klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Friday 18 March 2011

kejap je dah nak habis dah??????????

haaaaaa hari ni dah JUMAAT ke?

Alahai sekejapnya masa berlalu...
betul lah kan, dunia dah semakin uzur, 
masa dah semakin suntuk & singkat 
bangun pagi kul 6...tau2 dah jam 10 pagi..cepat sangat berlalu masanya.
baru je nak enjoy time cuti...tup tup..cuti dah nak sampai ke penghujungnya.
memang I je ke yang berperasaan macam ni, @ uolls  pun sama?

Apa la teacher ni yea...merungut pulak! 
dapat cuti seminggu pun dah cukup bagus [reminder untuk diri sendiri]
Hmmm...this Sunday, bermulalah era baru di sekolah...
sematkan dalam hati.."school is fun"

WorkS to come ~ 
  • marking.......marking....and marking
  • preparation for teaching
  • worksheet for students
  • completing the panel files
  • completing the PBS files
  • preparation for PIBG Meeting
  • preparation for extra classes
  • Extra classess
  • bla bla bla bla...neverending list  :) 
Ramai sebenarnya yang tak tahu,

CIKGU zaman sekarang, tak sama ngan cikgu zaman dolu-dolu....
Dulu ade la didengar2 bahawa 1 jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mengkaji sejauh mana beban kerja guru, semua guru tentunya berharap agar hasil kajian jawatankuasa ini nanti akan mengurangkan atau membuang terus kerja atau tugas yang tiada kaitan langsung dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Masa terluang guru di sekolah sepatutnya dapat digunakan untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran untuk meningkatkan prestasi pelajar dan bukannya membuat kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan oleh kerani sekolah.

Tugas para guru sebelum ini hanyalah mendidik dan mengajar pelajar menjadi manusia yang cemerlang, berakhlak dan berpengetahuan dalam pelbagai perkara. Hasilnya, ialah pelajar-pelajar yang cemerlang dan berakhlak serta berketrampilan untuk menjadi pemimpin. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini guru-guru telah dibebani dengan pelbagai tugasan atau kerja yang tiada kaitan langsung dengan pendidikan.

Guru sekarang adalah segala-galanya. Akibatnya ada guru yang kadang-kadang terpaksa meninggalkan kelas (tidak masuk kelas) kerana tugasan luar yang diberi perlu disiapkan dan dihantar segera kepada Guru Besar/Pengetua atau Pejabat Pelajaran Daerah. Hasilnya, murid-murid terbiar dan kadang-kadang berlaku pergaduhan di kalangan pelajar kerana ketiadaan guru di dalam kelas. 
Yang penting, kerja biar dengan se ikhlas yang boleh...
tabahkan hati, kuatkan azam....dah ini punca rezeki I kan....
ni la punca $$ yang nak digunakan dalam kehidupan seharian...nak bagi anak makan...nak beli barang-barang keperluan..nak buat belanja sehari-hari

Apa-apa pun ~ Ahad 20 Mac 2011..sama-samalah kita ke SEKOLAH

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

6 comments:

  1. Kadang2 saya lebih suka hari sekolah.

    Tak banyak duit habis.

    Cuti ni, macam2....

    Selagi belum pencen, kita memang macam ini.

    Dah pencen nanti entah macamana.

    ReplyDelete
  2. Rasa macam nak putarkan balik ke hari Isnin... belum puas bermanja dgn anak2..

    ReplyDelete
  3. Msom....
    bagi saya, cuti lagi banyak habis $$$...

    ReplyDelete
  4. saya pon baru berkhidmat sebagai guru...huwaaaa gini ropenya jagi cegu..bukan penat mengajar tp penat buat menda lain..apa pun terima seadanyaa

    ReplyDelete
  5. nur..
    selamat menempuh alam pekerjaan sebagai guru..semoga Allah mengurniakan kekuatan buat kita untuk mendidik anak bangsa :)

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...