klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Saturday 2 October 2010

LIDAH LEMBU ????

Sebenarnya jarang2 aku dengar orang makan lidah lembu.  Tapi lidah lembu nih memang 'favourite' aku.  kalau ke pasar dan nampak lidah lembu memang aku akan beli.  Alkisahnya, di Kota Tinggi ni, memang payah nak dapatkan daging segar.  Kalau ada pun menjelang hari raya je la.  Kebetulan, kunjungan aku ke pasar malam Kota memberi 1000 rahmat [cewah], sebab aku 'bersua' dengan lidah lembu...apalagi aku pun beli la...harga dia boleh tahan, sekilo RM16....

Lidah lembu yang aku beli ni, 1kg++, so kena lah aku bayar RM20...tak kisahlah, janji dapat peberet aku ni.

Ni la rupa lidah lembu.  Selepas dibersihkan..
lidah ni perlu direbus untuk seketika.  Kemudian bahagian yang
berwarna putih tu perlu dibuang.  Sebab bahagian tu agak
keras dan memang tak sesuai dimakan...(^_^)

Ni la ropanya lidah lembu yang dah siap dibersihkan dan dipotong2.
Nampak macam daging biasa kan?  Tapi bagi aku lidah lembu ni
lebih lembut dan sedap rasanya dari daging lembu biasa
Kalau dah dapat lidah lembu ni, aku akan goreng kunyit je...goreng style Terengganu.  Mula2 daging ni diperap dalam 15minit dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.  Lepas tu, masukkan dalam kuali dan biarkan sampai airnya agak kering [kalau rasa maam belum empuk, tambahkan lagi air].  Bila dah empuk dan air agak kering, masukkan minyak masak sesedap rasa [dalam 2-3 sudu besar...bergantung pada portion lidah tu].  Pastu goreng seketika....Sementara tu mayang 2 biji bawang besar, seinci halia dan 5 ulas bawang putih.  Dah settle semua....masukkan kedalam kuali [daging] tadi dan goreng, sampai bawang tu layu...pastu, masukkan kicap manis, lada sulah sesedap rasa.....kacau kacau kacau.....Siap!! Kalau aku, lidah goreng ni, aku makan dengan nasi putih panas2..kalau ade sambal belacan ngan ulam2...fuh lagi terangkat!!

Ni la ropa lidah goreng yang dah siap....Nyum2 delicious!!
So ni la hidangan untuk makan petang merangkap dinner hari ni!!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

1 comment:

  1. takut pulak tengok lidah lembu tu...selama ni makan tak pernah plak tengok betuk originalnya...main taram jer kan hahahaha paling best kalau makan sup lidah lembu!!!

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...