klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 15 May 2011

my 11th year of celebrating Teacher's Day ~ and still counting on......

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Lagi maklumat tentang Hari Guru -----> sini
Tahun ni merupakan kali ke-11 aku merayakan Hari Guru, dan merupakan Hari Guru Pertama di sekolah baru. Sambutan setiap tahun lebih kurang sama je aturcaranya....pagi2 kami, guru2 berarak menuju ke dewan, disambut pelajar2. Kemudian kami nyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan duduk mendengar segala macam perutusan dari Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pendidikan. Lazimnya sambutan Hari Guru ni akan diteruskan dengan acara SUKANEKA [antara guru dan pelajar], kemudian persembahan pelajar dan mungkin diselangi dengan persembahan guru2. Dan akhir sekali, biasalah, jamuan makan......
Pelajar-pelajar, juga kebiasaannya akan sibuk kesana, kemari untuk mengucapkan hari guru dan memberi hadiah kepada guru2 itupun kalau ada yang masih mengingati dan menghargai jasa guru.. Sebenarnya, aku tidaklah meminta atau mengharapkan  hadiah yang mahal2, cukuplah sekadar pelajar memberikan tumpuan semasa P n P dan memberikan keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan. Rasanya kalau pelajar dapat good results tu, kegembiraannya, tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata...
Yang pastinya, sajak ini tetap menjadi sajak favourite aku setiap kali Hari Guru. Terima Kasih Dato' Usman Awang....sajak ini begitu dalam maksudnya buat AKU yang bergelar GURU

Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA
 RAKAN BLOGGER YANG BERGELAR GURU.
SESUNGGUHNYA KETAHUILAH...
ANDA SEORANG INSAN YANG SANGAT HEBAT!!


"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. Memang menarik sajak ni..
    Sebelum I terlupa, I pun nak ucapkan Selamat Hari Guru buat Cikgu Gie.. tahniah.. dah 11thn rupanya mendidik anak bangsa.

    ReplyDelete
  2. TQ MM...masih bertahan lagi ni....(^_^)

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...