klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Saturday 21 May 2011

banyaknya kelkatu lepas hujan

get rid of termites


eish I cukup kureng berkenan kat species ni..
kalau epas hujan je, mulalah mereka-mereka ni mengerumuni lampu-lampu [diwaktu malam]
kenapa aku tak suka kelkatu?
hehehehehe ada ke orang yang suka kelkatu?
aku tak suka sebab....

I geli tengok kelkatu dan
ade kelkatu yang bau busukkkkkkk sangat


yang paling tak bestnya setiap kali hujan malam mesti kelkatu banyak
lampu memang tak leh buka banyak2 sebab species ni memang berminat tahap gaban terhadap lampu.

kenapa agaknya ye kelkatu ni minat sangat pada lampu?

I cuba2 gak meng'google' nak cari sebabnya, tapi tak jumpa la pulak...
ade sorang mamat ni buat terjemahan sendiri kenapa kelkatu minat sangat kat lampu, di dalam blognya

Ni antara sebab musabab yang di'list'kan mamat ni
hahahahaha lawak, tapi ada logikanya kan

  • Nak rasa macam manusia yang suka bergembira di bawah cahaya lampu seperti di disko atau kelab malam. ;p

  • Tengah teragak-agak nak hinggap berhenti atau terus terbang kerana menyangka lampu sedemikian umpama lampu isyarat yang ada tiga warna.

  • Nak merasai sedikit bahang lampu untuk memanaskan badan dari kedinginan malam atau kesejukan selepas hujan.

  • Supaya senang geng-geng kelkatu dapat berkumpul di tempat yang mudah dicari.

  • Menuju ke arah lampu kerana sesat jalan atau sesat terbang, kira lampu ni umpama rumah api bagi kapal.

  • Jeles dengan kelip-kelip yang ada lampu kat badan. Jadi kelkatu buat lampu seolah-olah sarang diorang.

sebenarnya kelkatu ni ialah anai-anai yang bersayap

Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya selepas hari hujan, mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru.

ooooooooooooo gitu rupanya ye...
whatever...
yang pastinya malam-malam lepas hujan, I akan tutup tingkap rapat2 n minimakan penggunaan lampu supaya tetamu yang tak diundang ni tak masuk rumah I....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...