Petang semalam, kami ke Bandar Kota Tinggi. Niat di hati nak berbuka kat luar la. Masya Allah...penuh sesak Bandar Kota....dari mana lah datangnya semua umat manusia ni...tempat yang paling sesak...depan Pasaraya KINI. Di tepi Dataran Kota Tinggi. Masya Allah, kereta sampai parking berlapis-lapis, dah la gitu suka hati je nak masuk parking tu...ade yang bontot kereta terkeluar dan mengganggu perjalanan lalulintas, ade yang parking je dekat laluan kenderaan...kereta dia je yang tertunggok kat situ. Orang nak lalu pun susah. Separuh jalanraya dah jadi tempat parking kereta...disebelah kiri pulak [tepi sungai Kota Tinggi] dah sesak dengan pelbagai gerai menjual macam-macam keperluan hari raya. Sayang betul aku tak bawak kamera bersama, kalau tak boleh aku tunjukkan kesesakan di bandar Kota Tinggi [ nampaknya orang Kota je la yang dapat bayangkan kesesakannya]
Aduhai niat dihati nak jugak jengah2 kawasan jualan tu...tapi mengenangkan ramainya umat manusia dan susahnya nak dapat parking...kami balik je lepas berbuka dan solat Maghrib...Hmmm, nampak gayanya, Kota Tinggi kena tukar nama jadi Kota Sesak....
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)