak2..penats!!
taugeh [celur kejap], daun sup n sambal kicap.
kalau orang jawa mmg tak lepas ngan sambal kicap...
orang Johor pun gtu kan...kan ...kan...??
ye tak Miss Mirror?
 
kenapa sup tulang???
sebab kebetulan, bapak mertua adik I bagi tulang lembu 
masa gi jenjalan kat umah dia...almaklumlah....orang tu tokey lembu!!
benda free kan...belasah je lah!!
kejap je I rebus dah empuk... 
ehem
dah siap...ngap je lah!!
20 minit lepas tu settle semua....LICIN!!
ALHAMDULILLAH!!



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 24 February 2012

..Mee Rebus Johor VS Mee Rebus Ganu...

malam semalam..jalan2 kat bandar "D" n terus dinner kat sana.
So I meng'order' la mee rebus...
En Hubby plak kata dia nak makan nasi...so order Nasi USA...
bila dengar I order mee rebus, 
dia kata ....
"Wah sedapnya, lama tak makan,nanti mintak U punya sikit lah"..
I cakap "ok .......ok! no hal lah" 
Tetiba bila food sampai..dia tanya...

" mana mee rebus?"
I cakap.."ni lah.....!!"
"Mana?"

eish dia  orang tua  ni..mee rebus depan mata pon tak nampak ke?
.
.
.
.
.
.
alamak!!!
lupa plak...
mee rebus ganu lain rupa dia!!
patutlah En Hubby I, kompius.....Dia kan JOHOR Mari!!
Sahabat senegeri Miss Mirror n Cikgu Mat SOM

MEE REBUS GANU

MEE REBUS JOHOR

gambar2 ni semua I pinjam ngan MR GOOGLE, 
masa tu LAPAR bebeno, sampai lupa nak snap gambar.....
yang ingat, nak makan je....

kan lain tu, rupa dia...hehehehe

Mee Rebus Ganu macam mee sup la, cuma di tambah ngan telur je...

Nak tengok cara2 buat kedua2 mee ni, bleh 'jalan2' sini (^__^)
TQ Tuan punya blog, sebab sudi share resepi!!



eish cam sedap la plak mee rebus johor tu...hmmm nak buat lah ....ahaks!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 19 February 2012

.......................................

saya sedih hari ni....
hilang sabar....

pelajar oh pelajar
ini balasan buat gurumu ya!!
sampai hati korang ye!!



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 18 February 2012

....Merokok = H.A.R.A.M...

Selama ni saya tak pernah tau & tak pernah dengar.
Tak sangka pulak!!
Saya terpandang poster ni di Hospital Dungun!
Speechless!! 
Pada perokok2 beragama ISLAM.....pertimbangkanlah semula!
Jangan jual agama hanya kerana sebatang rokok!!

Lagi info boleh tengok laman web JAKIM



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 17 February 2012

...bertuahnya saya sebagai ISTERI....

dikongsi dari laman FB.
satu info yang menyebabkan I rasa sangat bertuah bergelar ISTERI.
Alhamdulillah.....


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang isteri itu, dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)


8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Benda yang baik kita kongsikan bersama...
I paling suka yang no 1 & 2..sebab paling senang nak buat.
Tak sangka.....benda sesimple tu boleh bagi pahala yang berlipat ganda!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 11 February 2012

...i'ts friday [holiday] but i'm working!...

semalam morning2 dah kena bangun coz nak bawak anak2 team volleyball.
diaorang ada game on FRIDAY [kat ganu friday is holiday!!]
KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH..
so as one of voleyball teacher, I kena la pegi.
habis sunburn muka dah la dah sedia gelap, makin gelap jadinya ...hehe 
sehari suntuk dok di padang SMK Ketengah Jaya.
Biasalah..antara tugas-tugas khas seorang GURU!!
Menunggu game bermula
My Girl's team in action
Still dalam game..semua dah kepenatan
Cikgunya yang pakai tudung merah kat hujung tu pun, dah mula
penat dah..hahaha...

sampai rumah jam 7++, azan tengah berkumandang!
1 hari anak2 duduk ngan ayahnya...
balik rumah...mandi..solat...tidur!!

 
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 8 February 2012

...Form 1 ke? @ Standard 1...

Selama ni jarang sekali I nak story mory about my students n my life as a teacher..bukan apa, bimbang dikatakan sebagai suka merungut, dan tak ikhlas menjalankan amanah sebagai seorang guru. Selalunya orang beranggapan salah tetang tugasan seorang guru....pernah I dengar ada yang kata kerja guru senang...balik awal...cuti banyak....hmmmm...I malas la nak komen banyak kat sini..sebab I rasa cam buang ayaq liur je...kan kan kan....jengah2 lah sini kalau nak tengok2 cerita ceriti cikgu cikgi ni!!


 Berbalik pada entri I hari ni....tahun ni lah tahun pertama I ngajar balik kelas Form 1 dari 2003. Lama tu...dah tak ingat dah macam mana perangai budak2 form 1 ni....dah terbiasa mengajar budak2 form 4 n form 5...Nak jadi cerita starting tahun ni I ajar Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan semangat cintakan negara selain dari English which is my core subject....so kalau BM I tak berapa nak sedap masa mengarang ni, faham2 le ye!! Aduhai...penat melayan telatah budak form 1 rupanya....

