klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Wednesday 1 December 2010

SUKA DUKA MINGGU INI

Banyak perkara berlaku minggu ni kepada aku dan keluarga aku...suka bersulam duka...Tuhan menguji hambanya. Agaknya ada perkara yang aku lupa, alpa dan lalai.... DIA ingatkan.....

1st ::: perkara happy ~ Wedding adik aku yang no-3.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Family side aku with pengantin....

Before akad nikah @ Masjid Tengku Tengah Zaharah a.k.a Masjid Terapung

2nd :::: perkara sedih ~ 2 peristiwa berlaku semasa kenduri sedang berlangsung

Kereta cousin aku di'kopek' oleh seseorang yang sangat pro.  1 pouch bag hilang berserta kad prepaid yang belum digunakan bernilai RM 500++. Silap cousin aku gak..sapa suruh tinggalkan pouch bag tu dalam kereta...

Lampu belakang kereta pak cik aku pecah, disondol oleh seorang penunggang motorsikal.  Kereta di parking agak jauh dari rumah parents aku [biasalah kan kenduri, parking space terhad]. Semua tengah bz mz, so tak perasanlah bila peristiwa ni berlaku & siapa yang bertanggungjawab

3rd :::: perkara sedih ~ berlaku semasa rombongan pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki, sehari selepas  kenduri di rumah aku

Tayar kereta Ayah Su aku pecah while driving. Nasib baik tak de apa2 yang mengerikan berlaku.  Rombongan pengantin ter'delay' lebih 1 1/2 jam, kerana menunggu tayar ditukar di kedai tayar.....

::::::: gambar-gambar 'bahagian2 kereta' diatas adalah hiasan semata ~ masa tengah sibuk2 time wedding bila sempat nak ambik gambar kan.... :::::::

 4th :::: perkara sedih ~ berlaku semalam 30/11/2010

EXORA kesayangan aku kemek   :(

Peristiwa berlaku di satu simpang; semasa hujan renyai2....masa tu aku nak belok ke kiri [jalan tu mmg sehala je la..] masa nak belok tu, aku cuma nampak ade 1 kereta datang dari arah kanan...masa tu kereta tu... jauh lagi la.....& aku budget mmg lepas la kalau masuk kiri tu...so aku masuk la ...tak alih2 datang motor langgar dr arah kanan...mmg aku tak nampak ade kenderaan lain selain kereta tu, kalau tak tak kan aku berani nak masuk simpang tu...hmmm..motorcyclist tu cedera bahagian muka...mulut dia berdarah, motor dia bengkok rim...after few minutes kebetulan ade polis lalu kat kawasan kejadian...n control the traffic...the policemen adviced me to stay in the car n i waited for my father to come [ masa tu ada sorang lelaki, maybe keluarga penunggang tu kot...bebel2 n marah2 kat aku, sebab tu polis suruh duk je dalam kereta] ..... pastu polis ambik gambar kereta...gambar motor..... pastu gi balai polis..buat laporan..bla..bla...bla....kena saman RM300 ~ kesalahan ::::: CUAI SEMASA KELUAR DARI SIMPANG HINGGA MENYEBABKAN BERLAKUNYA KEMALANGAN ::::::  Yang melanggar aku tu...dibawa ke hospital ngan ambulance [polis tu yg call ambulance]....Aku tak sempat nak tanya apa2 kat mamat tu, coz polis dah suruh aku duk je dalam kereta...apa lah nasib dia...tapi masa ambulance sampai, aku nampak dia boleh berjalan sendiri [kaki tak patah]...cuma agaknya, ade giginya yang patah..coz aku nampak mulut dia berdarah...huhuhuhuhu...

Rasa sangat bersalah....dan tak lena nak tidur.  Ya Allah..ampunkan segala dosa2ku......

Kesimpulannya

Berhati-hati semasa memandu....

p/s ::::: aku masih trauma, takut nak drive. :(  :(
 

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. Semoga Allah SWT memberikan Gie ketabahan menghadapi dugaan ini & pemuda itu tak apa2.. patut la lately mcm Gie menyepikan diri je..

    ReplyDelete
  2. Thanks MM...mmg menyepikan diri sebab bz mz ngan persiapan wedding adik, pastu dugaan datang bertimpa2...huhuhu...Sabar lah hati..menghadapi segalanya

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...