klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Friday 27 March 2009

Pengasuh Oh Pengasuh

Hmm macam ni la kalau mama yang bekerjaya ni...habis bab bersalin & pantang, timbul pulak la bab mencari pengasuh untuk baby bila maternity leave dah nak sampai ke penghujungnya. Time Amir dulu senang dapat pengasuh..Mak student aku sendiri Harliyana. Memang aku cukup bertuah dapat Mak Cik Painah ni sebagai pengasuh Amir. Keluarga Imam Haron (Simpang Waha) ni memang anggap Amir macam cucu sendiri, malahan kami sekeluarga dianggap macam keluarga sendiri......pendek kata aku dan suamiku memang berpuas hati la dengan 'servis' yang diberikan oleh keluarga ni......tambahan pula Makcik Painah ni belum ader cucu, jadi Amir ni memang dimanjakan sangat-sangat oleh semua anak-anak Makcik Painah ni.

Bila time Amzar, aku ingat nak hantar kat Makcik Painah jugak la...tapi aku terkilan. Harapanku kaciwa....Makcik Painah tak dapat nak jaga Amzar sebab anak sulungnya, Ayu (Amir panggil Along) pun bakal melahirkan anak sulung bulan Julai nanti. So kata dia, dia tak boleh la nak jaga 2 baby serentak. Aku pun faham situasi makcik ni. So aku kena la cari pengasuh baru.

Nak cari pengasuh bukannya senang. Ye la, kita nak tinggalkan anak kita pada orang kena la cari orang yang bertangungjawab dan bagus...sedap mata memandang...baru la senang hati nak tinggalkan anak kita kat dia...

Sampai sekarang, aku belum jumpa calon pengasuh yang sesuai...dah interview 4-5 orang yang sesuai, tapi masing-masing tak dapat nak penuhi 'jawatan' tu...ader yang nak jaga cucu, ader yang nak buat kenduri kawen, ader yang nak ambik upah menjahit..(macam-macam ada!)

Jumaat depan aku dah nak kerja..pengasuh belum ada!

Adoila....Macam mana ni!


Nenek Painah & Along masa wedding Along, Jun 2008


Amir with Kakak Elly & Kakak Wani


Kakak Elly, Kakak Wani, Abang Atan & Amir...kenangan Hari Raya 2008

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...