klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Thursday 4 November 2010

TEH BUNGA @ CHRYSANTHEMUM TEA

Petang semalam, ntah kenapa tekak aku teringin nak minum teh bunga. Bukan yang dalam kotak tapi teh bunga yang betul2....... bukan yang cobaan.  So singgah lah kami di kedai membeli teh bunga. 

Sedikit informasi yang aku dapat setelah "menyelusuri" MR GOOGLE, dalam mencari maklumat tentang teh bunga ni ~ 

Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Namun begitu, bagi sesetengah negara di Eropah dan Jepun, bunga ini melambangkan kematian dan hanya digunakan dalam pengebumian atau diletakkan di atas kubur. Bagi masyarakat Asia terutamanya negara kita, bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum. 

Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Bunga ini mengandungi khasiat yang dapat bertindak untuk menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari. Bunga kekwa juga sering digunakan dalam perubatan cina untuk mengubati beberapa jenis penyakit termasuk pemulihan demam selsema. Bunga kekwa yang dibuat teh dikatakan dapat menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk mengubati demam dan meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata.

Rupa-rupanya banyak kegunaan dan khasiat teh bunga ni yea. Bagi aku kalau air teh ni, sekadar manis-manis buah je la...Bila dibuat air, rupa-rupanya, hanya aku je yang minat nak minum teh bunga ni.  Yang lain semua nya menolak teh bunga...pelik agaknya ye rasa teh bunga ni. Tapi aku suka sangat bau aroma teh bunga kekwa .....Biarlah...aku sorang yang minum pun tak pe lah...janji sedaaappppp.

lagi info teh bunga ----> SINI


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

4 comments:

  1. Gie - Klu Gie tapiskan bunga2 tu dan asingkan...maybe I boleh minum kot... hehe. My Sis sibuk je suruh I tanam bunga telang (yg warna merah tu bunga telang kan?) buat minuman.. sedap kot gaknya & berkhaisat.

    ReplyDelete
  2. MM, I mmg tapis pun bunganya sebelum diminum..hehehe... Bunga talang?? Eish,sorry lah..I tak kenal la MM...hehehe buta bunga

    ReplyDelete
  3. boleh ajer kak gie :P wah sekarang kak gie memang sangat update dengan healthy lifestyle...keep it up!

    ReplyDelete
  4. ala shays...bila umur makin meningkat 'muda' ni kena la health conscious sket huhuhuhu

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...