klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Wednesday 11 January 2012

....JODOH KITA....

sekadar berkongsi  1 gambar dari wall sahabat FB

Masya Allah......rupa2nya begitu indah ciptaan dan kurnia Allah kepada kita. Terasa berdosa pulak diri I ni, bila terkenangkan perasaan "menyesal aku kahwin dengan dia" yang kadangkala menyinggah hati bila 'gaduh2 sayang' ngan Encik Hubby.  Sesungguhnya percaturan jodoh kita oleh Allah telah bermula saat roh ditiupkan ke dalam jasad kita saat kita berada didalam rahim ibunda lagi.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Allah itu maha Adil, diberiNya kita sesuatu, maka nikmat itu datangnya bersama dugaan dariNya. Ketika kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. kita akan mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang tidak sebahagia yang disangka sebaik saja memasuki ke alam berumahtangga. Ijab dan kabul itu menghalalkan hubungan, diiringi satu tanggungjawab maha besar yang terpaksa dipikul. Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Tepuk dada tanya selera....I pun pernah terjerumus ke 'lembah' penyesalan ni...seringkali jugak SYAITAN memainkan peranan yang bijak dan pandai meniup api kemarahan dalam hati.....Astaghfirullah hal a'azim!!

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan kerana desakan dan juga kerana takut tak laku. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. 

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat.. 
kita menangis dan tertanya-tanya, 
kemana hilangnya sinar.. 
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." 


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. GIE - Satu entry yg sgt positif.. terharu plak bila baca "Jodoh kita telah ditentukan sejak umur kita 4 bln dlm kandungan". Terharu sbb kita antara org2 yg terpilih utk dijodohkan.

    ReplyDelete
  2. @Miss Mirror a.k.a Sam itule pasal. saya kadang2 tersasul..dan ade masanya terselit rasa menyesal berkahwin,sedangkan ianya telah ditentukan Allah sejak awal2 lagi

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...