klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday 7 February 2012

...Dasat!! Ada Jin "English' ropanya..

hari ni C.R.K
so santai2 pagi2 hari belek2 surat kabo digital ni..terpandang berita yang buat I senyum sumbing!!
Azimat lulus BI
KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.
‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’
Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.

Macam2 orang buat untuk lulus English, ternyata subjek ni memang penting.

MACAM-MACAM HAL LAH!!




(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. Astagfirllahalazimm....
    Mcm2 hal... Tak syirik ke mcm tu? Percaya pd kuasa lain utk menentukan kejayaan? Ish ish ishhh... Asal jgn berlaku pd yr student udah la Cikgu Gie kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal.terlalu nak sangat kelulusan tapi malas berusaha..huhuhu...rasanya macam syirik kan ni..harap2 students saya tak tergolong dalam golongan ni la..hahaha

      Delete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...