klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Friday 5 November 2010

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI MEREKA

Sekarang tengah hangat berita banjir melanda negeri-negeri di utara Semenanjung dan di Pantai Timur. Yang paling teruk di Kedah Darul Aman. Info banjir Kedah ~ SINI.  Seramai 15,509 penduduk daripada 4,292 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir teruk sejak semalam. Daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu, air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap. Membaca berita banjir di Kedah, teringat memori banjir besar Kota Tinggi tahun 2006/2007.  Hanya yang mengalami sahaja, mengetahui keperitannya.

Gambar2 kenangan banjir besar Kota Tinggi

Sebahagian gambar keadaan banjir di Kedah :: Nov 2010:: 
Semoga mangsa-mangsa banjir akan terus bersabar dengan musibah yang mendatang, dan semoga Allah melindungi mereka.

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...