klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday 30 December 2008

Alahai Orang Malaysia.......

Tadi petang, aku ke GIANT Plentong JB......niat di hati nak beli barang2 keperluan harian...sambil cuci2 mata. Ada 2 perkara yang betul2 buat aku sakit hati

  • Masa masuk ke tandas...tandas perempuan la kan...hidung aku nih terbau satu bau yang kurang menyenangkan dan menyesakkan hidung...bau rokok!!! Eish..kalau tandas lelaki x pa la jugak, ni tandas perempuan...Bagi aku la kalau seorang perempuan tu nak hisap rokok..lantak dia lah kan..dah nak buat camana, itu jalan yang dia pilih. Tapi yang aku tak sedap hati tu, dipilihnye tandas untuk melepaskan hajat merokok dia tu...dah la bau tandas tu tak menyenangkan, ditambah pulak dengan bau asap rokok yang berkepul-kepul...Masya Allah...ketat hidung aku rasanya.....Si perokok ni kena ingat la kan.....dia bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Oleh itu harap2nye jangan la lain kali....tandas awam dijadikan tempat melepaskan hajat merokok..sebab nama pun tempat awam..ramai yang menggunakannya....

  • Bila dah habis shopping, aku bersediala nak balik.....masa nak masukkan barang ke bonet kereta, aku tercium bau yang kurang menyenangkan (agaknya hidung pregnant lady ni sensitif pada bau-bauan)......aku pun segera menoleh kiri dan kanan untuk mengesan dari maner datangnya bau-bauan tu.....tetiba aku terpandang sesuatu ....Masya Allah, pampers yang berisi 'kuih berwarna coklat' terdampar betul2 dekat tayar depan kereta aku....huh....sungguh kurang sopan pada sesiapa yang telah membuang pampers merata-rata tu............Padahal jarak pampers tu dengan tong sampah tak sampai pun 2 meter...Aduhai...kenapa la kesedaran sivik masyarakat malaysia ni masih lagi ditahap yang rendah. Kalau nak tukar pampers anak tu pandai-pandai la buang di tempat yang sepatutnya...BETUL TAK? Bukan payah sangat....

ALAHAI ORANG MALAYSIA.......

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 28 December 2008

Amir's Movie Day @ Jusco Tebrau City

One day before Christmas...Amir mengaruk nak pegi tengok Cicakman 2..ye lah dengan promosi yang agak gempak kat TV n Newspaper...budak sebesar Amir pun dah tahu nak ajak Mama pegi tengok Cicakman 2.....mulanya aku malas la nak bawak dia mengenangkan kerja banyak lagi nak dibuat.....tapi oleh kerana cuti kali ni aku tak bawak dia pegi melancong kemana-mana...maklumla dah semakin sarat ni, tak larat nak bawak perut pegi jalan-jalan...so bila dia dah mengaruk nak pegi jalan kat JJ tebrau tu, aku ikutkan la...kesian jugak kan..terperap je kat rumah...
So, kebetulan hari tu hari Rabu, Movie day..tiket murah la sket...selalunya dalam 10-12 ringgit, tapi hari tu RM7 dan untuk kanak-kanak RM6....so aku yang tengah membawa perut ni melayan la si kecik tu nak tengok movie....
Cerita Cicakman 2 tu ok la..dalam rating 5, bolehla aku bagi 2 1/2....hehehe..Bagi aku teknik CGI(betul ke nih) dia bagus dan boleh dipuji..tapi dari segi jalan cerita banyak yang perlu diperbaiki lagi...banyak antara plot-plot cerita tu tergantung dan ader sesetengah scene tu kita seperti tertanya-tanya la...eh siapa plak mamat/minah ni...dari mana plak dia datang..bla..bla....bla......
Tapi kalau sekadar hiburan untuk kanak-kanak, ok la...ramai jugak budak-budak yang datang menonton filem tu...mak bapak diaorg of course la datang tgk sama...bila movie tamat n lampu buka...baru la aku nampak suasana dalam panggung tu...boleh dikatakan 90% penonton....terdiri dari parents n anak-anak mereka, patut la masa menonton tu macam-macam bunyi aku dengar......budak menangis la, budak tanya parents macam2 soalan, suara mak2 memujuk anak2......macam2 la.....
Layan je la.....
Tiket Movie Cicakman 2
Amir dengan 'popcorn'nya (sebelum masuk panggung) & ice cream Baskin Robbins strawberry flavour ( lepas movie habis)......

