klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Saturday 10 July 2010

Seminar Dakwah & Kepimpinan JAKIM @ SMKBE

Hari ni, hari Sabtu....dikala pekerja-pekerja kerajaan yang lain berehat, dan bercuti hujung minggu; aku dan rakan-rakan guru yang lain. berada di sekolah sepanjang hari, menjalankan tugas sempena seminar anjuran JAKIM. Hmmm agaknya kalau cikgu-cikgu bising sebab tak dapat elaun OT, bila kerja lebih masa, mau gamat satu Malaysia ye! Apa nak buat, dah tugas kita, kita jalankan la dengan sehabis baik.

Seminar anjuran JAKIM ni khusus menjurus dan membincangkan permasalah remaja 'zaman sekarang'. Kalau ditolak, darab, campur dan bahagi; memang pelajar SMKBE perlu didedahkan dengan pengetahuan sebegini dan membentuk sahsiah mereka sebagai pelajar dan individu yang baik.

Yang bestnya segala perbelanjaan ditanggung beres oleh pihak JAKIM. Pihak sekolah hanya menyediakan tempat dan tenaga kerja dikalangan guru-guru je. Pelajar yang mengikuti seminar ini, bagi aku sangat bertuah kerana mendapat pengalaman dan pengetahuan baru.

Gambar-gambar sekitar majlis. Tahniah buat semua peserta, kerana tahan dan sabar menunggu dari jam 7 pg hingga seminar tamat sekitar 5.20 ptg. Tahniah juga kepada semua guru yang terlibat. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...