klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 18 October 2009

Majlis Kahwin @ Felda

Seperkara yang aku paling suka masa mula-mula menjejakkan kaki di bumi Felda Gugusan Waha ni adalah majlis perkahwinan....cukup meriah!! Dan tengahari tadi aku menghadiri majlis kahwin di rumah Pak Bahri Teksi , Blok 24, Felda Simpang Waha... Kenduri kahwin dikawasan felda ni bagi aku amat berlainan dengan kenduri di tanah kelahiran aku... Yang paling aku kagum sekali, acara REWANG. Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan seumpama ini, semua ahli-ahli blok akan bekerjasama untuk sama-sama membantu majlis perkahwinan tersebut. Adat inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota blok yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang konkrit. Pada masa rewang ni pelbagai karenah dan aksi dapat kita lihat. Satu perkara yang dapat aku lihat dalam masyarakat Jawa semasa setiap kali berlangsungnya sesuatu majlis kenduri kendara, ialah penyediaan makanan yang cukup banyak. daripada lauk pauk sehinggalah kepada kuih muih serta segala kerepek. Bagi aku masyarakat Jawa memang menitik beratkan peri pentingnya semua orang yang menolong semasa rewang diberi makan yang cukup. Ibu mertua aku cukup bimbang kalau makanan tidak mencukupi...jadi setaip kali rumah keluarga kami mengadakan kenduri [tak kira la kenduri yaasin @ kahwin @ doa selamat], makanan boleh dikatakan agak mewah...namun, uniknya tiada makanan yang terbuang kerana setiap yang hadir akan diberi 'bontrot' atau bungkusan makanan untuk dibawa balik selepas majlis berakhir.....kata ibu mertua aku "sedekah...!!"

Selain dari acara REWANG yang diadakan sebelum majlis perkahwinan, satu perkara lagi yang menarik minat aku ialah aktiviti karaoke sewaktu majlis kenduri dilangsungkan...Tetamu-tetamu yang hadir akan dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu dari bakat2 terpendam dikawasan Felda ni...ada yang sedap dan lemak merdu, ada juga yang garau, serak-serak sumbang.....tapi yang menyeronokkan aku ialah, 'penyanyi-penyanyi' ni kebanyakannya dari golongan makcik-makcik dan pak cik pak cik....dan mereka memang tak kisah kalau mereka men'sumbang'kan sesuatu lagu....

Acara yang mesti ada semasa majlis dikawasan Felda ni ialah berkompang mengiringi pengantin dan juga silat [bergantung jika tuan rumah berhajat]. Biasanya pen'gompang' dan pesilat ni datangnya dari belia-belia kawasan felda ni juga. Semasa majlis perkahwinan aku dulu..masih segar diingatan, betapa rombongan pengantin perempuan dari Terengganu sangat kagum [dan juga jakun ^_^] semasa pertama kali melihat kompang. di Terengganu memang boleh dikatakan jarang sekali kita dapat melihat pasukan kompang, kalau ada pun hanyalah diperdengarkan melalui corong-corong pembesar suara....berbeza di sini yang mana adat dan budaya masih kuat dikekalkan

Hmm betul lah kata orang, lain padang lain belalang.....jauh berjalan luas pemandangan.........lain orang lain ragamnya.....ditempat orang banyak pengalamannya...!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

6 comments:

  1. meriah ye kak gie..teringat dulu masa abg kawen. kakak ipar org muar, felda jugak, tak ingat felda apa. 1st time tgk majlis sanding yg ada 'tol' tuh... mak ayah saya punya la tak suka, 'menyusahkan!' kata dorang...hehhe..

    ReplyDelete
  2. hehehe biasala Kin, kita pegi tempat orang kita tak biasa ngan adat diaorang...deme2 ni datang tempat kita, pun tak biasa ngan adat kita...kena la kita give and take..belajar...kan semangat 1 Malaysia...=)

    ReplyDelete
  3. acara yg paling dinantikan kat kawasan felda...selain dapat makan free, bleh tengok org kawin...hahaha

    ReplyDelete
  4. hmmm shays..betul la tu..rasanya awak kenal kot pengantin berdua ni..zarinah selamat [blok 10 simpang] ngan zul anak wak bahri teksi tu....ha..turn awak bila pulak..jgn lepa hantar kad jemputan yea...

    ReplyDelete
  5. hoh! saya kawin lambat lagi kot hahaha...nanti laa saya kawin saya bentang red carpet dari rumah akak sampai kat umah saya....kakakakakaka...

    ReplyDelete
  6. ooo janji tu ni bukti ade kat blog nih hehehehe...ntah la shays kalau akak masih di waha, insya allah akak pegi kalau dijemput....

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...