klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Thursday 24 November 2011

....musim hujan datang lagi....

Dah masuk hari ke-5 hujan turun. Dari ahad, dikawasan rumah I ni hujan turun sepanjang hari...kejap lebat, kejap rintik2. Suasana dalam rumah pun lembab je rasanya. memang dah time pun sebenarnya.... dah tiba masa untuk Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Monsun ni sebenarnya berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari. 


So hari ni barulah nak nampak sang suria tu malu2 keluar dari sebalik awan. Walaupun masih hujan sekejap2 tapi suasananya tak lah kelam je macam 4 hari yang lepas.  Amir pun tak lah merungut marahkan hujan, sebab siaran ASTRO akan terhenti @ tergendala bila hujan lebat bilalah pihak ASTRO nak atasi masalah ni, bil tetap dibayar tiap2 bulan...huh.... Setiap kali lebat hujannya setiap kali tulah kedengaran suara Amir marahkan hujan..hmmm budak2, terus Mama bagitau "tak baik marahkan hujan, kalau Amir marahkan hujan samalah macam Amir marah Allah, sebab hujan datangnya dr Allah...Allah yang jadikan hujan". Barulah kurang rungutan dr Amir


Dalam keseronokan bergulung dalam selimut time hujan ni, teringat peristiwa banjir besar di Kota Tinggi tahun 2006 /2007 dulu.

Bangunan Gedung Harian Kota Tinggi tenggelam
 Ada jugak yang kena berpindah time banjir ni...kesian. Harta benda dan rumah banyak yang rosak dan musnah dek ditenggelami air banjir. Kena tinggalkan rumah sebab dinaiki air.



Budak2 pun seronok time hujan ni....kerana berpeluang 'main air'! Main, main jugak, keselamatan haruslah dijaga. Ibu bapa kenalah awasi anak2 yang 'galak' sebab setahun sekali jumpa air bah. Lagi bagus, jangan bagi main air terus..keselamatan terjamin!!

I buat apa time2 hujan macam ni?

hmmmmm

risaukan kain yang lambat kering

temankan anak2 tengok TV

temankan Amir buat latihan Matematik @ English

Masak ~ sebab anak2 cepat je lapar time hujan2 ni

Baca novel

Mengadap lappy...
kalau tak FB, Blogwalking...tak pun update blog mana yang patut!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

4 comments:

  1. Hujan-hujan ni yang sesuai ialah
    masak-masak, makan-makan...lepastu...ZZZZ

    ReplyDelete
  2. teringat nik aziz bagi 1juta walaupun kerajaan dia miskin...

    'kelantan dah biasa banjir. org kota tinggi tak biasa..moga ringan beban mereka..'

    ReplyDelete
  3. MSOM : sebab tu la sekarang ni mama budak berdua ni, jd chef tak bertauliah...hari2 duk surf mr google, cr resepi2 yang 'canggih' 'manggih' tp sudahnya cekodok gak yang sedap hehehe

    ReplyDelete
  4. tiap2 ari ujan kan? nak kuar umah pon ok banyak kali..

    Trg kat mane!

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...