klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Friday 6 January 2012

.....SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.....

Walaupun entries ni macam ala-ala nak basi dah, tapi Gie tak kira! Nak gak tulis......Almaklumlah bzmz u ollsss!! Sekolah dah bermula, so masa macam sangat2 berharga gtu!! Nak bukak lappy update blog pon tak nyempat2. Saje je nak kongsi suasana masa hari pendaftaran kat sekolah Gie on 2nd January 2012....Hari pertama persekolahan di Terengganu bermula 3 Januari 2012.
2012 Academic year begins!!
Parents berkerumun nak cepat2 daftarkan anak2 diaorang ni...walaupun penat cakap suruh beratur n bg nombor giliran, tapi semuanya serbu at one time. Masing2 nak cepat settle kot. Ada antara parents ni kena daftarkan 2-3 orang anak...so nak kejar masa agaknya pegi kat tempat lain.  Kesian tengok kawan2 Gie yang uruskan pendaftaran...."mengah & sesak napas" kena serbu...Cair mekap segala...hahahaha 
Buku teks untuk student Form 1. Dah siap di ikat, senang nak diberi kat pelajar.  Nasiblah kalau dapat buku yang agak usang, tapi kalau tak silap cikgu2 SPBT [Skim Pinjaman Buku Teks] dah pilih2 & lupuskira yang dah koyak2.  Beruntung pelajar2 dapat pinjaman...tapi ada antara mereka tak pandai tak reti bahasa dan tak pandai nak jaga buku2 ni! Ada yang dapat elok je buku, time pulangkan, dah koyak2....hmmmmm!! 
Yang ni pulak Kaunter Asrama, [sekolah Gie ada asrama desa...menempatkan 200 pelajar]. Kebanyakan mereka yang tinggal kat asrama ni, mempunyai masalah pengangkutan @ rumah agak jauh dari sekolah. Parents sibuk memilih baju asrama, cadar n selimut asrama [pink kaler u!!]..sayangnya mak bapak kat anak2..harap2 anak2 pun rajin belajar!! 
Tak cukup tangan cikgu2 melayan serbuan Mak Bapak & pelajar baru! Depan belakang, kiri kanan mak bapak kerumun....


=SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH CIKGU CIKGI=
=SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH CIKGU MAT SOM=



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

4 comments:

  1. Ooo ada asrama rupanya.. betul gak caranya tu Cikgu Gie..klu rumah jauh, kesian plak terpaksa naik beskal mcm kami time tingkatan 1 dulu (sbb takde kemudahan bas)... mak aii penat giler. Mujur bila besar sikit (tkt 2,3) dah bleh naik motor plak.

    ReplyDelete
  2. @Miss Mirror a.k.a Sam kat sini kawasan kampung..20km dr bandar, so susah nak dapat pengangkutan ke sekolah..bas n van sekolah tak ada..yang ada cuma van 'sapu' je...so asrama desa lah penyelesaiannya!

    ReplyDelete
  3. Melihat gambar-gambar yg Cikgu Norgie siarkan di sini, menunjukkan betapa Cikgu Norgie dan sahabat-sahabat guru di sekolah ini begitu sibuk persis pendaftaran ke sebuah universiti.

    Selamat kembali bertugas untuk negara.

    ReplyDelete
  4. @MAT SOM..tak lah sampai macam kat "U" tu...tapi saya rasa MSOM pun tahu tentang tugasan seorang guru....alah bisa tegal biasa...:)

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...