Kalau dalam entry sebelum ni aku berkongsi pengalaman tentang botol tanpa BPA, dalam entry ni aku nak berkongsi pulak mengenai kebersihan botol susu anak..... Bila melahirkan anak yang kedua ni, aku agak sensitif tentang botol yang digunakan oleh anak aku..ini kerana aku tidak dapat nak breastfeed anak yang ke dua ni, so kerana tu aku nak berikan yang terbaik untuk dia. Kalau botol kurang bersih, maka susu yang masuk ke dalam mulut dan perut anak aku pun kureng bersih la....
Dari pengalaman aku sendiri, aku pernah nampak botol susu dan puting susu yang 'berkerak' dengan sisa2 susu yang tidak dicuci sepenuhnya, bahagian tepi penutup botol, berdaki hitam, ...eish geli geleman aku dibuatnya. Aku sentiasa pastikan botol anak, dicuci bersih dan disterilkan setiap hari.

Tak salah kita berhabis dan susah sedikit demi anak-anak.....buat masa sekarang, aku memang tak tinggalkan botol anak di rumah pengasuh...bukan aku tak percayakan dia, tapi aku lebih senang memastikan kebersihan botol susu anak aku terjamin dan yang penting, botolnya di sterilkan setiap hari.

Puas hati kan kak gie, kalau dapat kita pastikan yg trebaik utk anak2. Saya alhamdulillah setakat ni ada rezeki boleh bresatfeeding anak2. Nanti bila masuk keje semula, nak kena pikirkan jugak la pasal nih.
ReplyDeletetu la kin, mmg nikmat kalau dapat breastfeed anak2..
ReplyDelete