klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Thursday 19 February 2009

Ceritaku.....Part 1

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

Alhamdulillah setelah hari ke 18, aku bersalin, akhirnya aku cukup 'kuat' dan sihat untuk menceritakan pengalaman aku bersalin zuriat keduaku, pada tanggal 02 Feb 2009. Aku tak pasti samada, ada sesiapa yang pernah melalui pengalaman seperti aku ni, jadi aku sekadar ingin berkongsi dengan pembaca blog.... It's My Life ni....

Seperti yang pernah aku coretkan dalam entries sebelum ni, aku memang agak fobia untuk melahirkan zuriatku yang ke dua ni. Maklumlah dalam kepala ni aku set memang aku akan melaui proses bersalin secara normal, setelah pengalaman melahirkan Amir secara pembedahan. Jadi, bagi aku, kelahiran kali ni seumpama 'melahirkan anak sulung'. So dari kehamilan aku berusia 7 bulan lagi, aku dah mula melayari internet @ mencari-cari bahan bacaan berkenaan proses kelahiran secara normal, sebagai persediaan. So bolehlah dikatakan aku memang dah bersedia untuk melalui proses kelahiran ni secara fizikal dan mental...ye lah, kalau orang lain boleh, tak kan la aku tak boleh.....

So pada 28 Januari, aku ke Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak, di Jalan Air Jerneh Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut, kerana masalah polyhydramnios dan diabetic aku...masa ni kandungan aku dah berusia 39 minggu... Menurut Pakar Sakit Puan di Hospital Kota Tinggi, sepatutnya bila usia kandungan aku mencapai 38 minggu, aku akan 'dipaksa' bersalin kerana masalah-masalah yang aku ada sepanjang proses kehamilan. So nak jadi cerita, hari itu juga aku dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HNSZ), dan aku ditahan di wad kerana menurut doktor sepatutnya aku sudah boleh melahirkan bayi aku untuk mengurangkan komplikasi akibat polyhydramnios dan diabetic aku. Seawal aku menjejakkan kaki ke wad, doktor sudah mengarahkan Nurse memantau pergerakan bayi aku menggunakan alat untuk mengesan dan melihat degupan jantung baby...aku pun lupa nak tanya apa nama alat tu..tapi ropanya macam gambar kat bawah ni la....


Satu lagi perkara yang aku x boleh lupa ialah, setiap kali aku menjalani prosedur CTG ( mengesan dan melihat degupan jantung baby), mesti nurse mengalami kesukaran untuk mendapat graf bacaan yang baik. Ini kerana air mentuban aku banyak, dan baby sentiasa bergerak dan degupan jantungnya kejap ada dan kejap hilang....Kalau orang lain selalunya prosedur CTG ni hanya mengambil masa 30-45 minit, tapi bagi aku dalam 1-2 jam baru dapat graf bacaan yang elok....bayangkan lah terbaring je selama 1 - 2 jam... lenguhnya Tuhan je lah yang tahu.... Bak kata nurse.."Baby awak ni buat kuak lentang...swimming dalam perut Mama dia..."

Gambar aku yang di 'snap' oleh Amir semasa aku mula2 masuk wad...masa ni wajah ceria lagi la....dengan baju uniform pink Wad Bersalin HNSZ

Masa aku di masukkan ke wad ni, suamiku tiada bersama aku, sekolah dah bermula selepas cuti Tahun Baru Cina (26 & 27 Januari) dan suamiku bercadang untuk balik semula ke Kuala Terengganu pada hari Jumaat 30 Januari 2009...berkali-kali, suamiku bercakap dengan baby...." Baby, tunggu ayah balik tau kalau nak keluar...kalau boleh keluar 1 Februari 2009... tarikh anniversary Ayah & Mama yang ke 6..." Itulah yang selalu diucapkan pada anak dalam kandungan aku... yakin betul dia baby akan mendengar kata-kata Ayah.. Aku pun berharap macam tu. Iyalah kalau boleh nak la suami ada bersama semasa aku melahirkan, sebagai penguat semangat kalau aku ditakdirkan melahirkan secara normal.....

Pada malam pertama aku di wad, kira-kira jam 8 malam, doktor melawat aku dan kemudian dia pun memeriksa perut aku dan semasa dia menekan bahagian parut lama pembedahan, aku merasa ngilu dan Dr Sham menunjukkan muka serius dan bertanya adakah aku sering sakit dibahagian parut lama pembedahan. Aku memang sering rasa sakit, terutama semasa kandungan aku masuk 7 bulan... Kemudian doktor melakukan ultrasound scan, dia mendapati air mentuban aku semakin banyak, namun Alhamdulillah baby dalam keadaan baik.......dan dia mengambil keputusan untuk memasukkan sejenis ubat, iaitu prostin. Prostin merupakan tablet ubat yang dimasukkan kedalam vagina untuk memulakan atau merangsang rasa sakit bersalin. Biasanya, bahasa orang 'biasa' macam kita ni 'induce' la. Prostin ni juga memainkan peranan untuk melembutkan dan membuka pintu serviks bagi membolehkan bayi keluar. Kata doktor, pagi esok (Khamis), dalam jam 6 pagi, dia akan memasukkan ubat tersebut, dengan harapan aku akan sakit dan bukaan serviks aku akan mempercepatkan proses bersalin secara normal..... Aku agak seram dan takut juga, kata orang, kalau induce ni, rasa sakitnya lebih dari sakit bersalin yang biasa.....tapi aku redha je lah...bak kata Mak aku..."Sakit yang aku sendiri mintak...." Sabar dan Tawakkal je lah....

Scan machine dan imej bayi yang di 'scan'
(sekadar hiasan...bukan gambar baby aku pun)

So aku pun balik lah ke katil dan menunggu hari esok dengan penuh debaran. Dalam jam 10 malam, semasa aku berkira-kira nak melelapkan mata, tiba-tiba Doktor Sham, doktor yang melakukan scan tadi datang ke katil aku, katanya....proses memasukkan prostin tidak akan dilakukan dahulu kepada aku...ini kerana setelah berbincang dengan Pakar Obstetrik & Ginekologi (O & G), doktor pakar menasihatkan supaya aku dimasukkan sejenis tiub yang dipanggil "FOLEY CATHETER" untuk membuka pintu serviks aku, dan bukan di'induce'.....eishhh dalam keadaan tergamam, aku tak sempat bertanyakan Doktor Sham, ape kebendenya foley catheter tu....dan kenapa prosedur itu kena dilakukan keatas aku dan bukannya dimasukkan prostin.....

Jadi malam tu aku tidur dalam keadaan tanda tanya dan berdebar menunggu hari esok.......

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. naper ada episod pulak nih, ish..sambungla cepat2 episod tu ye Kak Gie, suspen Jie baca ni.. sebab Jie tak pernah rasa kena induce atau mende2 lain walaupun dah dua kali bersalin.

    ReplyDelete
  2. hehehe Jie, agaknya cte die panjang kot, kalu story ringkas2 rasa cam tak puas pulak....

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...