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 22 December 2008

Apa nak jadi ye......


Petang semalam, aku bertandang ke KIPMART (pasaraya?..hmm bolehla dikatakan campuran....pasar + kedai2 menjual barangan harian + supermarket + kedai jual CD... dan...... pendek kata macam-macam ada...), KIPMART ni baru je beroperasi lebih kurang sebulan la di bandar Kota Tinggi....dan ianya berjaya menjadi tumpuan penduduk-penduduk daerah Kota Tinggi ni untuk membeli barangan keperluan harian terutama sayuran, buah-buahan, dan barangan mentah (ikan, ayam....dsbgnya) yang segar2. Secara tidak langsung, KIPMART ni menawarkan banyak la peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda (kerja part time/ sementara)....

Dipendekkan cerita, pada kali pertama aku berkunjung ke KIPMART ni, ramai la ex-students aku especially yang baru lepas SPM tu berkeliaran kat sini dan bekerja sebagai salesgirl/salesman sementara...tak kira la kat kedai kasut ke, kedai buah ke, kedai handphone ke.....bila ditanya kebanyakan mereka ni sekadar nak mencari pengalaman dan mencari duit saku untuk diri sendiri...nak merasa susah cari duit agaknya....

Alkisahnya, pada kali pertama ni aku terserempak dengan seorang bekas pelajar aku ni la....perempuan. Masa tu, aku disapa oleh pelajar ni dan mempelawa aku melihat-lihat dan jenguk2 kereta yang bersusun di bahagian tepi bangunan KIPMART tu... Rupa2nya, pelajar aku ni, menjadi salesgirl menjual kereta....dan menurut pelajar aku ni, hari tu merupakan hari pertama dia bekerja di situ. Aku turut diperkenalkan dengan majikannya, seorang wanita yang agak petah bercakap, sambil mempromosikan kereta jualannya pada hari tu......Aku tengok, ok la penampilan dia (x-student aku) hari tu, berbaju kurung, bertudung....nampak ayu dan sopan.... Aku sebagai guru berpesan, supaya dia dapat menjaga diri dan menjaga penampilan diri yang selayaknya sebagai seorang gadis muslim. Dan jawapannya... sangat senang, dan ringkas .........."Insya Allah teacher............saya ingat pesan teacher............."

Selang seminggu, aku bertandang lagi ke situ....kali ni aku dihidangkan dengan satu pemandangan yang agak mengejutkan hati seorang guru....pelajar aku ni yang bertudung litup dan berbaju kurung pada hari pertama dia mula bekerja telah 'bersalin' kulit sepenuhnya....kali ni dia mengenakan seluar jeans ketat, berbaju t-shirt sendat mengikut bentuk tubuh, berleher V, dan.....rambutnya mengurai dan terbuai-buai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.... Maka agak terperanjatlah hati seorang guru ni melihat penampilan yang agak berlainan itu....

Maka tergerak la hati aku untuk bertanya, kenapa berubah benar penampilannya dalam masa seminggu tu....jawapannya membuatkan aku berfikir panjang....."Bos saya cakap, boleh tak kalau saya berpakaian sebegini dan tak pakai tudung, bila datang kerja.....kalau boleh, dia nak saya berpakaian begini, kerana lebih sesuai dengan penampilan sebagai seorang salesgirl kereta".....Masya Allah...mengucap panjang saya, begitu murahkah harga dan nilai seorang gdis muslim yang sepatutnya menutup aurat...tetapi sanggup membukanya hanya kerana diminta berbuat demikian oleh majikannya, dan kerana sayangkan duit gajinya yang berjumlah 3 angka sahaja itu?????....Aku bukanlah alim sangat orangnya..tetapi jawapan pelajar aku tu membuat aku berfikir....BERTUDUNG ni, adakah sekadar fesyen, dan bukan lagi perkara wajib bagi seorang perempuan muslim, iaitu menutup auratnya????.......Emmmm fikir-fikirkan lah....Apa pula pendapat yang lain???? Wallahua'alam.........

