klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Saturday 6 November 2010

AMARAH GUNUNG MERAPI


Gunung Merapi adalah salah satu dari enam belas gunung berapi dunia yang termasuk dalam projek Gunung Api dekad Ini  (Decade Volcanoes). Keadaan geografi Indonesia yang terletak dalam Lingkaran Api Pasifik menyebabkan negara tersebut kerap dilanda bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi. Lingkaran Api Pasifik (Ring of Fire) merujuk kepada kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, yang kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik. Kawasan ini berbentuk seperti ladam kuda dan merangkumi wilayah sepanjang 40,000 km. Kawasan ini juga sering disebut sebagai plat gempa PasifikHampir 90% daripada gempa bumi yang terjadi dan 81% dari gempa bumi terbesar terjadi di sepanjang Lingkaran Api ini. Daerah gempa berikutnya (5–6% dari seluruh gempa dan 17% dari gempa terbesar) adalah plat Alpide yang merentangi dari Jawa ke Sumatera, Himalaya, Mediterranean hingga ke Atlantik.
Lingkaran Api Pasifik ~ Indonesia betul2 berada di"laluannya"
Sejak 26 Oktober yang lalu, Gunung merapi mula meletus, dan menghamburkan debu-debu panas. Yang terbaru, Gunung Merapi meletus lagi malam tadi, letusan paling dahsyat sejak ia mula meletus pada 26 Oktober lalu mengakibatkan 77 orang lagi maut. Letusan kali ini bukan sahaja menyebabkan korban yang lebih besar tetapi ramai mangsa yang maut, mati dalam keadaan tragis, selain turut menyebabkan banyak rumah hangus, kampung lenyap ditimbus lahar dan debu panas, beribu-ribu penduduk hilang rumah kediaman dan terpaksa dipindahkan serta banyak penerbangan terpaksa dibatalkan. Letusan kali ini menghamburkan debu dan awan panas setinggi 8,000 meter serta sejauh 28 kilometer dan memuntahkan lahar serta lumpur bara dan batu-batu yang mengalir menuruni gunung itu menyapu apa sahaja yang merintanginya sepanjang malam tadi sehingga pagi ini mencetuskan keadaan panik dan kelam kabut. Ramai penduduk yang tinggal di kawasan sekitar gunung itu bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam keadaan gelap malam serta awan pekat menuju ke jalan-jalan raya untuk mencari perlindungan.Berita Lanjut, klik SINI.

Bumi sudah semakin tua.......Semoga bencana ini menjadi iktibar buat kita semua. Dan semoga saudara mara se negara dan se agama kita di Indonesia berada didalam peliharaan ALLAH SWT.


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...