klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Friday 24 December 2010

SMS TIPU


Pulang bercuti di rumah ayahbonda di Terengganu minggu lepas saya dikejutkan dengan 1 sms dari 1 nombor yang agak panjang....

"Ini ayah. Sekarang ayah ada di balai polis. Tolong belikan ayah 'top up'  RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, jangan telefon nombor lama, dah tak boleh pakai. Ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."

Sedikit terperanjat sebab masa tu memang ayah I tak de kat rumah. Dia keluar, katanya jumpa kawan. Cuak jugak I sekejap.  Tapi sebelum top up, kena lah pastikan dulu kan. Cepat2 no ayah di dail... Ternyata SMS tu SMS TIPU!!! Alhamdulillah Ayah I tak de pape...tengah meninjau2 keretanya di workshop.  Lepas tu I pun kupakan la hal tu....

Hari ni, satu berita sudah keluar la......JENG................ JENG............ JENG

SMS tipu minta tambah prabayar



SMS yang meminta mangsa menambah nilai prabayar.



KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."
Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Eish...Eish!! macam ni punya orang pun ada ke dalam dunia ni. Kalaulah dibuatnya penerima SMS tu ada sakit jantung ke apa ke...dan terpercaya pulak dengan sms ni, mahu "sellamat" la penerima SMS tu...
So jangan cepat terpedaya ye..manusia zaman sekarang ni macam2 cara dibuat untuk mendapatkan duit.

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...