klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday 31 January 2012

....Gemersik Kalbu...

mula2 tak nak tengok cerita ni..takut ketagih
tapi 1 hari En Hubby tengok cerita ni saja buat2 alasan nih,
eishhh macam best la pulak tengok lakonan Aqasha [Sufian] yang bersahaja..
TERUS JANGKIT!!!! adushh kebaboom..alamak!!!!!
Nasib baik habis kul lapan..sempat lagi nak solat  Maghrib!
Mesti korang kata I teruk kan?
Bukan apa, maghrib di Dungun ni masuk jam 7.20...citer mula jam 7.00
 kalau solat time iklan, eish takot tak brapa nak khusyuk
so solutionnya...habish je cerita..I solat la.
Isyak plak masuk kul 8.32......selamat!!
Dua2 dapat...kan kan kan
makin lama makin best plak citer nih
sebab dah baca novel kan 5-6 kali khatam..
hehehe
walaupun cerita dia tak 100% sama cam dalam novel, tapi ok ok la...
ala citer Harry Potter pun x sama cam novel..kata adaptasi kan kan kan....

Ni la pengarang novel Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni
Peberet novelis I ni...
I siap ade collection novel2 dia....

Saat Kau Kata Cinta
Sungguh Aku Cinta
Seribu Kali Sayang
Bayangan Rindu
Kau Kekasihku
Gemersik Kalbu
Manisnya Cinta
Suara Hati
Yang Terindah
Cinta Yang Ku Rasa

Cuba try test baca...........!!! 

**** I mmg suka sangat sangat sangat baca novel****


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 30 January 2012

...Kerepek Ngaku [Arrow Heads]...

Selama ni I mmg pernah nampak buah ni kat Nirwana @ Giant @ Mydin Mall, tapi tak pernah berminat nak membelinya tak tahu cara nak masak n tak rasa buah ni sedap. Tapi ntah macam mana, terklik bolg ini dan ini, terjumpa la pasal buah ngaku nih...rupa2 nya boleh dimakan n nampaknya semua yang pernah cuba kata sedap. Eish, I pon terasa nak try test la kan..terpengaruh la ni!!
  • Sebelum tu apa sebenarnya buah ngaku @ arrow head ni
Arrowroot, atau arrowheads @ buah ngaku adalah tumbuhan herba saka yang besar yang dijumpai dalam habitat hutan hujan. Ia ditanam bagi memperolehi kanji daripada rizom (batang bawah), yang juga dikenali sebagai arrowroot.

So, nak dijadikan cerita, nampak buah ngaku ni masa jenjalan kat Mydin Mall Ganu..terus I beli, tak le mahal sangat 1kg dalam RM2++ je...

ni le ropa buah ngaku @ arrowhead

basuh bersih2 then kupas kulit dia..
batang dia yang ceconet tu I tinggalkan sebab
 senang nak pegang masa parut

pastu parut [ tq En Hubby ^_^ ].
nak parut dalam kuali terus pon boleh..
tapi tukang parut i takot kena minyak...

goreng2...
I goreng gtu je, tak letak garam2 pun

siap!!
mmg sedap..lemak manis....
kata En Hubby tak letak garam pun sodap!!!

**** serius sedap kerepek ni....cuba tau!!****




(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 29 January 2012

...Grilled Chicken Chop...

tadi masak grilled chicken chop 4 dinner.
sesekali western (^_^).
tukar2 selera
mula2 buat coleslaw.
cincang kobis + carrot
then mixed ngan coleslaw dressing
guna coleslaw dressing ni..jadik terus.
sedap sangat...rasa yang macam kat KFC tu!!
ayam ni I perap semalaman.
petang semalam de'bone' chicken thigh.
bahan2 nak perap ayam......
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos lada hitam [optional]
2 sudu besar madu
1 ketul kiub knorr
1 sudu gula
1 sudu kecil garam
sedikit mentega
2 sudu besar english herbs [I guna oregana n rosemary]
kisar semua bahan, then perap..3-4 jam.
kalau dapat perap semalaman 
lagi bagus..lagi sedap
dah siap bakar..
suhu 240C n bakar untuk 40minit
selepas 1/2jam pertama sapu ayam ngan minyak
 untuk elakkan ayam terlalu kering
tada..siap!!
I malas nak buat whipped potato..so goreng wedges je lah

** lupa plak, untuk black pepper sauce, I guna resepi paling senang...guna campbell mushroom sauce + ngan 3 sudu besar sos lada hitam, masak sampai didih [bleh gak guna lada hitam yang di blend halus]....tambah2 la gula garam sesedap rasa...hahaha senang kan


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 25 January 2012

...WORDLESS WEDNESDAY...

back to school after 5days holiday...