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 20 December 2008

Amirul dan rambut ala 'Mawi'nya....

Permata hati aku yang sorang ni memang tak boleh rambut dia panjang...mula la dia bising suruh potong...Fesyen dia senang je..."botak"...hehehe...kalau pegi kedai gunting tu memang akan cakap "potong " nombor 2...maknanya pakai pencukur tu pisau no 2 la...pendekk!! Dulu2 masa dia umur 2-3 tahun, aku memang sengaja potong macam tu, bukan ape senang...anak aku ni 'sihat' badannya dan cepat pulak berpeluh, jadi bila rambut dia panjang, mula la tumbuh bintik2 halus kat atas kepala dan mula la dia tergaru2..jadi aku pegi kedai potong pendek...lagipun pakai mesin tu senang, kalau pakai gunting payah, budak-budak, kepala dok gerak2 je....takut lain yang tergunting nanti..PARAH!
Dulu, cukup susah nak potong rambut dia ni. Asal pegi kedai gunting je melalak la dia. Takut ngan bunyi mesin tu....Terpaksala ayah dia duduk atas kerusi, letak dia atas riba dan ayah grip dia kuat2....habis dengan ayah sekali penuh ngan rambut...sekarang ni senang dah, asal panjang je rambut dia, mula la bising nak potong macam 'Mawi'....dah tak takut la sekarang. Dia yang offer diri nak potong rambut....



Hmm ni la dua wajah Amirul sebelum n selepas di'make over'....... apa apa pun...bulat tetap maintain...hehehe
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 19 December 2008

Macam-macam hal.....Part 1

Hmmm...betul la kata orang, orang mengandung ni banyak karenahnya, semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal, ... Aku pun tak tau la samada aku buat2 atau memang aku rasa macam ni.....tapi yang aku perasan, aku jadi semakin sensitif dan cepat sangat terasa...yang jadi mangsa.....tentu la suamiku...nasib la dia sabar dan nak layan karenah aku yang macam2 ni...kadang2 terasa macam mengada2 la pulak...tapi hakikatnya aku dah cuba nak tahan perasaan tu. Aku tau aku mesti menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada diriku. Perasaan aku agak terganggu(sensitif).

Yang terbaru, aku tak de selera nak makan masakan sendiri...pelik binti ajaib betul la...aku boleh masak..masak macam biasa, tapi bila tiba time nak makan, rasa loya n geli geleman tengok makanan tu. Sudah nya aku tak makan, tengok je suami dan anak aku, Amirul makan...pelik2....bukan dibuat-buat tapi memang tak boleh masuk masakan sendiri...Aku kira bernasib baik sebab rumah mertua aku dekat ngan rumah, boleh la ngada2 suruh mak mertua masak atau suruh adik ipar hantar makanan...malunyeeee...tapi nak buat macam mana, perut lapar....hahahaha. Nasib la mak mertua aku tu faham situasi aku dan jenis tak kisah orangnye....kalau tak mau dia reject menantu dia yang sorang ni..hehehe...
Ni la mak mertua aku...Pn Saodah bt Nin.....

Kesian pun ade aku tengok suami aku tu...kadang-kadang aku cepat naik marah...pantang ade hal yang tak kena mesti aku nak melenting...tapi lepas melenting tu, aku rasa menyesal yang teramat sangat sebab buat hal.....masa ni la aku rasa bertuah dapat suami yang sabar macam tu....hehehe..tapi ego seorang insan yang bernama NoorGie ni kadang2 tinggi melangit....nak cakap terima kasih kat abang(suami) pun susah....apa la aku ni yea....



Suami aku yang setia melayan karenah isterinya yang macam2 ni....buat abang....terima kasih banyak-banyak....kasih sayang abang tak terbalas rasanya...


Hmmmm macam2 cerita la.....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 9 December 2008

Inspirational Gift From Kak kamsiah.....tqvmuch...



Kak Kamsiah...thanks 4 all these inspirational words from u...semoga ukhuwwah antara kita terus berpanjangan...AMIN..

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...