klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Saturday 26 March 2011

Mari bergelap uolls!

26 Mac setiap tahun adalah sambutan Earth Hour, dimana semua lampu dipadamkan selama sejam untuk mengurangkan kepanasan dunia. Sambutan Earth Hour ni bermula pada 2007, di Sydney Australia dimana 2.2 million orang perseorangan dan lebih daripada 2000 premis perniagaan menutup lampu selama sejam.  Setahun selepas itu sambutan Earth Hour telah menjadi sambutan global, dimana 50 juta penduduk dunia di 35 negara telah mengambil bahagian. Tempat-tempat terkenal dunia seperti Sydney Harbour Bridge, Menara CN di Toronto, Jambatan Golden Gate di San Francisco, dan Rome’s Colosseum, turut bergelap sewaktu Earth Hour.
Mercu tanda Malaysia
Kuala Lumpur Twin Tower
bergelap semasa Earth Hour 2010
So malam ni, I menaip entries ni dalam separa bergelap kat dalam bilik..hahahaha...seluruh rumah hanya 1 saja lampu yang dibuka; lampu hall depan.  Kiranya I menyokong jugak la Earth Hour...yelah, kita menyumbang apa yang terdaya untuk sejukkan bumi yang semakin panas ni.

Dalam gelap2 ni teringat pulak lagu Zainal Abidin ~ HIJAU

Bumi yang tiada rimba

Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara

Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan

Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan

Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. Oh lupa la I... thanks 4 remind us Cikgu Gie.

    ReplyDelete
  2. welcome...:)
    anak2 murid i kata same-same teacher...

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...