klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Thursday 12 May 2011

wanita & diet

     

hai.... semenjak dua menjak ni I sangat2 stress u olss. banyak sangat keja kerji serba serbi nak dibuat nak difikirkan....masalah datang bertimpa-timpa..ye lah, kalau tak de masalah, bukan manusia plak namanya kans...asyikk heppi je...sebenarnya nak macam tu kan, hidup tak de masalah...senyum sokmo.  Bila dah namanya hidup kan gitu lah, hari ni kita tertawa...esok-esok kita mungkin menangis pulak...kadang2 ketawa sehari je, tapi menangis sampai berhari2...so kenalah banyak bersabar i ni cakap mmg senang la kan...kalau I ada masalah pun I akan murung n masam berhari2 la jugak...fikir n fikir n fikir cara nak atasi masalah tu..

Sebenarnya I bukan nak story mory hal stress, tapi I nak bagtau, I ni mmg kuat makan kalo stress melanda..huhuhu..mulut nak mengunyahhhhh je le...tapi I ni malles nak exercise...sebab tu a badan I cumilss je kans!! So hari ni dok surf2 internet sambil bermesraan ngan Mr Google, I jumpa 1 artikel menarik la kan..tentang cara pemakanan wanita Jepun yang menyebabkan mereka kekal langsing. I paparkan kat sini, manalah tahu ada yang nak meniru perkara yang baik ni
  • Pertama - makanan yang jd keutamaan ialah nasi, ikan, soya, sayuran dan buah-buahan
  • Kedua - Sajian makanan adalah dalam kuantiti yang kecil
  • Ketiga - Minum sup Miso
  • Keempat - memasak dengan cara sederhana
  • Kelima - nasi menggantikan roti
  • Keenam - jamah sedikit pencuci mulut
  • Ketujuh - makan, tetapi dalam jumlah yang sedikit 
Lagi info pasal ni boleh lah baca di---->sini ye!!

So bila I baca2... rupanya kalau nak kurus, kita tetap boleh makan, tetapi kenalah ikut peraturannya ye...bagi I yang mmg suuuukaaaaa makan ni, ini satu perkara yang baik !! Selain dari tu, ada juga buah-buahan yang boleh kita makan sentiasa bagi menurunkan berat badan kita, kerana kita sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian. Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur. 

Limau gedang 
Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

Oren 
Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

Epal 
Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

Beri 
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

Anggur 
Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut. 



tapi nak diet, nak kurus tetap kena exercise u ollss,
kalau badan tak berpeluh tak bagus jugak

Whatever pun, bak kata pepatah inggeris ~ WE ARE WHAT WE EAT. Makan kena lah bersederhana supaya tak mendatangkan mudarat pada diri kita

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...