klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Thursday 17 April 2008

Mesyuarat Agung PIBG & Hari Anugerah SMK Bandar Easter Ke - 25

Penat!!!!! Huh, memang penat....setelah lebih kurang 3 hari bertungkus-lumus menyiapkan segala yang perlu, akhirnya hari yang kami tunggu2 tiba jua dan Alhamdulillah hari ni, semuanya berjalan lancar. Tahun ni genap 25 tahun usia SMK Bandar Easter - Sambutan Jubli Perak akan menyusul 17 Mei nanti. Perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Hj Rasman Ithnain, ADUN Sedeli yang baru....hmm bila dah jemput YB nih segalanya kena perfect la.....kerjasama dari guru2 telah memastikan semuanya berjalan lancar....


Dari kiri, pengetua kami Cik Hajjah Radhiah bt Suliman, YB Tn Hj Rasman Ithnain, dan Pak Daud Kamsani YDP PIBG (semua berjubah 'graduasi' SMKBE yang baru saja siap)
Sama tak? My naughtiest students in 5 Science 1, Nor Zahidah
Amirul pun ader, sibuk nak bergambar ngan Kak Beth n Kak Afie. Amir terpaksa ikut mama g sekolah sebab Nenek Fainah datang mesyuarat, x de orang nak jaga dier. :)


Berposing ngan kawan2 yang bertugas di bahagian pendaftaran ibubapa
( Ain, Beth, Kak Neraiza & Me )

Antara deretan hamper2 cabutan bertuah yang menunggu 'tuan' masing2. Acara cabutan bertuah ni mmg jadi acara favourite setiap tahun.


Kumpulan Silat Lintau Simpang Waha dibawah bimbingan En Sa'adon (suamiku).......hehehe bukan main lagi diaorang nih, walaupun terdiri dari budak2 'kecik' (kecuali ketua, Syafik yang berbaju hitam). Memang boleh dipuji la persembahan mereka....



Ni pulak ex-students aku yang berjaya di dalam peperiksaan SPM yang lepas, dari kiri.....Irmah, (dia ni pelajar SPM terbaik, dapat 9A, bukan main banyak lagi piala yang dibawa balik, dapat duit lagi, RM400), sebelah Irmah, Farhani (pelajar aku yang paling naughty & selalu salah spelling bila buat essay), then Norita (selalu blur dalam kelas aku, tapi dia suka bertanya), next, Farahnaz , and Akhma (satu2nya pelajar aku yang apply for TESL, and dia baru je lepas interview, harap2 berjaya la) and last but not least Siti Fatiha.........

Ha ni pulak, group choral la...mereka diberi kepercayaan untuk perform depan audience....eishhhh bangga mereka semua nih
Tahun ni aku bernasib baik, dapat la 1 hamper cabutan bertuah, rezeki Amir.... selain tu panitia bimbingan aku Panitia Bahasa Inggeris mendapat anugerah Pencapaian Terbaik PMR (peratus naik 6.28%). Tq pada semua guru2 Bahasa Inggeris SMKBE - Afran, Syairah, Kak Bib, Faeza, Komala, & Farhana). Keep up da good work!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...