klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Friday 2 May 2008

POT LUCK DAY

Today, pot luck day at my school…..banyak la juadah2 yang disediakan & dibawa oleh kawan2 ke sekolah. Biasanya pot luck ni diadakan selang 2-3 bulan sekali…ikut keadaan la. Seronok buat pot luck ni. Pot luck ni maksudnya setiap seorang mesti bawa satu jenis juadah dari rumah. Tak kira la lauk-pauk ke kuih-muih ke, ataupun buah-buahan dari rumah. Jadinya pada hari pot luck ni banyak dan bermacam-macam jenis juadah dapat kita lihat dan rasa.

Biasanya hari pot luck, tak de la cikgu-cikgu nak jenguk kantin (Bosan jugak kalu hari2 asyik mee & meehun goreng je jadi sarapan). Mau tak, masakan yang dibawa dari rumah oleh cikgu-cikgu kat sekolah ni power2 belaka….ada roti jala, nasi goreng kerabu, nasi goreng pedas, kari ayam, popia basah, sandwich, sambal udang, ayam masak asam pedas, pelbagai jenis kek..…..huh nak sebut semua, banyaaak…pendek kata, semua cikgu yang ada kat sekolah dapat merasa & makan 2-3 kali ulang, itu pun banyak lagi yang lebih, siap boleh bungkus bawa balik.



Antara juadah-juadah yang dibawa oleh kawan-kawan aku
ke sekolah pada hari pot luck

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...