Selama ni jarang sekali I nak story mory about my students n my life as a teacher..bukan apa, bimbang dikatakan sebagai suka merungut, dan tak ikhlas menjalankan amanah sebagai seorang guru. Selalunya orang beranggapan salah tetang tugasan seorang guru....pernah I dengar ada yang kata kerja guru senang...balik awal...cuti banyak....hmmmm...I malas la nak komen banyak kat sini..sebab I rasa cam buang ayaq liur je...kan kan kan....jengah2 lah sini kalau nak tengok2 cerita ceriti cikgu cikgi ni!!
Berbalik pada entri I hari ni....tahun ni lah tahun pertama I ngajar balik kelas Form 1 dari 2003. Lama tu...dah tak ingat dah macam mana perangai budak2 form 1 ni....dah terbiasa mengajar budak2 form 4 n form 5...Nak jadi cerita starting tahun ni I ajar Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan semangat cintakan negara selain dari English which is my core subject....so kalau BM I tak berapa nak sedap masa mengarang ni, faham2 le ye!! Aduhai...penat melayan telatah budak form 1 rupanya....
"cikguuuuuuu...dia ambik pemadam saya"
"cikguuuu....tengok Amin ni, dia sibuk kacau saya nak tulis"
"cikguuuuu.......saya salah tulis ni..saya selang 1 mukasurat boleh tak?"
"cikguuu..... saya silap guna pen hitam....latihan yang lepas, saya guna pen biru..tak pe ke cikgu?"
"cikguuu.....saya tukar tempat duduk boleh tak?"
"cikguuuu...ni kalau tampal sini separuh, belakang separuh boleh tak?"
"cikguuuu...saya terselang sebaris la...macam mana cikgu?"
"cikguuuu...saya terselang sebaris la...macam mana cikgu?"
-
-
-
-
-
-
sana sini "cikguuuu........cikguuuu .....cikguuuuuu"
ADUHAI!!!
SABAR...SABAR....SABAR....
I pun tak dpt bayangkan cemana kalau I jd Cikgu... dah tak boleh nak senyum kot agaknya sbb stress. Teringat sorang maid ni, majikan dia (seorang guru) pernah suruh dia tanda kertas jawapan murid sbb Cikgu tu byk sgt keja. Haha... sampai mcm tu sekali.
ReplyDeleteBetul MM..memang mencabar kesabaran.........tapi dah lama kan jd Cikgu nih, dah masuk tahun ke-12 dah, ALAH BISA TEGAL BIASA!! setakat ni masih mampu bertahan!!
DeleteTingkatan 1 masih terbawa2 akan budaya sekolah rendah. Paling tak suka saya ialah Cikgu Saya Nak Buang Air Besar. Mematikan aura saya sahaja. Cakap saja CIKGU, SAYA NAK PERGI KE TANDAS...STOP...
ReplyDeleteKalau students saya pulak "Teacher..toilet!" Hesh..apa lah kata saya ni toilet ada ke patut!!
ReplyDelete