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 24 January 2012

...TOMYAM KELAPA???...

Dah lama sangat tak mengupload entry baru...dah 2 minggu Streamyx problem kat kawasan rumah I...Banyak sangat tangan2 gatal dan jahat yang suka suki ngambik kabel TM untuk perhiasan kat rumah diaorang la agaknya, sudahnya, ramai orang2 yang tergendala perkhidmatan internet. 

Hari ni nak share ngan u olls, tempat makan yang i discover 2 minggu lepas kat Bandar Dungun ni.  I ngan Encik Hubby sebenarnya suka gak eating outside bukan malas masak...tapi sesekali bawak anak2 makan kat luar!! So since pindah sini last year, kami 'riki2' jugaklah tempat makan best kat Dungun ni. Actually, tempat makan ni direkemen oleh kawan I...Area--->Kuala Dungun, dekat ngan jeti @ pejabat??  LKIM...tepi laut betul2....nampak jambatan ke Seberang Pintasan. Kalo nak makan kat sini....nama tempat ni medan Ikan Bakar kot?? sebab tak de papan tanda khusus yang tunjukan namanya....
ha ni le trademark tempat ni.
Kalo nampak menara ni, betullah tempatnya...
Nampak tak jambatan kat belakang tu??
Kedai yang i makan tu namanya ......cari tau...
Yang ni la special menu dia..TOMYAM KELAPA. Yang I nak highlight kat sini sebab I mmg hantu tomyam!! Istimewanya tomyam ni dimasak gunakan air kelapa muda...so rasa dia pedas2, masam2 n manis la..kalo tak suka manis, cakap ngan waitress tu, perah limau lebih....macam i la..siap mintak limau lagi, nak perah sendiri. Tapi manisnya, bukan manis gula tau, tapi manis n lemak air kelapa tu..Original you!! I yang mmg hantu tomyam ni, cukup suka ngan tomyam kelapa....tak tahu lah orang lain, tapi kalau I lah..bila rasa tomyam kelapa ni, tom yam biasa tu macam tak sedap sangat lah..hahahahahaha.....
ni bukan air kelapa muda tau..tapi tomyam kelapa!!
Harga untuk 1 kelapa ni = seploh hengget!!!
Yummy!!!!
Isi dia sama je macam tomyam2 lain
 1st time makan tomyam yang ade
 isi kelapa muda
licinnnnnnnn!!!
Fresh seafood pon ade kat sini...macam2 ada.....yang peting siapkan $$ nya ye...Kalau ke kedai SERI WARISAN ni, I bleh la kata cooking dia sedap....terangkat gak la....Seafood kat sini dijual ikut gram...Ikan biasanya RM3.50 - RM 4.00 untuk 100gram..., sotong lak RM4 untuk 100gram...yang paling mahal..tuuuuu udang harimau...uuu size dia mmg 'fuhhhh' la....harga dia untuk 100gram ------>> 14 hengget!!! Uuuuuuuuuuu...tepuk dompet, tanya selera la..nak ke tak nak....then, kita orderla nak masak macam mana seafood yang dipilih tu...!!

So kalau sapa2 tersesat ke Dungun ni, datang la cari tempat ni yea!!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 11 January 2012

....JODOH KITA....

sekadar berkongsi  1 gambar dari wall sahabat FB

Masya Allah......rupa2nya begitu indah ciptaan dan kurnia Allah kepada kita. Terasa berdosa pulak diri I ni, bila terkenangkan perasaan "menyesal aku kahwin dengan dia" yang kadangkala menyinggah hati bila 'gaduh2 sayang' ngan Encik Hubby.  Sesungguhnya percaturan jodoh kita oleh Allah telah bermula saat roh ditiupkan ke dalam jasad kita saat kita berada didalam rahim ibunda lagi.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Allah itu maha Adil, diberiNya kita sesuatu, maka nikmat itu datangnya bersama dugaan dariNya. Ketika kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. kita akan mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang tidak sebahagia yang disangka sebaik saja memasuki ke alam berumahtangga. Ijab dan kabul itu menghalalkan hubungan, diiringi satu tanggungjawab maha besar yang terpaksa dipikul. Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Tepuk dada tanya selera....I pun pernah terjerumus ke 'lembah' penyesalan ni...seringkali jugak SYAITAN memainkan peranan yang bijak dan pandai meniup api kemarahan dalam hati.....Astaghfirullah hal a'azim!!

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan kerana desakan dan juga kerana takut tak laku. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. 

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat.. 
kita menangis dan tertanya-tanya, 
kemana hilangnya sinar.. 
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." 


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 10 January 2012

.....P.O.S.I.T.I.F......

gambar yang sangat memberi motivasi dikala jiwa kacau!!


THINK POSITIVE!!!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 7 January 2012

...SCONES...

