klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday 29 April 2008

Cerita Sedih Kami....

Sejak semalam, Felda Gugusan Waha dilanda masalah air. AIR TAK DE!!! Seksa betul rasanya! Dan yang paling menyedihkan sekali, air tangki di blok kami sudah kehabisan & semua rumah dah x ada air (blok kami ada 8 lot rumah & ramai cikgu2 bujang yang tinggal 3-4 orang 1 rumah, jadi kalau x de air, memang blok kami akan kehabisan air cepat).

Yang menyedihkan kami, x ader sebarang notis diberi kepada kami memaklumkan tentang masalah yang berlaku ni. Yang aku dengar dari bual2 kosong dibilik guru tadi, masalah air ni berpunca dari kerosakan loji penapisan air di Felda Lok Heng @ berlaku kebocoran paip di mana2 (alasan biasa la ni)

Lepas ni kami cikgu2 kat blok ni memang akan sakit2 badan. Mana x nyer, nak mengangkut air sebaldi-sebaldi dari bawah blok naik ke rumah....macam aku legala sket, rumah tingkat 1....x dpt nak byngkan kalau ditingkat 4


Deretan baldi2 yang menunggu untuk diisi air. Segala saiz ader nih...kalau boleh semua bekas yang boleh diisi air nak dibawa turun


Ni la lori Syarikat Air Johor yang setia menghantar bekalan 'kecemasan' air setiap kali tempat kami dilanda masalah ketiadaan air
Masalah air ni memang dah jadi masalah rutin semenjak aku mula2 mengajar kat FELDA ni tahun 2000 dulu...kalau diingat-ingat, masa 1st day aku lapor diri (14 Ogos 2008), & mula masuk rumah guru, perkara pertama yang aku pelik bin ajaib ialah ader banyak botol2 yang berisi air disusun dibahagian dapur rumah (masa tu rumah guru lama, rumah kayu lagi)...bila aku tanya, rupa2nya, botol2 tu berisi air2 mentah & bersih yang akan digunakan pada waktu2 x der air. Kelakar pun ader masa tu, tapi kuasa Tuhan, 4 hari selepas tu memang x der air & for the first time in my life, aku mandi dengan 3 botol air....itu la kenangan pertama aku kt FELDA GUGUSAN WAHA ni. Lepas peristiwa tu, aku dah x heran la mandi dengan air dalam botol
Berbalik pada masalah kami hari ni, harap2nye cepat la dibaiki apa saja kerosakan yang berlaku semoga masalah ni cepat diatasi....tapi dari yang aku dengar (daripada brother air td), maybe masalah ni akan berlanjutan sampai esok......hmmmm harap2nyer esok ader la air....AMIN!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...