klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Thursday 8 January 2009

Macam-macam Hal...Part 2

Betul lah kata kawan-kawan aku, orang mengandung ni macam-macam dugaan yang perlu ditempuhi.....lain orang, lain pengalamannya....lain anak, lain pengalaman mengandung dan bersalinnya...

Entry kali ni aku nak mengajak pengunjung berkongsi satu pengalaman yang aku rasa agak menjengkelkan.....membengangkan...dan sedikit melucukan.....

Cerita ni bermula pada minggu lepas........aku jatuh tersungkur 2 kali, nasib baik lah tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi pagi semalam, kira-kira jam 3.30 pagi aku merasakan sakit yang teramat di bahagian 'tongkeng' (punggung) dan bawah ari-ari apabila aku bangun nak membuang air kecil.....panik gak aku sekejap. Ingatkan dah nak bersalin....tapi, bila aku rasa sakit tu bukan sakit nak bersalin, aku biarkan saja dan menyambung tidur. Bila aku bangun tidur jam 6 pagi dan bersedia untuk ke sekolah, rasa sakit tu masih terasa dan aku menghadapi kesukaran untuk berjalan. Bila aku melangkah, aduuuuhhh sakitnya Tuhan je la yang tahu. Jalan pun ala-ala penguin gitu, pelan-pelan dan terkedek-kedek. So nak dipendekkan cerita, MC la aku semalam (best gak relax kat rumah).

Dan hari ni, bila aku ke Hospital Daerah Kota Tinggi untuk rawatan susulan, kerana sakit tu masih terasa, aku ke klinik pesakit luar untuk mendaftarkan diri (sepertimana disuruh oleh nurse di KK Waha, ini kerana aku belum ada tanda2 nak bersalin dan tak perlu ke wad bersalin). Setibanya aku di sana nurse tu bertanya..."akak nak bersalin ke? dah keluar tanda?". Aku pun menerangkan la situasi yang sebenar dan aku ni datang bukan kerana aku nak bersalin, tetapi kerana nak dapatkan rawatan susulan dan berjumpa doktor kerana sakit di bahagian 'tongkeng' aku ni masih berlarutan dan aku menghadapi kesukaran nak berjalan (dalam bahasa senang, aku nak MC la sebab tak ke sekolah...). Nurse tu terus suruh aku ke wad bersalin kerana aku dah mencecah 36 minggu mengandung....Sekali lagi aku menegaskan yang aku ni belum nak bersalin....Dengan muka yang agak kelat-kelat pahit, nurse tu berkata, "Ye kak saya tahu, bukan nak suruh akak bersalin, tapi kami tak boleh terima akak sebab akak dah 36 minggu mengandung"....... So aku pun ke wad bersalin. Sampai kat sana, sekali lagi aku ditanya soalan yang sama, ..."akak nak bersalin ke? dah keluar tanda?". Dan aku menerangkan sekali lagi penerangan yang sama....Kata nurse tu, "nanti ye kak saya refer pada staff nurse". Menunggu la lagi aku selama lebih kurang 15 minit. Kemudian nurse tu keluar dan berkata kepada aku, "maaf ye kak, akak kena ke tempat daftar pesakit luar, dan daftar kat sana, kami tak boleh terima akak, sebab akak belum nak bersalin lagi"..." PULAK"kata aku dalam hati.....dah ke sana disuruh ke sini, kat sini pulak suruh ke sana....ADUHHHH.

Bila aku ke tempat daftar pesakit luar, aku di tanya oleh salah seorang Medical Assistant (MA) kat situ, "Kenapa tadi awak tak bagitahu yang awak ni belum nak bersalin...ingatkan awak nak bersalin, sebab tu kami suruh kesana"....Aku dan suamiku saling berpandangan...Aikkkkk!!!! salah kami ke......seingat aku tadi aku dah terangkan panjang lebar pada nurse tu situasi aku yang sebenar.....Hmmm aku dah mula bengang kerana 'ditolak' ke sana sini. Tapi mengingatkan yang aku ni mengandung dan nurse tu mungkin penat (penat ke??...baru jam 8.30 pagi), aku diamkan la. Bila nurse tu ambik buku mengandung aku, dia suruh aku duduk....aku pun duduk la menunggu nama aku dipanggil...time tu sakit kat bahagian 'tongkeng' ni tak payah cerita la.......tahan je la.

35 minit berlalu, nama aku masih belum dipanggil...hairan bin ajaib nih!! Aku pun menyuruh suamiku bertanya kepada nurse yang tercongok kat situ. "Tak dengar ke nombor akak dipanggil tadi, kan saya dah bagi nombor kat akak tu tadi. Nombor akak ni 508, nanti masuk bilik no 3, buku rekod mengandung ni letak dalam bakul kat luar pintu bilik"...katanya dengan muka yang masih kelat-kelat masam...Aikkkk bila masa dia bagi aku nombor giliran...tadi dia suruh aku duduk je...Alahai.....Episod menunggu bermula lagi.......

Selang 20 minit, aku melihat nurse tadi terkocoh-kocoh ke bilik no 3 dan mengambil buku pink, rekod mengandung aku tadi, dan memanggil nama aku.....Kali ni dengan muka yang agak manis (tahu la tu dia silap), nurse tu berkata..."sorry ye kak, bukan bilik no 3, akak kena jumpa doktor, masuk bilik no 1 ye"......Eeeeeeee...... Perkhhhhh...kesabaran aku rasanya dah sampai tahap maksima dah ni, kalau ikutkan hati nak je aku 'sound' nurse tu, tapi bila toleh kiri kanan, banyak mata yang memerhati, aku sabarkan je la.....

Akhirnya. Selepas lebih kurang 2 jam menunggu (dari jam 8 pagi sampai 10 pagi), baru lah aku dapat bertentang mata dengan doktor dan menceritakan situasi sebenar dan masalah yang aku hadapi.......doktor suruh aku banyak berehat dan mengelakkan kerja2 berat. Katanya sakit tu mungkin kesan aku jatuh tersungkur 2 kali (sekali kat rumah akibat tersepak toto anak aku minggu lepas dan kali ke 2, selang sehari selepas tu. Kali ni kerana kecuaian aku masa berjalan balik dari mesyuarat sekolah), dan juga kerana kehamilan aku dah sampai ke minggu-minggu terakhir, di mana baby pun dah turun kebawah dan membataskan sikit pergerakan aku. Tambahan pula dengan tugas aku sebagai cikgu yang memerlukan aku naik turun tangga untuk ke kelas, menambah beban dibahagian tersebut. Aku diberi MC 2 hari dan disuruh berehat di rumah.....

Hmmm itu lah cerita aku hari ni.....rasa bengang dan jengkel sebab 'ditolak' ke sana sini macam bola......lucu pun ada, sebab salah faham yang berlaku.....selain dari tu kawan2 pula sibuk hantar sms, bertanya khabar kerana menyangkakan sudah tiba masa untuk aku melahirkan...


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. hospital kerajaan kannns.. siannyerrrr

    ReplyDelete
  2. ermm mmg la. Nak buat mcm mana saya ni kakitangan kerajaan kalau nak dapatkan MC kebih dari 1hari kena ke hosp kerajaan baru approved...

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...