Tengok kat FB rakan, keseronokan dia makan scones di Cameron Highlands. Uish, macam sedap je Mula la nak menerai resepi roti yang fofular kat UK ni untuk sarapan pagi ni [kiranya ala2 Inggeris gtuww] 
mula2 kena ada butter [sejuk].
I pakai 1/3 butter untuk 2 1/2 cawan tepung [I guna tepung serbaguna].
Ayakkan tepung + 2 sudu kecil soda bicarbonate + 1/4 cawan gula halus
then masukkan butter macam ni.
butter tu potong dadu supaya senang nak mix dengan tepung

butter tadi digentel dengan hujung jari ngan tepung, 
sampai jadi macam bread crumbs.
jangan uli, tapi gentel2 manja ye 

pastu masukkan 1/2 cawan susu segar
jangan guna tangan untuk menguli, 
kaup balik dan sebatikan adunan dengan senduk je

then masukkan sebiji telur

gaul2 sampai sebati 

then bentuk2kan ngan sudu macam ni.
sapukan kuning telur 

bake... 

dah siap dia jd macam ni 

hmmmmmmmm...gebu..gebu

pagi tadi Amir request breakfast macam ni 

sausage...scrambled eggs...fries 

scones tadi, belah dua...sapu jem @ boleh jugak letak whipped cream

scones with tea.....yummy!!



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 6 January 2012

...MUFFIN...

Serius ni!!
Selama ?? tahun hidup ni, ini lah kali ke dua I mem'baking'!
Yang pertama bila ntah, dah tak ingat! Lama sangat dah.
Tak nak ingat sebanarnya sebab kek tu tak menjadi!!
So ni kali kedua I mem'baking' nih!
Agaknya kalau MISS MIRROR tengok muffin bodo I ni mesti dia gelaksss!!
Mahap la MM...saya budak baru belajar!
 
Resepi muffin ni, I ambik kat My Resepi je,
 teman setia dikala nak main masak2

Bahan-bahan 
8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla

Cara-cara
1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3.Bakar selama 20minit/180C.

Sempoi dan senang kan...ahaks..I Loikee!! 

camni le ropenya dah siap masak....hahaha..lawak je kan?
dapat seploh biji je

gebu la jugak...walaupun nampak tak menarik, 
tapi rasa dia sangat yummy u olss!! Hahahaha
Masuk bakul angkat sendiri!!
sedap dimakan panas2...licin 10 muffin ni sekali hadap je!

Tak pe lain kali buat lagi!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

.....SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.....

Walaupun entries ni macam ala-ala nak basi dah, tapi Gie tak kira! Nak gak tulis......Almaklumlah bzmz u ollsss!! Sekolah dah bermula, so masa macam sangat2 berharga gtu!! Nak bukak lappy update blog pon tak nyempat2. Saje je nak kongsi suasana masa hari pendaftaran kat sekolah Gie on 2nd January 2012....Hari pertama persekolahan di Terengganu bermula 3 Januari 2012.
2012 Academic year begins!!
Parents berkerumun nak cepat2 daftarkan anak2 diaorang ni...walaupun penat cakap suruh beratur n bg nombor giliran, tapi semuanya serbu at one time. Masing2 nak cepat settle kot. Ada antara parents ni kena daftarkan 2-3 orang anak...so nak kejar masa agaknya pegi kat tempat lain.  Kesian tengok kawan2 Gie yang uruskan pendaftaran...."mengah & sesak napas" kena serbu...Cair mekap segala...hahahaha 
Buku teks untuk student Form 1. Dah siap di ikat, senang nak diberi kat pelajar.  Nasiblah kalau dapat buku yang agak usang, tapi kalau tak silap cikgu2 SPBT [Skim Pinjaman Buku Teks] dah pilih2 & lupuskira yang dah koyak2.  Beruntung pelajar2 dapat pinjaman...tapi ada antara mereka tak pandai tak reti bahasa dan tak pandai nak jaga buku2 ni! Ada yang dapat elok je buku, time pulangkan, dah koyak2....hmmmmm!! 
Yang ni pulak Kaunter Asrama, [sekolah Gie ada asrama desa...menempatkan 200 pelajar]. Kebanyakan mereka yang tinggal kat asrama ni, mempunyai masalah pengangkutan @ rumah agak jauh dari sekolah. Parents sibuk memilih baju asrama, cadar n selimut asrama [pink kaler u!!]..sayangnya mak bapak kat anak2..harap2 anak2 pun rajin belajar!! 
Tak cukup tangan cikgu2 melayan serbuan Mak Bapak & pelajar baru! Depan belakang, kiri kanan mak bapak kerumun....


=SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH CIKGU CIKGI=
=SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH CIKGU MAT SOM=



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...