








Last 2 weeks, kami sekeluarga ke Muar Johor....Saja je nak release kan tension & melawat tempat yang belum lagi dilawati.....




Mee bandung & asam pedas....
Petang tu kami ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor...gambar2 ni masa kami memanjat Menara Pemandangan di medan Sabak Awor. Medan Ikan bakar ni, memang best!!..Macam2 seafood ada, fresh dan kita boleh pilih & tukang masak akan masak time tu jugak...satu lagi yang best kat sabak Awor ni, harga dia memang cukup murah la..bayangkan, 1 piring sotong celup tepung..[anggaran 4 ekor sotong sederhana besar] baru RM6.00..kalau makan kat warung biasa, mahu RM12 kot. Malam tu puas la kami sekeluarga makan seafood..ikan bakar...sotong celup tepung dan macam-macam lagi...semuanya baru berharga RM 26...masa nak bayar tu, terperanjat gak aku sebab memang murah berbanding tempat2 seafood lain yang pernah kami pergi, rasanya seafood kat Kg Umbai, Melaka pun tak semurah itu...so kalau berkesempatan ke Muar..singgah-singgahla ke Sabak awor ni yea..aku pun tak ingat sangat tempat ni di area mana dalam Bandar Muar tu...hmmm yang pastinya...ikut la signboard!!
Em...pilih-pilih...macam-macam ada!!





Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh. Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana untuk mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jadi mungkin setelah membaca info ini, cara terbaik ialah membelah dua batang kangkung dan membasuhnya dengan sempurna, sebelum kita mamasaknya...Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.
