klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday 22 March 2011

cacing..............!!!

Biasalah kan, kalau ada anak kecik ni, macam-macam masalah kesihatan akan kita tempuhi..demam lah, campak lah, kembung perut lah, batuk lah..dan macam2 'lah' lagi lah!! Bak kata seorang doktor yang I kenali kat Kota Tinggi, 
"biasalah cikgu, kalau ada anak macam ni lah..
kita kena banyak  sabar" 

Tu la kan, memang kena banyak sabar lah, bila ada anak ni, macam2 ragam perangai mereka. Kadang2 bila balik dari kerja tu, badan tengah penat, anak buat perangai...huiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...... pannasss je kan!!!!

Berbalik pada tajuk entry I malam ni, C.A.C.I.N.G..

I tak sanggup nak letak gambar
cacing kerawit yang betul2...GELI!!!
So letak gambar cacing yang cute ni bolehla yea!
Sebenarnya Amzar baru je makan ubat cacing lepas maghrib tadi, n lepas lebih kurang 30min, dia "melepaskan" hajatnya...& surprisingly, terdapat ulat2 halus dalam najis Amzar ~ cacing ke? Agaknyalah....berkesan jugak ubat cacing tu yea!

Kenapa I bagi Amzar ubat cacing? I ni ikut petua orang tua2, katanya; kalau anak tak selera makan, badan lemah, muntah2, mata kuyu dannnn.......tidur menonggeng ~ makanya anak tu 'kecacingan' dan perlu diberi ubat cacing!! Tapi bukan tu saja sebabnya, memang sepatutnya ubat cacing diberi setiap 6 bulan sekali...so masa dah time sebenarnya untuk Amzar take the next dose of ubat cacing ni.

Apa 'kecacingan' tu sebenarnya????
Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus. Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan. Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama. Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera. 

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

    * Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
    * Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
    * Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
    * Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
    * Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
    * Demam, ruam-ruam badan, alahan
    * Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :-

   1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
   2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
   3. Potong kuku pendek
   4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
   5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
   6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
   7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
   8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
   9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada



Apa pulak akan jadi kalau masalah kecacingan ni dibiarkan berterusan....


Masalah cacing yang tidak dirawat menyebabkan pelbagai komplikasi, antaranya masalah kekurangan darah kerana cacing boleh menghisap darah dalam usus. Cacing kerawit misalnya, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus. Masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Jenis cacing 

Jenis cacing
Tanda-tanda penyakit
Cacing kerawit
(ancylosotomadoedenali necator americanus)
Anemia (pucat yang disebabkan oleh kehilangan darah), tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing.
Cacing gelang 
(ascaris lumbricoides, ascaris suum)
Tiada masalah padda jangkitan rendah, sakit perut, cirit-birit, saluran pemakanan tersumbat, tindak balas alergi.
Cacing rambu 
Enterobius vermicularis
Tidak hadam makanan, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur, aktiviti garu boleh menyebabkan jangkitan.

So buat rakan-rakan...kalau anak2 tidur menonggeng tu, ingat2lah bila kali terakhir anak diberi ubat cacing. Agaknya lah, bila waktu anak tidur tu cacing yang menghuni perut & ususnya, mula keluar dan parking dikwasan sekitar dubur anak dan menyebabkan kegatalan terutama di kawasan punggung...so anak tidur menonggeng untuk mengurangkan kegatalan...Agaknya lah...wallahualam.....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. Teringat kecik-kecik dulu lari apabila nurse nak bagi ubat cacing di sekolah.

    ReplyDelete
  2. :)
    MSOM...sekarang ni kena lah alert ngan anak2 kan...ubat cacing sekarang rasa sedap..anak Gie tadi, siap mintak lagi lepas habiskan 1 botol kecik tu

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...