klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Monday 21 March 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Walaupun macam dah late entry ni, tapi, aku tak kira nak jugak write tentang Hikayat Merong Mahawangsa [HMM] ni.  Cuti sekolah yang lepas, I berpeluang la nak menonton filem yang dikatakan superb. Well, what I can say is, memang tak rugi menonton filem HMM. Boleh dikatakan 70% filem ni dalam English..so mmg bleh diangkat ke skrin antarabangsa. I sangat-sangat kagum dengan usaha KRU dalam menghasilkan sebuah filem epik selepas filem Puteri Gunung Ledang [PGL]. Lebih 2 jam dalam panggung, sejuk....sangat, jadi berbaloi bila dapat tengok hasil sebegini.  Cuma yang nampak kelemahan adalah dari segi pengucapan dan penghayatan Stephen Rahman bila dia cakap "Melayu". Nampak sedikit kaku...tapi time dia cakap omputehs, nampak la penghayatan dan kehebatan lakonan "Si Merong"!!



Lagi satu yang I rasa macam kurang sikit; is pada ending dia..Ending, menunjukkan Raja Pra Ong Mahawangsa [Sultan Mudzaffar Syah] berjalan dan melihat2 Empayar kerajaan Kedah [pelabuhan Kedah]...Scene tu ditunjukkan kejap sangat lah...kalau dia extend lama sket barulah terasa impaknya [wah lebih-lebih plak I komen yea]. Yang I perasan jugak teknik Green Screen yang dipaparkan KRU masi ada kelemahan n nampak sedikit kaku la, tapi apa pun usaha KRU itu sangat2 membanggakan; dan di doakan tak lama lagi KRU dapat menghasilkan filem yang setanding dengan filem barat. Sekalung tahniah dan syabas buat KRU yang berjaya mengangkat kisah epik ini menjadi sebuah filem yang hebat.  

Yang membanggakan I pulak, ialah beberapa babak di dalam filem ini di'shoot' di bumi kelahiran I--->bumi TERENGGANU. 2 lokasi yang dipilih oleh KRU untuk shoot tepi pantai ialah Pantai Keluang, Besut & Pantai Pandak Chendering, Terengganu. Betullah kata slogan :::::TERENGGANU ~ Negeri Cantik Budaya Menarik:::::



Pemandangan menarik Pantai Keluang

Gambar kapal Merong ~ Shoot diambil di Pantai Bukit Keluang


Shoot di Pantai Pandak ~ Rumah2 di kawasan lanun "Geruda"

Scene di Pantai Pandak

Aduhai..........Tak terkata lah bab gambar ni...
:: "Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama ::

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. Sejuk ke panggung? JJ Tebrau punya panggung dah normal sikit dah skrg ni.. maybe sebab I asik mengeluh sejuk2 tak sudah dlm blog kot... haha.. ya je.

    Ttg filem.. I rasa memang kita patut berbangga dgn KRU sbb telah mencetuskan kelainan dlm industri perfileman negara. Klu dibanding dgn cicak man rasanya HMM jauh lebih ok kot. Bukan mudah utk melahirkan filem epik yg meraih minat penonton (melainkan zmn2 P.Ramlee dulu). Mudah2an ini sbg pemangkin kpd produser2 lain utk saling bersaing dlm melahirkan filem2 yg lebih bermutu & setanding dgn filem luar.

    ReplyDelete
  2. MM i pi tgk masa balik Kota Tinggi cuti sekolah yg lepas....tak gi JJ tebrau pon, Gie pegi TODAYS MALL yg kat Tiram tu je...seeeejukkk sangat...agaknya sebab tu cinema baru kot..gegel2 I MM....

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...