Dah hampir sebelas tahun bergelar "Teacher", hari ni hari bersejarah untuk aku...
Tengah menanda paper english trial SPM, tiba-tiba aku terjumpa satu kertas karangan bahasa inggeris yang ditulis [dijawab pleh pelajar] dalam bahasa melayu!!! Bukan sikit-sikit dia tulis...2 muka surat, dan hanya ayat pertama sahaja yang dalam bahasa inggeris...daripada karangan dia tu, nampak gaya macam dia faham soalan, tetapi mungkin dia tak mampu nak tulis dalam bahasa inggeris.
Selama sebelas tahun mengajar dan menanda kertas, inilah kali pertama aku terserempak dengan kejadian sebegini...
Adusssss.....sakit kepala...!!! Selama ni apa yang aku ajar tak masuk dalam kepala dia ke???Sedangkan, sebelum peperiksaan, dah banyak kali buat ulangkaji n banyak contoh2 karangan yang dah aku buat bersama pelajar dalam kelas... At least tak dapat tulis panjang, tulis sikit pun jadi la....
Mula2 nak je aku scan kertas jawapan budak tu..and publish kat sini, tapi fikir2 balik kesian pulak.....tak pe lah...
Lepas ni kena fikirkan cara untuk elakkan pelajar ni buat perkara sama, especially semasa Exam SPM..
Agaknya ada kesilapan aku sebagai Teacher dia ni...kena kaji semula...
Teacher Gie ~kena buat sehabis BAIK!!
ramai budak dah jadi orang pandai kan kak
ReplyDeleteBuat post mortem dengan segera. Mood menjawab hilang, mungkin tak sahur?
ReplyDeletetu la mr som...nak kata saya ni tak ajar...budak tu sorang je yg buat camtu, yg lain jawab la jugak w/pun x brapa nak puas hati..ok la ngan standard diaorang [bukan kelas depan la]..nampaknya kena jumpa budak tu la n tanya apa masalah dia...
ReplyDeletehehehe..ye la b.r.u.t.a.l.s.o.l.o..jadi pandai..pandai kelentong!!
ReplyDeletesenang jer kak gie, suruh depa hafal format esei macam hafal lagu...itu yg budak chinese, japanese, dan korean buat kat sini....hafal hari2 sampai muntah...hehehehe
ReplyDeleteshays..mmg itu yang akak buat..coz diaorang ni budak kelas belakang la kan...bukan nya panjang pon karangan tu, dalam 3 perenggan je..dah la tu, mmg takuk tu keluar dalam exam...tp knowing my studnts..i think they did not do it...diaorng cepat putus asa n think dat english is hard..so, ini lah resultnya..
ReplyDelete