klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Wednesday 15 December 2010

MENGEMAS ~ ADUHHHH PENATNYA


Sebelum 25 Disember 2010 aku kena kemaskan segala barangan yang ada kat dalam rumah lama aku ni untuk dibawa ke rumah baru [bermulalah kehidupan baru 2011 di DUNGUN].  So apa aku nak buat yea supaya dapat mengemas dengan efisyen....

So first part kena la aku buat yang ini dulu

Kemaskan dulu barang-barang yang aku nak bawa dan mulakan dengan barang-barang yang paling jarang kita digunakan. 
So aku akan ada banyak masa untuk  "sort" barang2 yg aku ada. Pakaian kerja dah masuk kotak, tinggal baju2 nak dipakai seharian je. Kalau ada barang2 yang aku dah tak nak pakai, bolehlah aku buang atau sedekahkan.

Masukkan barang-barang dalam kotak so senang nak bawa. Pastikan kota dilabel supaya senang nak cari barang bila nak "unpack" nanti
Mata aku melilau je tgk kedai2 yang kotaknya "menimbun". susah nak cari kotak sekarang, kalau ada pun kena beli...sebab kotak boleh dijual kat recyle centre....

Barang-barang yang senang pecah kita bungkus dengan suratkhabar dulu sebelum dimasukkan dalam kotak
Banyak jugak pinggan mangkuk, cawan gelas yang nak dibawa.. Ada yang masih dalam kotak [hadiah kawin dulu pun ada lagi yang belom diguna] Tinggalkan barangan yg diguna seharian je....yang lain, masuk kotak!!

Kategorikan barang mengikut penggunaan dan jenis barang.  Labelkan setiap kotak
Ni memang penting sebab senang nak kemas balik nanti, kita tahu kotak mana nak bukak dulu dan apa barangan yang ada dalam setiap kotak.


"Seal" pintu almari dengan selotape, so bila diangkat tak le pintu2 almari tu terbuka dan menyebabkan kerosakan
Walaupun almari tak banyak tapi kenalah ambik peringatan, perjalanan barang2 tu bukannya dekat ~ JOHOR - TERENGGANU ::: ALMOST 7 HOURS

Sewa lori yang berpadanan dengan barang2 yang nak dipindahkan
Nampak gaya macam aku kena sewa lori panjang gak ni...10 tahun punya barang...adussssss...

Sebelum memindahkan barang bersihkan dulu rumah baru yang akan dihuni.
Hmmmm rumah dah dapat, tapi kuncinya belum dapat [Tuan PPD Dungun nak jumpa kami sendiri untuk serahkan kunci rumah...dah la kami kena tunggu time dia free...kata kerani bahagian perumahan "PPD Encik Z cuma free lepas 25 Dis je cikgu, lepas tu baru boleh arrangekan nak jumpa dia" Adussss....bila nak pindah barang ni, nak basuh rumah, nak masukkan api & air] Semoga Allah permudahkan urusan aku nanti. Amin

Selesaikan part pertama ni dulu --------->> Part 2 akan menyusul nanti


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...