"cikguuuuuuu...dia ambik pemadam saya"
"cikguuuu....tengok Amin ni, dia sibuk kacau saya nak tulis"
"cikguuuuu.......saya salah tulis ni..saya selang 1 mukasurat boleh tak?"
"cikguuu..... saya silap guna pen hitam....latihan yang lepas, saya guna pen biru..tak pe ke cikgu?"
"cikguuu.....saya tukar tempat duduk boleh tak?"
"cikguuuu...ni kalau tampal sini separuh, belakang separuh boleh tak?"
"cikguuuu...saya terselang sebaris la...macam mana cikgu?"

-
-
-
-
-
-
sana sini "cikguuuu........cikguuuu .....cikguuuuuu"
ADUHAI!!!

SABAR...SABAR....SABAR....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 7 February 2012

..percaya ke tak nak???...Cuba je lah...

Tadi semasa aku syok blogwalking ke blog-blog orang, tetiba aku ternampak satu post tentang cara nak tingkatkan traffic blog. Caranya nampak unik. Aku pun tak tahu samada cara ini berkesan atau tidak. Tapi apa salahnya kalau mencubakan?? Kalau menjadi kira rezeki la..

Cara nya begini:

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. My Big Family & Friends

2. ABCMILO

3. matdin

4. MSR @Blogger

5. tengku nizam

6. mizz shizu

7. Myself V3 Me &

8. Blog Hanz

9. BeMie's WoRLd

10. Farah Shafiqah

11 . Qila Razak

12. CekLa

13. Miss Yaty

14. Magrib menjelma

15. IrfanzBlog

PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya akan jadi mcm nie...

1. ABCMILO

2. matdin

3. MSR @Blogger

4. tengku nizam

5. mizz shizu

15. Its My Life

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak... Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kiter... lagi tinggi rating kiter kat google..


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

...Dasat!! Ada Jin "English' ropanya..

hari ni C.R.K
so santai2 pagi2 hari belek2 surat kabo digital ni..terpandang berita yang buat I senyum sumbing!!
Azimat lulus BI
KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.
‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’
Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.

Macam2 orang buat untuk lulus English, ternyata subjek ni memang penting.

MACAM-MACAM HAL LAH!!




(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 5 February 2012

...Layan anak2 5 Sains...

Menjadi GURU KELAS bermakna jadi "mama" 
kepada 25 org pelajar dalam kelas I.
Tadi, I ke sekolah [walaupun hari ni cuti umum ok!!]
"Anak-anak" I nak tolong balut meja, nak cantikkan kelas kan..
so cikgu kena ada la...
Amzar pun ikut Mama 
Balut jangan tak balut!! 
Amir pun sibuk nak tolong gak 
Almost finish..cantik tak?? 
Budak berdua ni sibuk ngaco abang2 nak balut meja 

serba biru..sejuk mata memandang!! 

buat 'taman mini' tepi kelas 
Jam 1 tghari semua settle...
baru bab balut meja.
Banyak lagi yang nak dibuat untuk mencantikkan kelas.
Kelas ceria..Murid gembira..Cikgu pun suka..cewwah!!

TQ pada bebudak yang datang...
Ikhmal...Fazeri...Yusri...Amzi...Shahrul...n Rizal Esma
Budimu tetap teacher kenang...OK (^___^)

Bukan senana pegang title guru kelas ni,
semua perkara kena ambik tahu pasal "anak2".
markah periksa kena key in dalam sistem..
kena siapkan tulis buku register [kedatangan].
semua maklumat kenalah lengkap.
banyak lagilah, yang I tak nak mention kat sini....
nanti kang dikata tak ikhlas...
biasanya ramai cikgu nak tak nak n tak sanggup nak pegang  title ni.
Tapi kalau dah diberi amanah buatlah sebaik yang mungkin.
Dalam pahit, banyak manisnya title GURU KELAS NI

Hmmm apa komen Cikgu MatSom?


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 4 February 2012

...Kartun Made In Malaysia...Terbaek!!!...

kalau dulu, anak2 I suka sangat kartun ni
I mmg tak kisah sebab Kartun Upin Ipin sangat banyak 
dgn pengajaran n very positif.
Pantang nampak CD Upin Ipin, mesti nak beli.
So kalau gi mana2 sekarang ni, dlm keta 
asyik pasang CD Upin Ipin je..
Sampai Mama n Ayah dah naik hafal semua dialog...

sekarang ni dah tukar pada kartun ni pulak
la ni diaorang tengah buat collection CD Boboiboy
siap nak beli baju sama lagi
ni nasib tak de kaler sama.
tak kisahlah asalkan design sama
Start semalam budak berdua ni dah siap main 'upin ipin'
Abang jadi ipin, adik pulak jadi upin.
Mama kena jadi Kak Ros n Ayah kena jadi Tok Dalang
ALAHAI....Layan!!




(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 1 February 2012

.....it's the 9th year....

dah 9 tahun berlalu .....1 Februari 2003

sekarang dah jadi macam ni.....
hahaha
nampak tak perbezaannya.......huhuhuhuhu

*****HAPPY ANNIVERSARY EN HUBBY*****



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...