klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Friday 9 July 2010

Kem Motivasi MPP @ Batu Layar

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga ke Batu Layar Beach Resort. Sebenarnya aku lebih kepada nak mengajak family bercuti, santai2 ke Batu Layar, kebetulan pelajar MPP [Tingkatan 6], ada kem motivasi disana, so aku pergilah bercuti merangkap guru pengiring. Amir pun duk cakap nak mandi laut je, tapi aku agak terkilan, kerana cuaca sepanjang 2 hari aku di sana tak mengizinkan Amir mandi laut sepuasnya.....sempat la Amir mandi dalam 30 minit, sebelum hujan turun, petang sabtu dan berterusan sehingga tengahari hari Ahad. Amir memang cukup kecewa, tapi apa nak buat....

Tapi alhamdulillah, walaupun cuaca hujan renyai2 namun segala program yang dirancang berjalan dengan agak lancar. Kekecewaaan Amir aku ubati dengan janji untuk bercuti sekali lagi ke tepi pantai [mungkin ke Pantai Air Papan, Mersing] yang aku tak tahu bila akan dapat aku penuhi...untunglah Amir dapat menerima janjiku itu dan kekecewaannya berkurangan....harap2 Allah dapat makbulkan janjiku kepada Amir..Insya Allah..


Sebahagian chalet2 yang terdapat di Batu Layar Beach Resort...Chaletnya bertaraf 2 bintang . Dan bagi yang mementingkan keselesaan dan 'kemewahan', rasa aku ini bukan tempatnya. Bilik yang disediakan serba sederhana dan hanya terdapat 1 saja warung disekitar kawasan chalet ni.

Amir hanya dapat berkubang selama 30 minit saja
sebelum hujan turun renyai-renyai.
Kesian anak mama ni....huhuhuhu....tak pe, lain kali kita mandi laut lagi ye!

Gambar-gambar kenangan sepanjang percutian pendek kami...

Pesta 'Tepung" dan acara tarik tali GIRL Vs BOYS....
riuh dan gamat budak2 ni semua...Cikgunya pun turut sama naik 'sheikh'!

Malam ke-2 pelajar di kem ini.
Sedang menunggu ayam dan ikan "barbeque" siap

Nyum2.....Sedap!!

Sekitar upacara penutup yang disempurnakan oleh
Pengetua SMK Bandar Easter Cik Hajah Radhiah binti Suliman

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...