klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 31 May 2009

Hati seorang ibu...

Semalam semasa aku menyusukan Amzar, si abang Amir sibuk terlompat-lompat dan panjat-panjat kerusi...seronok agaknya dia. Baru je kebah demam..badan pun dah segar....suka la dia nak ber'power rangers' ber'ben 10'..ber'ultraman'.... Ayah berkali-kali mengingatkan dia supaya berhati-hati..manala tahu kan seronok sangat....tiba-tiba ntah macam mana, dia salah pijak dan jatuh, muka Amir terhentak pada coffee table [memang keras table tuh] dan meraung la dia. Aku memang terperanjat. Ayah terus terkam Amir, nasib baik cuma pipi dia je yang terhentak kat coffee table tu, dibuatnya kena hidung ataupun mata..eeish, tak nak la aku bayangkan.... Masa yang sama Adik pun menangis, sebab terkejut dengar raungan abang..keadaan kelam kabut dan kecoh sIket la.... Yang si abang pulak terjerit-jerit sakit dan nak Mama..... Mama jgn cakap la, air mata pun berjuraian sama bila tengok anak dalam kesakitan, terasa nak je sakit tu dipindahkan pada kita.....

Kesian Amir...bengkak pipi montel dia. Saat tu aku terbayang ibu-ibu yang kehilangan anak...lebih-lebih lagi berita 2 hari lepas, di mana seorang ibu terlanggar anak kandung sendiri semasa mengundurkan kereta...Masya Allah!! Tak dapat aku gambarkan kesedihan ibu itu....sedangkan aku, anak terhantuk meja pun serasa terbang separuh nyawa melihat dia dalam kesakitan....

Ya Allah selamatkan dan Kau peliharakanlah kedua-dua anakku...jauhkanlah mereka dari segala bahaya dan kecelakaan.....AMIN!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

3 comments:

  1. hmm mcm tu la gie..mcm nak nangis ja bila tgk anak2 dlm kesakitan...lbh2 lagi kalau ia berpunca dari kelalaian kita kan..

    ReplyDelete
  2. Amin. Kesian kat Amir. sekarang dah ok ke dia kak Gie?

    ReplyDelete
  3. kak kam..macam tu la....jie, alhamdulillah dah ok dah..cuma lebam blom hilang

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...