klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Wednesday 23 July 2008

Tag dari Kin - 7 perkara......

Baru2 ni Kinhashim tag aku lagi...banyak betul benda kena 'jawab'...............

7 PERKARA TENTANG DIRIKU

  1. Anak sulung dari 5 beradik.
  2. Dah berumahtangga…..suami anak sulung, ayahku anak sulung, mak dan arwah bapa mertuaku pun anak sulung….
  3. Alhamdulillah masih punyai kedua orang tua...mak mertua pun ada lagi...bapak mertua tak sempat kenal personally (tgk gambar je la)
  4. Saya ni agak cerewet orangnya
  5. Paling x suka orang menipu….sekali ditipu, alamatnya saya yak kan percaya lagi la kat orang tu
  6. Sangat2 suka membaca…x kira la ape jenis bahan bacaan, yang terbaru Koleksi Novel Harry Potter
  7. Seronok bila dapat contact kawan2 lama n jumpa kawan2 baru

7 PERKARA YANG MENAKUTKAN AKU

  1. Allah
  2. Hari Kiamat
  3. Labah-labah (walaupun yang cenonet/kecik) kalau jumpa memang menjerit - GELI
  4. Perceraian
  5. Pertengkaran
  6. Membenci & dibenci
  7. Bila result anak2 murid keluar (SPM / PMR)

7 LAGU AKU SUKA

  1. Matsuri - Kitaro
  2. Sway - Michael Buble
  3. Careless Whisper - George Michael
  4. Nothing’s Gonna Change My Love For U - George Benson
  5. Mungkir Bahagia - Hazami
  6. Gadisku - Search (Yang ni memang ader sentimantal value la, pernah dinyanyikan oleh seseorang dan ditujukan padaku)
  7. Erti Cinta - Maya Karin

7 PERKARA AKU SUKER SEBUT

  1. Ya Allah...
  2. Do you understand…..
  3. Subhanallah!
  4. Amir….NO (setiap kali anak aku buat something yang x betul)
  5. Tengok la dulu…..
  6. OIC!
  7. Sure ke ni!


7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI PADA AKU

  1. My Family
  2. Love..
  3. Health
  4. Knowledge
  5. Career
  6. Friends
  7. Experience

7 PERKARA PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP AKU

  1. Pertama kali naik bas sendiri ke bandar Kuala Terengganu – tahun 1994, masa tu baru lepas dapat result SPM kot
  2. Pertama kali dapat no 1 dalam kelas, kalau tak silap kat Sekolah Rendah Tengku Bariah, tahun 1987, darjah 3 kot…hadiah dia…colour pencil LUNA yang 24 batang tu….uiiii masa tu bahagianya rasa!!
  3. Pertama kali berjauhan dari keluarga, daftar masuk Universiti Malaya, tahun 1995, kay 3rd College
  4. Hari pertama sandang title Teacher – 14 ogos 2000
  5. Pertama kali jumpa bakal mak mertua – tahun 2002, tak ingat la tarikhnye….
  6. Tarikh keramat bergelar isteri – 01.02.2003
  7. Hari pertama bergelar mama – 29 April 2004

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...