klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 31 January 2010

Jalan-jalan @ Tanjung Balau

Last weekend kami ke Tanjung Balau...kira-kira 35 minit dari rumah...saja je sebenarnya nak menghirup udara pantai yang segar dan bersih....sambil2 menenangkan fikiran yang mungkin agak berserabut memikirkan pelbagai hal yang berlaku disekeliling, samada di rumah atau di tempat kerja. Petang tu kali pertama Amzar menjejakkan kakinya ke tanah, bukan main seronok lagi dia....



Pantai Tanjung Balau ni sebenarnya agak bahaya dan tidak selamat untuk mandi dan berenang...tapi aku tengok ramai pengunjung yang mandi manda dikawasan sekitar pantai.

Amzar seronok dapat lepas bebas berjalan kat kawasan pantai. Walaupun masih lagi lesen 'L' tapi bersemangat betul dia..Jatuh..jatuh dia bangun semula.

Gelagat Amir yang jakun... tak pernah tengok lubang ketam...hehehhe lawak sungguh anak sulung aku ni, sanggup dia tunggu kat tepi lubang tu nak tengok 'crab' keluar. Last last dia penat & bosan, dijeritnya suruh crab tu keluar..!!!



Dah penat explore pantai kami berehat di wakaf-wakaf yang disediakan sekitar kawasan pantai sambil menikmati aiskrim [sedap jugak sesekali makan aiskrim bersama roti]

Hmmm ni yang paling aku tak suka, ade pengunjung yang memang 'kemproh' kata orang Jawa...atau pengotor...Pampers anak dibiarkan macam tu je kat atas pasir..apalah salahnya kalau dibuang di tempat yang sepatutnya...banyak tong sampah yang disediakan, tapi atas pasir jugak tempat di landing kan pampers ni, nasib baik lah tak ade najisnya..kalau tak....?#$&**&%$#...mmg kena sumpah ngan orang la tuan punya pampers ni.....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

1 comment:

  1. memang tak selamat pon kak gie....member saya dulu meninggal lemas di sini..tak silap tahun 1994...student smbe jugak..

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...